Sunday, June 5, 2016

Pejuang tahi kucing:Tak dan apa-apa dah u-turn

Syed Rosli buat u-turn, masih sayang Umno
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA  - 5 JUN 2016
Syed Rosli Syed Harman Jamalullail Syed Rosli

KUALA KANGSAR - Dua jam sebelum proses penamaan calon bermula, anggota Pemuda Umno, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail mengumumkan dirinya tidak bertanding selaku calon bebas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, hari ini.

Beliau berkata, tindakannya membuat 'u-turn' kerana masih sayangkan Umno walaupun tidak berpuashati dengan pemilihan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid.

"Saya masih belum tergamak untuk meninggalkan mahupun menikam Umno yang banyak berjasa kepada saya ,bangsa melayu dan negara.

"Selepas mendengar nasihat dari beberapa orang lama di dalam Umno iaitu supaya saya tidak meneruskan niat untuk bertanding maka saya pun telah membuat keputusan disaat akhir dengan tidak meneruskan niat untuk bertanding," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Baru-baru ini, Syed Rosli mengambil tindakan untuk menjadi calon bebas selepas tidak berpuas hati dengan pucuk pimpinan parti memilih Mastura sebagai calon BN.

Beliau juga mencetus kontroversi dengan menggunakan kata-kata kesat ditujukan kepada Mastura melalui laman Facebooknya, baru-baru ini.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memohon maaf dan mengakui kesilapan sambil menjelaskan bahawa tindakannnya itu dipengaruhi oleh perasaan marah serta kecewa terhadap pemilihan Mastura.

# dah gitu buka mulut buat apa?

4 comments:

  1. Selamat Berjaya Calon Pakatan Harapan.

    ReplyDelete
  2. Berapa lori dedak Najeb hantar ke rumah...?

    ReplyDelete
  3. Acah2 Tak kena tempat,. Takut kalah ler tu, tak kuat mana pun semangat orang muda Umno ni,.

    ReplyDelete
  4. Itu namanya gempaq keling...dari wajah pun dah tahu ada darah keling....dapat seketui dua konar baring la....politik cari makan. Setiap kali PRK dan Perhimpunan UMNO, mangkok ni, muka yang sama ini akan buat publicity stunt.

    ReplyDelete