Penceramah bebas keluar video khas pohon maaf kepada Presiden Amanah
| BORHAN AHMAD
Penceramah bebas, Abdullah Khairi yang membuat ucapan menyerang Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika berucap di hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar baru-baru ini mengeluarkan video khas untuk memohon maaf.
| BORHAN AHMAD
Penceramah bebas, Abdullah Khairi yang membuat ucapan menyerang Presiden Amanah, Mohamad Sabu ketika berucap di hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar baru-baru ini mengeluarkan video khas untuk memohon maaf.
Dalam video yang diposkan sendiri oleh beliau dalam kumpulan Whatsapp sebelum terus meninggalkan kumpulan itu, Abdullah berkata, dia memohon maaf kepada Mohamad kerana 'teremosional' pada hari itu.
"Di hari Jumaat dan bulan Ramadhan yang mulia ini, saya Ustaz Abdullah Khairi memohon maaf kepada Abang Mohamad Sabu di atas ucapan saya yang teremosional pada hari penamaan calon Kuala Kangsar.
"Abang Mat, maafkan saya," kata Abdullah sambil mengangkat tangannya.
Tetapi, kata Abdullah, mereka yang mencemuh dan mencaci beliau ekoran tindakan menyerang Mohamad itu, mereka juga tidak terlepas dari dosa.
"Mereka juga tidak terlepas dari dosa dan perlu memohon maaf kepada saya," kata Abdullah menerusi video 41 saat yang dirakam khas itu.
Video Abdullah mengecam Mohamad di hari penamaan calon Kuala Kangsar itu telah diviralkan dan menjadi bahan cemuhan penyokong Amanah dan orang awam.
Ini kerana, apa yang dicemuh oleh Abdullah adalah ayah kepada presiden Amanah itu apabila menggelarnya sebagai "Mat Sabun".
Mohamad ketika mengulas serangan-serangan sebegini berkata, beliau tidak berkecil hati.
"Ada yang kecam saya. Naik atas lori panggil saya dengan nama yang buruk.
"Saya tak marah. Saya rasa adik-adik itu berlatih berceramah. Saya faham sangat adik-adik saya dalam parti Islam itu," katanya.
Mengulas soal penghinaan salah seorang penceramah Pas terhadap namanya yang digelar 'Mat Sabun' pada hari penamaan calon itu, Mohamad berkata beliau tidak mengambil hati soal itu.
Beliau sebaliknya menyeru "adik-adik dalam Pas" untuk mengundi calon Amanah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar kali ini
ReplyDeleteAku tatawu brp ramai yg nampak sprt yg aku nampak..
Yg aku nampak skrg nih depa tu pencuri
Aku dah lali dgn hamno dan macai2nya yg dah jd pencuri tu
Skrg lebai2 dan hustad2 lg dahsyat jd pencuri
Bila aku nampak dorang aku nak jerit jer..woi pencuri!
Woi!..Woi penCURI!!
Lawak sungguh lah ustaz ni! Dah mengaku buat salah dan nak mintak maaf tapi yang dia sibuk2 dok fokus kat orang lain punya dosa dan kesalahan tu nak buat apa? Ko boleh tau ke orang2 tu buat salah dan dapat dosa? Ada malaikat ke datang dan bagitau yang ada orang dah kutuk ko and dah dicatatkan dosa? Ko fokus je lah kat permintaan maaf kat Mat Sabu tu dan usahlah sibuk nak menunjuk2 kononnya ko orang yang "benar dan suci" maka orang ramai yang kutuk ko sebab hina ayahanda abg MAT, telah melakukan dosa.
ReplyDeleteSalah ke orang ramai mengutuk ko sebab ko telah menghina orang dan telah merosakkan imej Islam dan imej para2 pendakwah bebas lain yang tak sama celupar mulut macam ko? Sendiri buat salah dan sendiri dah tau kenapa orang kutuk ko tapi masih lagi nak 'sombong dan eksyen" konon2nya ko tu geng suci sebab ada title Ustad. Get over yourself and pi basuh mulut ko yang busuk tu. Pendakwah konon! rasanya Islam akan lebih dihormati kalau takda ustaz2 seperti ko ni! That goes to all "walaun no IQ" dalam PAS yang sedang mencemarkan imej Islam dengan akhlak yang compang camping macam gelandangan tak berumah.
Nick.
Cape Tiger.
Nampak sangat hustat walaun ni tak ikhlas..
ReplyDeleteNak minta mahap,minta mahap sudah la bodo oii
Kan aku dah kata kalau di sebelah utara Kedah dan P. Pinang, muka Ustaz ini digelar "muka kawak", perogol atau pelari anak dara orang. Cuma sekarang ni orang suka dengar ceramah yang ala2 Maharaja Lawak atau santai2. Ustaz Abdullah Khairi aku juga minta maaf sebab kata muka hang macam haramjadah dan kelaku hang macam kera kena belacan. Sekali lagi aku minta maaf sebab kata yang hang ni macam beruk terlepas tuan.
ReplyDeleteAku pun pernah berhadapan hustaz2 yg mcm ni...mcm gangster...ada ker dia kejar aku balik kat highway selepas aku potong kereta dia...ada citer lg tapi tak nak citer lah bulan2 posa ni...
ReplyDelete