Monday, June 13, 2016

Kalau benar fitnah, saman jerlah!

Kepakaran pembangkang fitnah Najib-Rosmah – Rizal Mansor
  | June 12, 2016
Isu kemewahan Najib dan Rosmah sering kali dimainkan pembangkang tiap kali menjelang pilihanraya untuk tarik sokongan rakyat.
rizal-mansor
PETALING JAYA: Tindakan menyebar risalah mengenai kisah perkahwinan dan perbelanjaan melampau Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, membuktikan bahawa pembangkang ketandusan isu berkempen.
Pegawai Khas Isteri Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor berkata, isu kemewahan Najib dan Rosmah sering kali dimainkan pembangkang tiap kali menjelang pilihanraya, sehingga terpaksa memutar cerita sama bagi menambahkan kebencian rakyat terhadap pemimpin negara.
Bagaimanapun, beliau akui tidak hairan dengan perlakuan pembangkang kerana sudah menjadi kewajipan dan kepakaran mereka untuk memfitnah Perdana Menteri dan isteri.
“NGO-NGO upahan pembangkang dengan fitnah terhadap Perdana Menteri dan keluarga seperti ini muncul bermusim dan fitnah ini adalah sempena PRK (Sungai Besar dan Kuala Kangsar).
“Itulah kerja dan kepakaran mereka (pembangkang),” katanya kepada FMT ketika mengulas tentang isu pengedaran risalah fitnah yang menceritakan kemewahan keluarga Perdana Menteri itu.
Risalah yang mendedahkan kisah perkahwinan dan perbelanjaan melampau Rosmah selain sejarah kehidupan Najib dan isteri serta isteri pertamanya Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar atau dikenali sebagai Ku Yie digunakan sebagai bahan berkempen dipercayai oleh NGO pembangkang.
Risalah setebal lapan muka surat itu diedar sewaktu ceramah kempen Pakatan Harapan (PH) di Dataran Tonggak, Sungai Besar yang dihadiri kira-kira 200 orang malam tadi.

2 comments:

  1. Pandai cakap fitnah sajee..semua fitnah..soalan rafizi anak rosmah VIPj ugak ke belum dijawab..ada orang kata budak2 permata bawak beg sendiri naik kapal terbang..dah tak boleh nak jawab tuduh fitnah..tersepit kerana tugas..cari keje lain laa nak saman nanti makan diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Dah Kenyans makan Dedak punyai Reban ber Accon, sudah tentu la membodek tuan nya,.tungu je la hari mendatang bila tuan kamu tak de apa2 munkin tempurong kelapa di jadikan mangkok untuk minta sedekah, demi survival Hidup kan,.??

    ReplyDelete