Sunday, 16 October 2016
PRU 14, ANTARA HIDUP DAN MATI
Ramai yang percaya Najib Razak akan terus bertahan sehingga PRU 14 dan akan berusaha sedaya mungkin untuk memenangi pilihanraya itu. PRU 14 adalah perjuangan hidup mati bagi dirinya.
Jika menang PRU 14 akan datang, masa depan politiknya boleh dianggap sudah selamat. UMNO dan BN tidak lagi seteruk ini berdepan cabaran dalam pilihanraya yang seterusnya.
Tetapi, sekiranya kalah PRU 14, macam-macam kemungkinan buruk boleh terjadi kepada Najib. Najib sendiri barangkali tidak membayangkan ada lagi kegembiraan buatnya jika kecundang dan hilang kuasa.
Kiranya pada PRU 14, masih ada Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin yang menggugat Najib, pada PRU 15 yang sepatutnya pada 2023 nanti, semua tokoh berkenaan tentu saja sudah terlalu tua atau mungkin ada yang telah meninggal dunia.
Dengan menang PRU 14, bukan saja kemenangan dalam PRU 15 hampir tiada masalah lagi, malah Najib turut mampu mencatur penggantinya dan seterusnya akan membuatkan dirinya selamat buat selama-lamanya.
Dalam erti kata lain, PRU 14 adalah satu-satunya peluang untuk Najib menyelamatkan dirinya.
PRU 14 juga adalah detik untuk Tun Mahathir menyelamatkan dirinya. Jika tidak menang bersama PPBM yang diwujudkannya untuk menjatuhkan Najib, Tun Mahathir turut tidak boleh membayangkan apa jadi kepada dirinya selepas itu.
Jika sekarang pelbagai kemudahannya sudah ditarik sehingga tukang masak pun mahu ditukar, Mukhriz dipecat dan hilang jawatan Menteri Besar serta Mokhzani dipaksa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Litar Sepang, nasib keluarga Tun Mahathir pasti lebih buruk lagi selepas Najib berjaya mengekalkan kuasanya dalam PRU 14 nanti.
Bukan saja beliau akan lebih dihina dan dicincang-lumat oleh Najib, malah Salleh Said Keruak, Rahman Dahlan, Nazri Aziz dan Jamal Md Yunus pasti lebih tidak terperi gegak-gempitanya.
Gagal menyingkirkan Najib dalam PRU 14 juga bermakna berakhirlah perjuangan Tun Mahathir untuk menyelamatkan negara ini. Rasuah, penyelewengan, mencuri wang negara dan aktiviti kleptokrasi tidak mustahil akan terus berleluasa.
Sekiranya berjaya menyingkirkan Najib, diikuti langkah-langkah memulihkan semula imej negara, Tun Mahathir akan lebih dikenang sebagai pemimpin yang hebat dalam sejarah negara, sama ada ketika berkuasa mahu pun setelah tiada kuasa.
Lantaran itu, PRU itu adalah perjuangam hidup dan mati juga bagi Tun Mahathir.
Tidak terkecuali, PRU 14 turut merupakan perjuangan hidup dan mati bagi Anwar Ibrahim yang kini berada di penjara.
Meskipun berada di penjara, Anwar tetap berusaha supaya UMNO dan BN tidak terus berkuasa. Meskipun diakui Anwar seorang yang berjiwa besar, sedianya beliau berbaik semula dengan Tun Mahathir adalah bagi tujuan mengukuhkan lagi kekuatan pembangkang dan seterusnya memungkinkan mampu memenangi pilihanraya.
Hanya jika UMNO dan BN dapat dikalahkan dalam PRU 14, barulah masa depan Anwar menjadi cerah. Dengan pembangkang memenangi pilihanraya, Anwar bukan saja mungkin dibebaskan lebih awal, malah boleh diusahakan pengampunan penuh bagi membolehkannya menjadi wakil rakyat semula dan menggapai kembali kerusi Perdana Menteri.
Berbanding jika UMNO dan BN terus berkuasa, Anwar bukan saja akan dibiarkan merengkok sehingga tempoh maksimumnya, malah selepas dibebaskan nanti, beliau akan terus terkekang dengan keterbatasan undang-undang yang melarangnya bertanding dalam pilihanraya selama lima tahun.
Dengan yang demikian, Anwar mungkin sudah terlalu tua untuk mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri selepas itu.
Begitu juga dengan Muhyiddin, hanya kekalahan UMNO dan BN dalam PRU 14 dapat memungkinkan cita-citanya menjadi Perdana Menteri akan tercapai. Jika parti-parti pembangkang memenangi PRU 14 dan PPBM mampu memenangai banyak kerusi, kebarangkalian adalah cukup tinggi bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri untuk sepenggal atau sehingga Anwar memperolehi pengampunan penuh dan mengambil alih jawatan tersebut.
Setidak-tidaknya, dapat juga Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan ia mungkin sudah memadai baginya sebagai kepuasan dan untuk menunjukkan kepada Najib, meksipun dipecat daripada UMNO dan kerajaan, merasa juga berada di puncak kuasa.
Sekiranya PRU 14 ini gagal mencapai kemenangan, Muhyiddin hanya sekadar mampu berpuas hati dapat berada di lipatan sejarah dalam senarai orang nombor dua yang kecundang di pertengahan jalan.
Maka, bagi Muhyiddin melalui PPBM, PRU 14 adalah perjuangan hidup dan mati yang akan terus diperjuangkan sedaya yang mungkin.
Bagi pemimpin-pemimpin yang lain, siapa kalah dan siapa menang dalan PRU 14, mungkin tidak sepenting bagi mereka yang disebutkan tadi.
Tetapi, jangan lupa PRU 14 juga adalah penentuan hidup dan mati bagi rakyat seluruhnya. Rakyat mungkin akan menemui beberapa perubahan dan kebaikan seperti tiada lagi GST, tadbir urus kerajaan yang lebih baik, pemimpin yang lebih bertanggungjawab, dalang dan petualang 1MDB dapat diketahui, rakyat Kelantan mendapat royalti, hak yang lebih baik bagi Sabah dan Sarawak dan pelbagai lagi kemungkinan sekiranya kerajaan baru yang bukan ditunjangi oleh UMNO dan BN yang mengambil alihnya.
Sekiranya terus di bawah BN, boleh saja dibayangkan bahawa bukan saja Najib dan Rosmah masih ada seperti biasa dan mungkin lebih luar biasa, malah kita akan terus melihat kelibat Salleh Said Keruak, Nazri Aziz, Rahman Dahlan, Jamal Md Yunus dah mereka yang sepertinya terus mewarnai caca-marba negara.
Tidak mustahil juga, GST turut dinaikkan lagi kadarnya, menteri-menteri bertambah kaya dan kleptokrasi lagi mega angkanya.
Maka, sebagai pengundi, tanpa memperdulikan sama ada PRU 14 adalah perjuangan hidup dan mati bagi sesiapa, yang harus kita fikirkan ialah apakah kita mahu terus hidup atau mati? (SH 16/10/2016).

No comments:
Post a Comment