Sunday, July 17, 2016

Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus

Muhyiddin siap sedia gerakkan parti baharu
16 Julai 2016 | MALAYSIA DATELINE
Tan Sri Muhyiddin Yasin

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin menerima cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu yang akan bekerjasama dengan semua pembangkang sedia ada.

Bagaimanapun kata beliau penubuhan sebuah wadah politik baharu hanya akan berkesan sekiranya ia dipersetujui secara konsensus oleh rakan-rakan pimpinan parti-parti pembangkang yang lain.

"Untuk itu saya akan meneruskan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkaitan sebelum memutuskan langkah selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau bersependapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato' Seri Azmin Mohamed Ali dan beberapa pimpinan PH dan PAS yang lain bahawa parti-parti pembangkang perlu kembali berunding untuk mewujudkan kesepakatan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

"Kesepakatan ini adalah amat penting untuk meraih keyakinan rakyat bahawa parti-parti politik selain BN mampu untuk menerajui Malaysia dengan lebih baik dan membela nasib rakyat,"katanya.

Menurut beliau perkembangan positif ini dan kesesediaan untuk berbincang dengan semua pihak bagi bersama-sama mencari kaedah terbaik untuk membawa perubahan politik dan kerajaan yang amat dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi pilihanraya umum akan datang.

"Andaian bahawa BN akan terus berkuasa dan pemimpin rasuah akan terus bermaharajalela lantaran perpecahan dalam kalangan parti-parti pembangkang tidak semestinya betul.

"Saya yakin Malaysia sudah bersedia untuk menyongsong arus perubahan dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan bersatu hati untuk membela nasib rakyat, menentang rasuah, salah guna kuasa dan manipulasi sentimen perkauman yang melampau demi mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua," katanya.

Parti baharu nanti kata beliau akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk Pakatan Harapan, PAS dan pertubuhan masyarakat sivil untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan Malaysia di samping mengambil langkah-langkah perlu untuk melakukan reformasi institusi.

"Saya telah berbincang dengan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz dan rakan-rakan yang lain mengenai keperluan penubuhan sebuah wadah politik untuk meneruskan perjuangan ini menerusi penyertaan di dalam pilihanraya," katanya.

Beliau berharap berkat muafakat rakyat dan jiwa besar pemimpin yang ikhlas memperjuangkan nasib rakyat dan kepentingan negara, kita akan berjaya mengenepikan perbezaan, mewujudkan kesepakatan dan mencapai kemenangan.

# apa pun hasilnya........pendirian PAS diragui oleh kebanyakan rakyat yang tidak menyokong UMNO/BN

2 comments:

  1. MOHIDEEN mesti bukti kan TUNGGOL bukan sebarang TUNGGOL

    Belajar dari Anwar Ibrahim macam mana nak jadi Melayu Melayu

    Melayu zaman sekarang Melayu NAJIS

    Tau tau nak LAHAP DEDAK saja

    Parti Baru gabung dengan Pakatan Harapan tanpa PAS PIS PUS mampu menang besar

    Kerana PAS PIS PUS ini bagai KENTUT NAJIS aka TAIK dari UMNO

    CINA INDIA tak suka NAJIS pun..... Sokongan padu itu pasti


    Bebudak Melayu Ada Otak pun tak suka NAJIS ada peluang bagus juga

    Orang Melayu Tua Tua gila pau saja sokong NAJIS dan PAS ini pun , tapi kurang bila umur KIOK muncul

    Mantap.

    Hidup TUN !!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Pas saja yg masih tak ubah perangai tetap dengan klok kelak nya, seperti duri dalam Daging, Ya di depan tidak dibelakang akhirnya berperanan menikam Belakang kawan ini lah realiti Pas sebenarnya,.Isle. Isle. Isle. Istiqamah. Istiqamah. Istiqamah. Parti saja berlambangkan Islam, Peneraju dan kepimpinanya tidak berlandaskan Islam Rakyat diwayangkan tidak masuk Syurga kiranya tiada no keahlian Pas sebagai bukti Islamnya,.kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga, adakah ini nak di banggakan konon Pas saja memperjuangkan ISLAM ,.??????

    ReplyDelete