Saturday, June 11, 2016

Isu jet peribadi: Korang baca apa Syed 'ampu' ni kata......

Isu jet peribadi: Kenyataan Rafizi semakin tidak bermoral - Syed Ali
Blog |  Jun 11, 2016 10:02 MYT
Isu jet peribadi: Kenyataan Rafizi semakin tidak bermoral - Syed Ali
SYED ALI: Kenyataan Rafizi semakin tidak bermoral. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menyerang isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berhubung penggunaan pesawat peribadi untuk kegunaan rasmi dilihat semakin mengarut dan tidak bermoral.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata tindakan tidak berhemah Rafizi itu sekadar mengelirukan rakyat dengan tuduhan dan persepsi yang boleh dikatakan sebagai sampah dan tidak ada manfaat.

"Rafizi tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tidak berasas bersabit kos sewaan pesawat peribadi oleh pihak kerajaan.

"Saya hendak nasihatkan dia supaya lebih bersikap amanah terhadap pengundi Parlimen Pandan yang memilihnya sebagai wakil rakyat.

"Tidak payah hendak campur urusan kerajaan dan serang Rosmah dengan pelbagai fitnah jahat. Buatlah kerja dengan ikhlas untuk rakyat," katanya dalam kenyataan terbaharu di laman blognya umnobahagiancheras.blogspot.my.

Syed Ali mengulas dakwaan Rafizi sebelum ini menerusi satu portal berita bahawa anggaran sekitar RM86.4 juta dibelanjakan kerajaan untuk menyewa jet peribadi selama dua bulan.

Dakwa Rafizi, jet berkenaan kononnya digunakan oleh Rosmah semasa lawatan beliau ke Istanbul, Turki bulan lalu.

Dakwa Rafizi lagi, wang RM86.4 juta boleh digunakan untuk membiayai pengajian 1,920 pelajar cemerlang di universiti-universiti tempatan.

Tegas Syed Ali, kenyataan Rafizi semakin mengarut dan berniat jahat bagi mencetuskan keraguan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kenyataan semakin mengarut apabila Rafizi bandingkan kos sewaan pesawat peribadi dengan peruntukan membiayai pengajian mahasiswa cemerlang di universiti tempatan.

"Rafizi tidak perlu mengajar kerajaan berhubung pembiayaian pelajar termasuk pemberian mahasiswa kerana itu merupakan agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Tidak payah hendak ajar kerajaan, soal pemberian biasiswa dan kebajikan pelajar sudah lama dilakukan kerajaan, malah bermula di sekolah rendah hingga ke peringkat universiti," jelasnya.

Justeru, katanya, perbandingan kos sewaan jet peribadi oleh kerajaan yang turut digunakan oleh Rosmah sebagai helah Rafizi untuk mencemarkan pentadbiran Najib.

"Dalam hal ini, Rosmah berhak menggunakan pelbagai kemudahan kerajaan termasuk pesawat khas kerana beliau merupakan isteri kepada Perdana Menteri.

"Mana-mana isteri pemimpin negara diberikan keistimewaan sejajar dengan kedudukannya, jadi Rafizi sepatutnya belajar untuk memahaminya," ujarnya.

Menurut Syed Ali lagi, dakwaan tersebut tidak ada kaitan dengan kos peruntukan kerajaan untuk menampung kemudahan pembelajaran di negara ini.

Katanya, kos termasuk peruntukan untuk sektor pembangunan pendidikan serta pembelajaran negara sudah dimasukkan dalam bajet tahunan kerajaan.
"Mengapa hendak kaitkan dengan kos sewaan pesawat, nampak sangat Rafizi kurang arif berhubung kos perbelajaan dan belanjawan kerajaan.

"Pembangkang hanya tahu 'menyalak' tetapi akhirnya segala permasalahan dan kebajikan rakyat hanya mampu diselesaikan oleh kerajaan BN," katanya.

Syed Ali sekali lagi menasihatkan Rafizi supaya menumpukan tanggungjawabnnya selaku Ahli Parlimen Pandan.

"Daripada terus membuat fitnah, adalah lebih baik jalankan tugas selaku wakil rakyat dengan jujur dan bertanggungjawab kerana itu adalah amanah pengundi," ujarnya. - sumber

3 comments:

  1. Pemakan dedak dan penjilat tapak kaki.
    Sama level dgn walaun tolol parti sarkas

    ReplyDelete
  2. Taaniah YB Rafizi,.atas pendedahan demi pendedahan Untuk pengtahuan Rakyat,.memang itu lah sebahagian dari tugas pembangkang yg Rakyat mahukan,.persyitan kan siapa saja yg menyanggah maklumat yg terbukti ini,.di per sampah kan bahasa mereka yg Cuba melindungi, perkara yg munkar ini ,. Dari kalangan pembodek dan pemakan dedak ,. Doa Rakyat dari kalangan yg di tindas akan terbukti Dan nyata di Dunia ini, terima lah wahai Penipu, Perompak, Penyamun, Peresuah, Pembohong dan semua para Subahat ,.

    ReplyDelete
  3. Dia ni tahu tak apa ma'ana perkataan 'fitnah'...?

    ReplyDelete