Wednesday, June 15, 2016

Dok jaja Hudud lagi?: Nak bentang dan tangguh lain, dok jaja lain!

Amaran Hadi kepada orang Islam menentang hudud
RAZIATUL HANUM A.RAJAK - 14 JUN 2016
Hadi Awang Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi amaran kepada para penentang undang-undang hudud terutama daripada kalangan umat Islam sendiri dengan bersandarkan tiga potong ayat Al-Quran iaitu surah Hud ayat 18, surah Al-Baqarah ayat 208 dan surah Al-Maidah ayat 82.

Menurut Abdul Hadi, hanya mereka yang buta al-Quran akan melabel hukum hudud itu sebagai ciptaan Pas.

“Bahkan tidak boleh dicipta Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang hukum ALLAH SWT terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.

“Walaupun Pas telah perkenalkan melalui proses demokrasi serta dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam dalam dan luar negara, namun masih ramai yang beragama Islam buta al-Quran mengulas dengan akal jahil agamanya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini usaha Abdul Hadi membawa Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 ke Dewan Rakyat bagi mengangkat taraf Mahkamah Syariah dihentam banyak pihak susulan ia dikaitkan dengan hukum hudud.

Pihaknya telah berkali-kali menegaskan pindaan itu tidak melibatkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya untuk mempertingkatkan kuasa Mahkamah Syariah yang hari ini lebih rendah daripada Mahkamah Sivil.

Sementara itu, menyentuh soal penangguhan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu, Abdul Hadi berkata, undang-undang syariat ALLAH itu masih tidak dapat dilaksanakan demi meraikan golongan yang jahil walaupun mereka mengaku Islam.

“Walaupun sudah dilulus dan diwarta dua negeri namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.

“Sungguh malang mereka yang menyerang dan menghalang hudud malah lebih bersimpati terhadap penjenayah daripada mangsa individu dan masyarakat yang malang dalam masa yang sama terus menjadi khadam kepada penjajah yang sudah keluar. Tiba-tiba mereka pula ambil kerja penjajah.

“Sangat malang bagi penganut Islam yang tidak setuju menaik taraf Mahkamah Syariah kerana menghina agamanya sendiri,” katanya.

Beliau turut berpesan kepada penentang hudud yang kononnya menegakkan hanya menentang hudud bukan bermusuh terhadap Islam dan umatnya.

“Kepada sesiapa yang bersilat kata-kata dan tulisan menentang, Allah menetapkan setiap perkara Islam adalah bersambung tanpa dapat dipisahkan.

“Ketahuilah memisahkan mana-mana hukum Islam daripada ikatan Islam adalah langkah syaitan,” katanya.

# aku rasa muslim sebenar tidak ada yang menghalang atau mencurigai Undang-Undang Allah. yang merosakkannya adalah meraih mileage politik daripadanya

7 comments:

  1. Menuduh orang "ISLAM" yang menentang "HUDUD" merupakan satu pendustaan Kerana rata rata orang "ISLM" yang membaca Al-Qur'an serta memahami isi kandungan nya tidak demikian. Yang kerap mengeluarkan kenyataan yang "MERAPU" ada lah puak puak PAS, PIS. PUS sendiri. Kalau kurang yakin baca lah kenyataan kenyataan para pemimpin mereka yang bercanggah satu sama lain.

    Untuk pencerahan, bukan kah PAS Kelantan telah meluluskan anekment HUDUD tetapi tertanguh untuk melaksana kan nya(sehingga kini) setelah pemimpin UMNO memberi kata dua. Mungkin sayang kan kedudukan, maka PAS tidak melakukan nya. Di sini ternyata PAS lebih takut kan manusia dari ALLAH. Begitu juga di Terengganu "HUDUD" hanya untuk hiasan "LACI" sahaja.

    Sesuatu perkara kalau kerap di perkatakan biasa nya tidak akan menjadi. Percaya lah. Umpama nya di Berunai dek kerana tidak kerap mengeluarkan kenyataan akhir nya undang undang HUDUD tertegak juga di Negara tersebut.

    Pindaan RRU 355 sebenar nya bukan untuk memperkasa kan HUDUD tetapi untuk menambah pendapatan kepada mahkamah Syariah di Negeri Kelantan. Itu pun belum tahu nila akan di bahas kan di parliman!!!

    Sudah kah mangsa mangsa banjir di Kelantan mendapat pembelaan sepenuh nya? Saya hanya bertanya.

    ReplyDelete
  2. Masa tak baik dengan umno nak buat hudud..tapi bila dah baik dengan umno tak mau plak buat hudud..buat pindaan akta jenayah islam jer.mau jadi punahsihat saje..kerana citer hudud punah ranah Pakatan Rakyat dan Pas sendiri...sekarang bangkit lagi soal hudud..

    ReplyDelete



  3. Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
    Menyuloh Menerangi...SiPONTENG Pen DUSTA
    Menyuloh Bejat Nya...Fitnah DURJANA
    FITNAH Men CURI...Yg BESAR Laba Nya


    Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber Ber BAKTI
    Ibarat Sang MENTARI...Yg Kaseh Mem-BERI
    Ber Bakti Mem-BERI...TAK Mintak Di PUJI
    Yg Sentiasa Menerangi...Tak Pernah Ber HENTI
    Demi Men JUNJUNG...AMANAH ILAHI


    Demi Men JUNJUNG...AMANAH ILAHI
    LANGIT dan Bumi...Pun Kaseh Mem-BERI
    Mem-BERI Naungan...Dan HAMPARAN Azali
    Dgn Hidup HIDUPAN...Yg Be Warna WARNI


    Dgn LANGIT dan Bumi...Yg Kaseh Mem-BERI
    Bekalan OKSIGEN...Yg Tak Putus TAK Henti
    Lalu "Menyentuh"...Jiwa NURRANI
    Alangkah INDAH Nya...Yg Mem-BERI Kan Bakti
    Alangkah MULIA Nya...Pem-BERIan Yg SUCI
    Alangkah SUCI Nya...Yg TAK Mintak Di PUJI
    Alangkah AGONG Nya...AMANAH-MU-Yaa RABBI



    Alangkah AGONG Nya...AMANAH-MU-Yaa RABBI
    LANGIT dan BUMI...Ber TASBIH Memuji
    Ber TASBIH Ber TAHMID...Tak Berhenti HENTI
    Lambang Ke AGONGAN...Yg Kaseh Mem-BERI
    Fana dan LENYAP lah...Kesombongan DIRI
    Hancur dan SIRNA lah...Haloba NAFSU Emosi
    MATI dan Padam lah..."Semangat" Men CURI
    Hangus Ter BAKAR lah...FITNAH yg Keji
    Kan Muncul lah...FATANAH-IQ-Merit Yg Tinggi
    Menjelma lah AMANAH...Yg TULUS dan SUCI
    AMANAH Utk Mem-BERI...Dan TERUS Mem-BERI
    Yg Kaseh Mem-BERI...Membuak2 Di HATI
    Oh! Kaseh Mem-BERI Itulah...FITRAH Syurgawi..



    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Kaseh Mem-BERI Itu...Kecintaan'NYA TUHAN
    Kaseh Mem-BERI Itu...TAK Mintak Sanjungan
    Se Murni Se SUCI...Se Indah2 TAULADAN













    ReplyDelete
  4. Rasanya kalau mereka yg membawa Hidud. ini di parlemen terdiri daripada badan2 yg lebih Arif berkaitan khusus hal ehwal pentadbiran Undang2 Islam, dan bukan daripada sebuah pertubuhan mau pun Individu yg aktif pada mana2 party politik, Pastinya Party Pas yang ber ia2 sangat dengan agenda Hududnya, dalam masa yg Sama hukom agama sering di rojakan bersama politik, Rakyat juga sering dikelirukan dengan berbagai amanat yg diangap fatwa dikalangan akar umbi party Pas,.Rakyat yg beragama Islam tidak sesekali mencela mau pun menolak Hukom dibawah jenama Hudud, Namun yg bersendiwara yg juga menghuruhara kan minda umat Islam itu datangnya daripada ulamak2 politik Pas sendiri yg nyata di pengerusi kan Presiden nya,.Apakah Rakyaat akan patuh saranan yg dibawa presiden Pas itu,.?? Sedangkan beliau masih lagi belum insaf dari kelancangnya berbahasa yg sama sekali ditegah Agamanya,.Apakah Rakyaat merasa selesa dengan berbagai kata nesta dari suara Presiden politik Pas itu dengan mengelar sesorang setru politiknya yg teramat jijik pada akal yg sehat,.beliau juga tiada rasa segan jauh dari perasaan malu dengan mengeluarkan berbagai Amanat, selain suka memfitnah, bongkak, Takbur, Riak, Banga diri, dan berbagai lagi semua ini amat dilarang dalam Islam, malang sekali dengan gelaran Ulamak, Tuan guru yg berjawatan presiden Pas , masih tidak menghiraykanya,.olih yg demikian Rakyat sangat ber besar hati akan Menerima perlaksanaan perundangan dan hukom2 Hudud,.di benteng,. di Hujah di Luluskan dan di Laksanakan,.daripada berbagai Individu yg lebih Arif serta Pakar dalam bidang2 tertentu dalam hukom Hudud,.namun tidak samasekali yg membawa Hudud ini datang daripada gulongan ahli politik khususnya Pas diangap gemar menjaja agama Islam Dan hukom2 nya demi meraih laba politiknya,..

    ReplyDelete
  5. 1/2

    Tak ada sapa pun yang mengaku beriman dan islam menentang Hudud. Semua umat Islam yakin bahawa Hudud itu memang hukum Allah tetapi apa yang sedang dipertikaikan di Malaysia ni adalah pendirian kasar, biadap dan tuduhan serta kejian Tuang Presideng PAS terhadap perselisihan umat Islam tentang keutamaan menguatkuasakan Hudud melangkaui keperluan menjaga kebajikan rakyat, melaksanakan penguatkuasaan yang adil lagi saksama serta kewujudan sistem kehakiman yang benar2 telus lagi bebas.

    Hudud ketika ini dilihat hanyalah sebagai alat untuk meraih undi dan sokongan. Pis masih lagi tidak dapat memberikan contoh yang terbaikpemerintahan yang berdasarkan hukum Islam, malah jika kita ingin mengatakan kebenaran, contoh pemerintahan Pis langsung tidak ada sifat Islam tetapi lebih mirip kepada corak pemerintahan yang diamalkan oleh UMNO yang sudah sememangnya jauh dari nilai2 Islam dan sejagat. Pis juga berkeras ingin melaksanakan hudud tanpa mengambilkira keadaan negara yang rakyatnya masih ramai miskin dan papa, terbelenggu dengan sistem ekonomi perhambaan kapitalis, sistem kehakiman dan keadilannya telah diculik dan dijadikan tebusan oleh si penzalim dan sistem pemerintahan negara juga berada ditahap negara2 yang tiada iman dan tiada akidah. Perkara2 itu sepatutnya menjadi keutamaan sebelum kita menghabiskan masa dan tenaga berbalah tentang hudud.

    Kedegilan Pis juga dilihat tidak sinonim dengan pendapat jumhur ulamak2 tersohor dunia yang melihat dan berpendapat bahawa perlaksanaan hudud mestilah didahului dengan menjaga kebajikan rakyat (islam dan bukan islam), perlaksanaan undang2 dan kuatkuasa di tangan orang2 yang jujur serta sistem kehakiman adalah terpercaya serta bebas lagi telus. Pis tidak begitu memberatkan perkara itu dan hanya lebih bertumpu kepada penggubalan undang2 hudud sahaja. Ini memperlihatkan kepada umum semuanya bahawa Pis hanya mempergunakan isu hukum hudud sebagai alat politik bukan sebagai usaha dakwah dan usaha memakmurkan muka bumi. Hudud bukanlah alat dan ianya tidak sepatutnya digunakan sebegitu.

    Sikap keras dan biadap Pis dalam mengkafirkan dan menfatwakan golongan2 yang mengikut pendapat ulamak2 diluar Malaysia sebagai penghuni neraka dan musuh Allah bukanlah sikap dan perangai orang2 yang faham akan ketinggian dan kemuliaan Islam. Bahkan ianya merupakan sikap orang2 yang jahil dan jumud yang tidak dapat menerima fakta bahawa mereka tidak maksum malah mereka juga berkemungkinan tidak berada di jalan yang benar. Pis sekarang berada dalam kedudukan "holier than thou" dan mereka tidak mahu langsung menerima perselisihan dan kelainan pendapat sedangkan Pis bukanlah mempunyai monopoli keatas ulamak2 tersohor dan muktabar bahkan di luar Pis ada lebih ramai lagi malah puluh ribuan lagi ulamak dan ilmuan yang mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi dari Tuang Presideng dan juak2nya.


    Bersambung...

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  6. Sambungan 2/2.

    Maka, isunya bukan lah Hudud dan bukanlah tentang orang2 Islam yang difatwakan sebagai kafir jika tidak menerima pendapat Pis bahawa hudud wajib diutamakan diatas perkara lain (yang lebih utama) di Malaysia ini. Isunya adalah, dari mana datangnya dalil dan sumber autoriti yang membenarkan Pis mengatakan bahawa HANYA pendapat serta pendirian mereka tentang hudud adalah satu2nya yang benar di sisi Allah? Apa yang menjadi isu adalah keangkuhan Tuang Presideng dan pimpinan Pis memfatwakan bahawa sesiapa yang tidak mengikut pendapat dan pendirian mereka adalah terkeluar dari Islam (walaupun ada ramai ulamak2 tersohor diluar Malaysia yang tidak sependapat dengan Pis).

    Yang lebih utama lagi isunya, Pis sebagai parti politik yang berada di dalam ruang lingkup sistem demokrasi (yang bukan lahir dari Islam) ingin menguatkuasakan sesuatu tanpa mengambilkira batasan2 dan had2 yang wujud dalam sistem demokrasi seperti hak2 mengundi rakyat non-muslim serta keutamaan suara majoriti? Adakah Pis tiada akal dan tiada "common sense"? Dan adakah Pis tidak duduk di bumi Malaysia, di bumi nyata dan hanya berada di alam fantasi dimana pimpinan Pis berkeyakinan bahawa impian dan keinginan mereka akan termakbul dan terhasil hanya dengan berdoa, berjubah, berserban tanpa usaha, kebijaksanaan, bersikap dan berperangai yang selaras dengan Islam? Adakah Pimpinan Pis percaya hanya dengan memetik jari, Hudud akan terlaksana dan Malaysia akan terus aman bahagia, sentosa, maju jaya dan live happily ever after? Yeah...Right! Keep on dreaming "little children" and let real adults do all the hard work and wise thinking!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  7. Terbaik nick...party pis melaungkan hudud2..tapi setelah dibentang minta tangguh. Bentabg n bahas terys jika beria2 sgt nk hudud di gunapakai. Apa punya pegangan tur...nilah party kepala batu dn party pembohong bersiri..

    ReplyDelete