Monday, October 3, 2016

Politik "peningisme" : PAS kini tidak lagi berpijak dibumi yang nyata

Peningisme jadi halangan pembangkang bergelar kerajaan
20 September 2016 | MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Muhammad Syafiq Azmi

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membayangkan akan berkerjasama dengan pihak pembangkang yang lain. Tetapi prasyarat kerjasama yang mungkin wujud ialah mereka akan berkerjasama dengan pembangkang kecuali yang ada kerjasama dengan DAP.

Politik "peningisme" ini adalah sesuatu yang janggal tetapi mudah untuk dianalisa. Jika PAS mahu berkerjasama dengan pihak yang tidak ada kaitan DAP kini hanya tinggal Ikatan. Semua maklum Pakatan Harapan dibarisi PKR, DAP dan Amanah.

Dalam masa yang sama PPBM(Bersatu) juga wujud hubungan politik mereka bersama PH. Begitu juga PSM yang juga ada hubungan kerjasama dengan PH yang didalamnya ada DAP.

Maka analisa mudahnya ialah PAS kini tidak lagi berpijak dibumi yang nyata. Semua parti pembangkang saling berkait dengn DAP. Apakah ini langkah PAS mahu menyerlahkan sikap oportunis mereka yang sekian lama disebut berpaksi kepada perjuangan Islam?

PAS yang hanya mempunyai hubungan politik atau tahaluf siyasi mereka bersama PKR dinasihatkan tidak membuat kesimpulan bahawa apa yang dibincangkan oleh PAS dan PKR adalah keputusan pembangkang lain.

Jika benar mahu berunding, berkerjasama dan mempunyai matlamat mahu melihat UMNO Barisan Nasioanal itu tersungkur pada PRU14 akan datang, semua pihak pembangkang perlu kembali ke meja rundingan. Pembahagian kerusi perlu dimulakan hari ini bagi mengelakkan pertindahan kerusi seperti apa yang berlaku pada PRU yang sebelum ini.

Pembahagian sama rata bukan bererti setiap parti memiliki kerusi yang sama jumlah. Tetapi diberikan kerusi mengikut keupayaan dan kemunasabahan. Tetapi jika ini sukar berlaku, maka bertempiklah pembangkang untuk mentadbir Malaysia.

Moga Malaysia boleh diselamatkan dengan politik baru yang lahir dari gagasan ahli politik yang berjiwa besar dan bukan mereka yang bernafsu besar yang akan meneruskan langgam politik yang diwasiatkan oleh UMNO BN apabila mereka disahkan mati pada PRU 14 nanti.

# Mampukah orang pening nak buat orang pusing?

3 comments:

  1. Hj hadi tak perlukan sokongan orang cina kerana PAS boleh menewaskan semua parti2 yg bertanding dlm PRU nanti..politik putar belit..kesian ahki2 dan penyokong pas dipermainkan hj hadi dan pemimpin2 pas yg berpolitik sejahtera..

    ReplyDelete
  2. PAS sebuah parti yang bodoh sombong dan dipenuhi dengan sifat-sifat munafik. Sekiranya UMNO tidak cukup majoriti di parlimen selepas PRU14 kelak dan PAS dengan penyokong walaun tegarnya masih mampu memenangi undi bagi melengkapkan UMNO untuk menubuhkan kerajaan maka di waktu itulah UMNO akan mengugut dan mengeluarkan segala bukti bahawa para pemimpin PAS telah menerima RM200 juta dari pihak UMNO sebagai balasan memberi sokongan di kala pemimpin dan parti UMNO bergelumang dengan isu 1MDB dan penjualan aset negara tanpa kawalan. Sesungguhnya lebai-lebai dalam PAS adalah lebai politik yang tidak langsung mempunyai naluri perjuangan Islam, yang ada hanya sifat tamakkan harta dunia dan gila kuasa. Mereka cuma mempunyai kelebihan kerana ramai pengikut yang masih mempercayai bahawa parti mereka adalah setaraf agama Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan mereka juga menyangka pemimpin mereka adalah maksum dan juga semulia Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  3. Hadi marang barua dan broka ni mau semua parti pembangkang tunduk kepada dia,dan dia menjadi tuan besar..lama dah angan2 nak jadi ketua pembangkang

    ReplyDelete