Thursday, June 2, 2016

'Jenis make gu, kecek tokleh pege buku' gini ada ker lagi yang tak terdesak sanggup kerjasama?

PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam - Abdul Hadi
Hafiz Marzukhi dan Muhafandi MuhamadAstro Awani |  Jun 02, 2016 14:20 MYT
PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam - Abdul Hadi
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-62 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan di Pengkalan Chepa, hari ini. - Foto Bernama

PENGKALAN CHEPA: PAS bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kepentingan Islam dan umatnya.

Ia juga tidak terhad kepada kerjasama dengan Umno sahaja.


"Selagi kerjasama tersebut membawa manfaat untuk Islam, PAS sedia bekerjasama.


"Bukan hanya dengan Umno, malah semua yang ingin membawa kebaikan untuk umat Islam," jelas Abdul Hadi sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-62 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini.


Oleh itu, beliau menegaskan wujud keperluan buat parti itu untuk menjadi kuasa ketiga dalam arena politik Malaysia.


"Kini, situasi politik negara membayangkan sama ada hitam atau putih.


"Kerajaan akan terus mempertahankan semua tindakannya dan pembangkang pula akan terus menerus membangkang semuanya, walaupun kadangkala tindakan yang diambil kerajaan adalah baik," kata Abdul Hadi.


Maka, Abdul Hadi berkata sudah tiba masanya budaya politik lama ini diabaikan dan diganti dengan yang baharu.

"PAS ingin mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera demi kebaikan rakyat," katanya lagi.

Muktamar Tahunan PAS ke-62 berlangsung selama tiga hari bermula malam tadi.

1 comment:

  1. Apa kah Umno tidak mengamalkan dasar Islam,. Apakah Keadilan tidak Islamic,. Apakah Amanah menolak Islam,.dan apakah ahli2 Dap tiada yg Islam,.semua Party2 ini tidak menjual Islam demi keuntungan Party,.tidak juga mengauli Islam bersama Party,..kecuali, hanya Pas saja yg berlapikan Islam,. Konon tidak memperjuangkan Pas mereka Semua tidak Islam,.mereka yg ada didalam Pas kebanyakan nya terdiri para ulamak acuan pas,. Ustaz2 segera yg pandai menari dan berlakon namun, sering di dengari dengan perbagai hujan yg sempit dan tidak matang serta tidak berlandaskan akademik, mereka juga rancak berhujah dan berfatwa berlapik kepada nas Al Quran dan hadis demi memujuk Hati Rakyat agar turut bersengkokol bersama namun segala hujah itu ibarat nyanyian tanpa irama, sedarlah para pemerhati dan pendengar Bukan dikalangan orang2 dulu, kini mereka terdidik dengan berbagai budaya, tidak lah semudah Apa yg diharapkan andai pemikiran otodok masih lagi membelengu kedalam minda ke semua kepimpinan Pas,. Harus di Ingat Pas adalah sebuah Party Politik yg berdaftar, sama juga dengan party politik yg lain di Malaysia ini, ISLAM itu adalah agama bagi semua umat Islam di seluroh Dunia yg menganut serta mengamalkan nya, berlandaskan rukun Islam dan rukun Iman,.hakikatnya Pas tidak boleh monopoli yg konon nya hanya Pas saja yg Islam,.ABU

    ReplyDelete