Pilih pemimpin tepat, negara akan aman
4 JUN 2016
PEKAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, soal pemerintahan dan pemilihan kepimpinan yang tepat berkait rapat dalam menentukan soal keamanan dan keharmonian negara.
Beliau berkata, kesilapan pemilihan pemimpin boleh menyebabkan negara menjadi huru-hara dan bergolak seperti yang dialami kebanyakan negara Islam seperti Syria, yang menyaksikan umat Islam negara itu berada dalam keadaan terancam dan tertekan.
"ALLAH suruh kita taat kepada-NYA, taat kepada Rasul dan Ulul Amri. Itulah prinsip di dalam Islam yang mana soal pemerintahan dan kepimpinan tidak boleh dipisahkan.
"Kalau letak orang yang bukan pada tempatnya, akhirnya berlaku pergolakan kerana kegagalan kepimpinan. Maka, kita semua akan terima kemudaratan seperti yang berlaku di negara Islam yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau dalam Parlimen Pekan di Masjid Pulau Serai di sini, hari ini.
Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang Datuk Ishak Muhamad.
Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, rakyat Malaysia harus mengambil iktibar terhadap nasib yang menimpa umat Islam di Syria berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.
"Baru-baru ini, kita terima kumpulan kedua pelarian dari Syria yang negara kita mampu tawarkan 3,000 tempat untuk mereka diberi perlindungan.
"Kalau dengar cerita mereka, memang mengerikan apa yang terpaksa dihadapi dan dilalui. Justeru, ini adalah peringatan bagi kita," katanya.
Najib berkata prinsip wasatiyah atau kesederhanaan dalam pemerintahan yang diamalkan kerajaan selama ini turut menjadi kunci utama keharmonian dan keamanan negara.
Menurutnya semua pendekatan yang dilaksanakan kerajaan membolehkan setiap dasarnya dapat diterima baik termasuk dalam kalangan rakyat bukan Islam di negara ini.
"Ini berlaku kerana kita telah melakukan pilihan yang tepat dengan mengamalkan pendekatan wasatiyah, yang menepati kehendak Islam yang sebenar iaitu tidak terlalu ketat dan dalam masa sama tidak terlalu longgar atau liberal.
"Kita berada di tengah-tengah kerana itulah kehendak Islam supaya tidak berat sebelah dan amalkan dasar kesederhanaan. Ini memudahkan kita diterima oleh mereka yang beragama Islam mahu pun bukan Islam," kata beliau.
Pada majlis itu, sebanyak 226 masjid dan surau menerima sumbangan wang tunai dan kurma sebagai persediaan menyambut Ramadan. - Bernama
4 JUN 2016
Najib Tun Razak Najib Tun Razak. - Foto Bernama

Saya rasa PM kita ini sudah tiada lagi deria "conciousness". Arau rasa bersalah sudah hilang dari jiwa beliau sehingga mampu membuat ucapan sedemikian. Keadaannya tak ubah seperti seorang kepala PENYAMUN yang masih aktif sedang menasihati sekumpulan pemuda bahawa perbuatan mencuri, merompak dan merampas harta orang lain adalah salah dan tidsk wajar dilakukan. Apalah malang negaraku ini. Tuan Penasihat 20% tolonglah fatwakan sesuatu....
ReplyDeletePENYAMUN paling hebat di Dunia adalah Berasal dari Malaysia. Beliau mempunyai tentera sendiri, polis sendiri, pendakwaraya sendiri, mufti sendiri, tv sendiri, parti sendiri ,penasihat sendiri dan beribu penyokong yg sanggup mempertahankan aktiviti menyamunnya.
ReplyDeleteMalaysia adalah negara Islam wasatiyah yg mempunyai parti Islam yg sungguh hebat yg boleh mengeluarkan fatwa mengkafir seorang yg lain. HEBAT