Kerusi selamat, kerusi bahaya dan pembangkang
Posted on Tuesday, October 18 @ 13:45:08 MYT by paktam
Oleh Timmy Say
Situasi pembangkang hari ini boleh disifatkan bagaikan sekeping puzzle yang terlebih untuk dimuatkan di dalam bentuk segitiga yang dikhaskan. Selepas Amanah terbentuk tahun lepas, kini Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merumitkan pengagihan kerusi antara pembangkang.
Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, rancangan untuk melumpuhkan PAS bermula dengan serangan bertubi-bertubi menggunakan cadangan RUU355 yang dipersepsikan sebagai hudud.
Amanah dilonjakkan sebagai parti yang boleh menggantikan tempat PAS di pembangkang. Persepsi dimainkan seolah-olah sudah ramai meninggalkan PAS, PAS lumpuh dan sudah ditolak majoriti rakyat, manakala Amanah sudah dapat menggantikan PAS sehinggalah keputusan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar membuktikan sebaliknya.
Bukan sahaja kekosongan yang ditinggalkan PAS tidak dapat diisi, malah gabungan PKR-DAP-Amanah tidak dapat menyamai 50% kekuatan Pakatan Rakyat dulu. Bermula dengan pukulan realiti itu, para pembangkang yang lain menyedari usaha menggantikan PAS gagal, dan PAS tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
PAS sering digertak dan ditakutkan mereka akan kalah dengan teruk sekiranya bersendirian. Di sebalik gertakan tersebut, sebenarnya terlindung perasaan bimbang melampau yang PKR, Amanah dan PPBM akan kalah teruk sekiranya berlaku pertembungan 3 penjuru.
Di dalam situasi hari ini, PKR menjadi parti yang paling terdesak untuk mengelakkan pertembungan 3 penjuru berbanding parti lain seperti DAP dan Amanah, kerana mereka bergantung kepada PAS di kerusi majoriti Melayu manakala bergantung kepada DAP di kerusi campuran.
Sekiranya pertembungan 3 penjuru tidak dapat dielakkan, PKR dipercayai akan mengemukakan formula baharu pengagihan kerusi di kalangan pembangkang supaya Pakatan Harapan boleh menerima prinsip “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Konsepnya mudah, kerusi selamat dan “bahaya” perlu diagihkan secara sama rata antara PKR dan DAP. Ini bermakna DAP perlu menukar kerusi selamatnya dengan PKR dan menggantikannya dengan kerusi bahaya, yang bakal bertembung 3 penjuru.
DAP perlu memikul tanggungjawab untuk bertempur di kawasan majoriti Melayu, dan PKR perlu diberi keselesaan untuk menggantikan kerusi yang bakal hilang kerana merestui hasrat DAP bagi memberi laluan kepada Amanah untuk bertanding di kerusi PAS.
Formula ini dipercayai sudah dikemukakan oleh PKR sebagai syarat ketika DAP mendesak untuk mengadakan pilihan raya negeri Pulau Pinang dan Selangor. Kegagalan mencapai kata sepakat untuk mengadakan pilihan raya Pulau Pinang dan Selangor boleh digunakan sebagai penunjuk formula ini gagal dirundingkan.
Jika DAP gagal dipujuk memberi laluan di kerusi majoriti Cina, tidak perlulah ada yang terasa terkejut apabila PAS enggan memberi laluan di kerusi tradisi yang ditandingi mereka selama ini seperti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Ramai yang hanya suka mengulang-ulang di muka media bahawa DAP diperlukan di dalam pembangkang sekiranya ingin mencapai kemenangan, sehingga persepsi timbul kononnya hanya DAP diperlukan.
Realitinya, ramai diam-diam akui tiada kemenangan yang boleh dicapai tanpa PAS.
Ini selari dengan fakta sejarah yang setakat ini masih tertulis bahawa pembangkang tanpa PAS tidak pernah memenangi mana-mana negeri setakat ini.

Apabila kita membuat andaian terutamanya bagi tujuan ramalan ke atas sesuatu perkara atau kejadian secara saintifik, satu perkara yang perlu kita fahami adalah faktor yang mana satu adalah elemen tetap dan yang mana satu adalah elemen boleh berubah.
ReplyDeleteSecara amnya, penulis di atas membuat andaian berdasarkan pengundi untuk BN adalah tetap dan yang berubah adalah pengundi pembangkang. Senario ini masih terpakai di PRK Sg Besar dan PRK Kuala Kangsar. Namun pola ini bakal menunjukan perkara yang berbeza apabila munculnya BERSATU.
Sekarang ini andaian yang paling relevan adalah pengundi PAS berpecah disebabkan kemunculan AMANAH dan pengundi UMNO berpecah sebab adanya BERSATU. Ini terpakai untuk situasi di Semenanjung. Di Sabah, kemunculan WARISAN juga akan mengubah situasi di sana dengan sentimen kenegerian mereka. Oleh itu, PH perlu membentuk strategi mereka dengan lebih ampuh dalam berpolitik sehinggalah ke PRU yang akan datang.
Apapun, dalam politik, tiada satupun elemen yang kekal, kecuali kepentingan untuk berkuasa. Dan jika PAS bertempik bahawa mereka tidak kisah untuk kalah dalam pilihanraya, maka mereka sebenarnya berbohong kepada diri mereka sendiri.