Friday, September 2, 2016

Ahli PAS yang nak ikut perjuangan Tok Guru kena sertai Amanah

HUSAM: AHLI PAS YANG MAHU IKUT PERJUANGAN TOK GURU KENA SERTAI AMANAH
Selepas menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH) secara rasmi pada 31 Ogos lalu, Datuk Husam Musa melahirkan keyakinannya parti serpihan PAS itu mampu menyelamatkan Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Katanya, AMANAH mampu mentadbir kerajaan negeri itu walaupun berdepan dengan pertandingan tiga penjuru.

“Peluang AMANAH, insya-Allah baik dalam dua-dua keadaan (dua penjuru mahupun tiga penjuru).

“Umno telah terkunci dengan isu-isu yang menyebabkan rakyat rasa tertekan dan marah (seperti) kenaikan harga elektrik, barangan, GST, orang susah lagi susah…

“Dan PAS pun ada masalah. Performance, penyampaian, kepimpinan dan dedikasinya. Saya sifatkan sebagai goyang kaki,” katanya pada sidang media setibanya di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, petang semalam.

Justeru, menurut bekas naib presiden PAS itu, rakyat dalam keadaan seumpama itu mengkehendaki satu pilihan.

“Tujuan AMANAH jika ditakdirkan (menang) ini untuk bertanding dalam tiga penjuru adalah untuk menyelamat Kelantan daripada jatuh ke tangan Umno,” katanya.

Perjuangan Tok Guru

Ditanya tentang PAS, beliau yang juga adalah ADUN Salor berkata parti itu mempunyai tiga pilihan.

“PAS boleh pilih untuk sertai Pakatan Harapan, sertai BN atau terus menyendiri seperti sekarang.

“Hanya opsyen bersama Pakatan Harapan akan membolehkan parti itu diterima rakyat, kalau mereka pilih opsyen lain, tentu rakyat akan tolak mereka,” katanya.

Bagi Husam, dengan masalah yang dihadapi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang dan kemunculan parti BERSATU oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau percaya lanskap politik negara akan berubah.

“Sekarang gerakan untuk mengalahkan Umno BN turut disertai Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Mukhriz dan Datuk Seri Shafei Afdal di Sabah.

“Ini bukan perkara kecil yang harus dipandang ringan oleh sesiapa,” katanya.

Ditanya mengenai rancangannya untuk megembangkan AMANAH, Husam berkata parti baru itu berpotensi untuk diterima dengan meluas.

“Bagi orang PAS yang mahu mengikut perjuangan Tok Guru (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) mereka kena menyertai AMANAH kerana hanya AMANAH serupa dengan kehendak perjuangan Islam cara arwah Tok Guru.

“Bagi orang Umno pula mereka kini terbuka dan senang hati masuk AMANAH kerana parti ini tiada stigma tuduhan kafir yang dibuat oleh PAS dulu,” katanya. – sumber

KLIK BACA: Rahman Dahlan dah fikir habis Najib MO1?

KLIK BACA: Biar Najib sendiri cakap siapa MO1 – Mahfuz Omar

KLIK BACA: I challenge Najib to sue me if what I say is untrue – Muhyiddin

KLIK BACA: Tanggungjawab insan berkata benar, Rafizi tak kesal walau di penjara

KLIK BACA: HARUSSANI DIMINTA LIHAT TINDAKAN KERAJAAN ISLAM ABU DHABI

KLIK VIDEO: Najib sepatutnya didakwa sabotaj bukan Khairuddin – Tun Mahathir

No comments:

Post a Comment