Friday, June 17, 2016

Kenyataan Media: Siasatan kes Bom Atom - Rafizi

POLIS MEMANGGIL RAFIZI RAMLI UNTUK AMBIL KENYATAAN SIASATAN KES BOM ATOM

Selepas ceramah #BONGKAR mendedahkan perbelanjaan jet-jet yang digunakan Perdana Menteri dan isteri semalam, seorang pegawai polis berpangkat inspektor telah memaklumkan kepada saya bahawa saya dikehendaki melaporkan diri untuk diambil kenyataan berhubung siasatan kes ugutan jenayah “bom atom”.

Saya telah bersetuju untuk melaporkan diri ke Ibupejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada jam 2 petang hari ini untuk memberi kenyataan bagi mempercepatkan siasatan. Saya akan diiringi oleh peguam Saudara Saiful Izham Ramli semasa memberi kenyataan.

Sementara saya menghargai kemungkinan ada tekanan terhadap kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mempercepatkan siasatan dalam kes ini kerana pendedahan bersiri yang saya buat sejak 2 minggu lalu, saya menggesa supaya pasukan polis tidak diheret sama di dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) kali ini.

Siasatan secepat kilat dalam kes paling lucu abad ini berbanding kegagalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memanggil Arulkanda Kandasamy dalam kes 1MDB walaupun saya telah membuat laporan lebih dua bulan lalu terhadap CEO 1MDB itu akan menjadi bukti kukuh kepada pengundi di Kuala Kangsar kenapa mereka perlu mengundi calon Pakatan Harapan hari Sabtu ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN

1 comment:

  1. Masih lagi mereka yg konon merasakan dirinya cerdik, tidak tahu membezakan Reality dan yang melucukan,. Apa kah Individu Dan Negara Mslaysia sendiri mampukah , memiliki, menyimpan dan mengunakan sebuah yg dikatakan " BOM ATOM maupun NUCLEAR",.???, Pastinya masih dari kemampuan,.bermakna sudah tentu tidak ada namun mengapakah pihak berkuasa begitu pantas bertindak menyiasat bagaikan bimbang Malaysia ini akan hancur di BOM,.sebenarnya dikalangan mereka yg amat takut akan harta benda maupon Asset kekayaan terdiri daripada mereka yg korup Dan penyamun harta rakyaat, mereka lah yg sebenarnya mendesak pihak berkuasa membuat siasataan malah,.berbanding dengan 1 MDB dan SRC, adalah lebih merbahaya daripada BOM Atom yg melucukan itu,.mengapakah pihak berkuasa sehingga ke hari ini masih dan beterusan segan dan malu untuk menyiasat,.??? Ini lah Reality sebenarnya,..fikirkan lah, Pangkat dan Kuasa tidak akan selama lamanya, sampai masa kebumi jua mengadap Illahi, Insaf dan Bertaubat lah wahai kelian yg Berdusta kepadanya,.

    ReplyDelete