Tuesday, September 6, 2016

Pertemuan Mahathir - Anwar: Baca apa komen Husam

Monday, September 5, 2016
Husam sifat Mahathir Anwar sinergi dua generasi

KENYATAAN

Adun Salor Husam Musa menyifatkan pertemuan Dr Mahathir dengan Anwar Ibrahim hari ini penyatuan sinergi dua generasi yang kesekian lama diharapkan. Pertemuan itu sangat menggembiranya kerana ia menjadi harapan kesekian lama.

"Saya sudah impikan dua tokoh itu yang berseleheng selama 19 tahun untuk duduk sebaris", kata Husam. Berikut kenyataan penuh Husam:

*Sinergi Dua Gergasi*

*Demi Malaysia*: pertautan dua tiang seri politik Malaysia sangat dialukan.

Saya sudah impikan dua tokoh yang bersalingan selama 19 tahun untuk kembali duduk sebaris.

Saya nyatakan 'mimpi' saya itu dalam ucapan saya di depan Tun dalam majlis ceramah Tun yang pertama di atas pentas Pakatan di Pandan, awal Mac tahun ini.

YB Rafizi menjadi tuan rumah ceramah tersebut dan ia adalah ceramah Tun yang pertama selepas secara rasminya Deklarasi Rakyat dilancarkan.

Tun M dan Tun Hasmah hanya tersenyum. 

Saya hanya memberanikan diri dan berharap ia menjadi katalis Tun dan Kak Wan untuk menerimanya. Kak Wan tidak ada dalam majlis pada malam itu tetapi saya berharap kata-kata itu sampai ke pengetahuan beliau.

Itu yang saya mampu lakukan untuk melihat dua elemen yang dulunya sangat serasi tetapi kemudian bertentangan atas pengaruh keadaan, untuk kembali mencari 'sinergi ying dan yang'_ politik Malaysia.

Keadaan negara masa kini sangat memerlukan sinergi itu.

Malaysia telah kehilangan proses pergantian pemimpin mengikut jalur natural untuk satu tempoh yang panjang.

Ini juga yang telah membawa kepada politik Malaysia yang bersimpang siur kini.

DSAI adalah _'natural succesor'_ yang masih aktif. Ku Li dan Tun Musa telah berada di tepi gelanggang atas sebab tersendiri. Keguguran mereka antara lain telah mencipta _'vacuum'_ kepimpinan. Tun Ghafar pula telah pergi.

Anwar menggengam idealisma politik tersendiri yang amat kukuh dalam jiwanya sehingga beliau tidak ingin mengalah untuk melihat Malaysia yang terus hebat.

Kehilangan proses penggantian pemimpin yang natural ini telah mencipta _'gap'_dan _'vacuum'_.

Adanya kekosongan dan lompang kepimpinan ini menjadi punca terbesar pemimpin kurang bersedia terpaksa memikul tugas memimpin negara dengan kekurangan kejituan atau nilai kepimpinan kental yang diperlukan.

Malaysia masih memerlukan Anwar, selain TS Muhyidin untuk mengemudi negara ini keluar dari perairan berbatu dan bergelora pada masa ini.

Tetapi Anwar yang direstui oleh arkitek negara Malaysia yang masih cergas memerhatikan hala tuju negara - Tun M.

Kombinasi dua gergasi ini melengkapkan semula dua tenaga. *Sinergi*. Tenaga penyatuan. 
Anwar dan Muhyidin pula telah pernah bergandingan.

Paling penting, Malaysia dapat diselamatkan.

*Demi Malaysia*

Husam Musa
05 September 2016
[wm.kl. 8:03 pm 05/09/16]

Posted by mohd sayuti Omar at 8:05:00 PM 

No comments:

Post a Comment