Thursday, June 2, 2016

'Kambing hitam' yang bernama Husam bin Musa bagi PAS

Saya jadi kambing hitam kesalahan orang lain – Husam

 | June 1, 2016
Husam turut mendakwa dirinya adalah mangsa kepada akhlak buruk yang telah berkembang dalam segelintir pimpinan PAS.
husam-musa_pas_6_600
PETALING JAYA: ADUN Salor, Datuk Husam Musa yang baru dipecat PAS mendakwa dirinya telah dijadikan kambing hitam untuk kesalahan orang lain.
Bekas Naib Presiden PAS itu turut mendakwa dirinya adalah mangsa kepada akhlak buruk yang telah berkembang dalam segelintir pimpinan parti Islam itu.
“Ia termasuk Yang Arif Pengerusi Jawatankuasa Disiplin sendiri yang telah menganiayai saya dengan tuduhan bersifat fitnah menjelang Muktamar PAS yang lalu,” katanya dalam satu surat sepanjang 29 halaman hari ini.
Husam turut menafikan dakwaan beliau memburukkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, memfitnah kerajaan negeri Kelantan berkaitan isu kayu balak serta dituduh memberi gambaran negatif terhadap PAS tidak benar sama sekali.
“Pertuduhan yang dikenakan adalah sangat dangkal dan tidak menepati prinsip penyiasatan yang kemas.
“Saya juga tidak diberikan keadilan penghakiman dan perbicaraan seperti mana yang dituntut oleh Islam,” katanya.
Tegasnya, Hadi sepatutnya menilai isu yang timbul secara lebih mendalam untuk mengetahui perkara sebenar kerana beliau tidak pernah melakukan kesalahan mengikut perlembagaan parti itu mahupun dari segi Islam.
“Kepimpinan YB TG (Abdul Hadi) sejak akhir-akhir ini telah teruk tercalar. Saya tidak ingin menghuraikan sebab-sebabnya secara panjang lebar.
“Tetapi apa yang telah YB TG Presiden ucap dan tuliskan selama ini tidak sama dengan apa yang berlaku sekarang ini,” jelas beliau lagi.

# Kalau nak baca surat balas Husam kepada Hadi pergilah ke sini

1 comment:

  1. DATO HUSAM. HENTIKAN PANGGIL DAENG SANUSI YANG ARIF. AMAT TIDAK LAYAK. PANGGILLAH DENGAN GELARAN LAIN SPT YG TIDAK ARIF, YG DUNGU, YG BINGUNG, BODOH, ZALIM, ANGKUH, BEBAL, TOLOL, TULI, PEKAK DAN SEWAKTU DGN NYE. KALU DATO MASIH PANGGIL DGN GELARAN YANG ARIF BERMAKNA DATO TELAH BERLAKU ZALIM KRN TIDAK MELETAKKAN SESUATU PADA TEMPATNYE. BUKAN KAH BEGITU KAEDAH NYE. AKU PON TK TAU DAENG SANUSI PHD BIDANG APO? ADA JUGA ORG KATA PHD = PERMANENT HEAD DAMAGE. KAHKAHKAH

    ReplyDelete