Thursday, June 30, 2016

Bukan Guan Eng, heret dahulu dalang masalah 1MDB

30 Jun 2016 | ARIF ATAN
Lim Guan Eng menggenggam tangan ke udara ketika dibawa ke kamar mahkamah.

Rakyat bukan mahu melihat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa tetapi menuntut mereka yang terlibat dengan kontroversi menyelubungi syarikat pelaburan negara sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diheret ke muka pengadilan.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar berkata, penangkapan Guan Eng semalam seperti sengaja mahu mengalih perhatian rakyat terhadap isu kepincangan urus tadbir negara yang semakin menonjol pada masa ini.

"Rakyat juga tertanya-tanya apa perlunya rombakan Kabinet ketika ramai pihak termasuk dari Umno-BN sekalipun mendesak pengunduran Najib.

"Rakyat juga mahu tahu apa sebenarnya berlaku di sebalik pemecatan dan arahan bertukar beberapa jawatan kritikal dalam negara.

"Ini termasuklah Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang dikatakan akan bersara awal Ogos ini walaupun kontrak beliau hanya tamat pada 2018," ujarnya kepada Malaysia Dateline hari ini.

Mengulas lanjut penangkapan Guan Eng atas dua tuduhan rasuah dan didakwa di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pagi ini, beliau berkata, rakyat sebenarnya menuntut kerajaan menyelesaikan kemelut ekonomi bukannya membuat tindakan bermotif politik kepartian.

"Rakyat mahu kerajaan ada usaha dalam menangani masalah ekonomi negara pada masa ini.

"Padahal, Pulau Pinang yang diterajui Guan Eng menyaksikan ekonomi negeri itu makmur dengan manfaat turut dirasai termasuk institusi agama Islam," tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh rakyat semakin menyedari krisis kepimpinan Umno-BN yang diterajui Najib semakin tidak relevan serta tidak memberi manfaat kepada mereka.

Dengan menyokong PAS yang hanya bersama Ikatan, kerajaan kita boleh bertukar?

 Mohammad Agus Yusoff
                                     
2 hrsKajang
SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (8)
Kawan UKM datang rumah baiki komputer saya yang diserang virus.
Masuk sahaja rumah beliau merungut tindakan kerajaan pusat menahan KM Pulau Pinang. Kenapa perlu digari? Kenapa perlu didakwa? Kenapa tidak didakwa kes 1MDB? Begitulah katanya.
Selepas itu, beliau merungut tentang keborosan pemimpin negara. Sepanjang waktu bercakap, beliau menekankan kepada saya betapa pentingnya kita mengundi perubahan.
**********************
Saya setuju dengan kawan saya untuk memilih perubahan.
Selepas itu, saya bertanya beliau, jikalah berlaku pilihan raya sekarang, parti apa yang hendak diundi? Katanya, mesti PAS kerana dasar Islam PAS.
Seterusnya saya tanya, bagaimana jika PAS bekerjasama dengan UMNO? Nak undi PAS juga ke? Beliau terdiam seperti orang keliru, orang terkena candu.
Selepas itu, beliau menasihati saya, kerajaan zalim BN mesti kita tukar dan kita mesti istaqamah menyokong PAS untuk mendapat keredhaan Allah dunia akhirat.
Pertanyaan saya, 
 Ini yang saya belum faham.
***********************************
Selesai komputer saya dibaiki, hati saya berkata bagusnya jika selepas Raya ini diadakan pilihan raya.
Saya hendak tengok siapa yang berubah. Saya hendak tengok kerajaan mana yang berubah.

Riaksi Wala'un PAS ke atas kritikan: Koleksi mesej sementara waktu berbuka oleh Dr. Agus Yussoff

SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (7)
Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.
Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri.
Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.
********************************
Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan.
Saya tanya balik pentotok ini? Apakah kerajaan negeri maksum sehingga tidak boleh dikritik? Jika kerajaan negeri tidak boleh dikritik, apakah PAS tidak mengkritik kerajaan BN semasa kempen PRU 1999, 2008 dan 2013 ketika PAS berada dalam pakatan BA dan PR?
Mereka menjawab pertanyaan saya dengan menyatakan kerajaan negeri tidak boleh dikritik kerana kerajaan negeri adalah kerajaan Islam. Bagi mereka, tidak mempertahankan kerajaan negeri akan menerima balasan Allah nanti.
Inilah yang saya tegur. Apa kaitan mempertahankan kerajaan negeri dengan meminta kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya? Tanpa menjawab pun pertanyaan saya, alih-alih saya pula yang dimarah oleh pentaksub tegar ini.
Mereka dakwa puila saya hanya berani tegur kerajaan negeri. Mengapa tidak kritik kerajaan pusat yang rasuah dan lainnya. Mereka juga suruh saya balik Kelantan dan buat sama baiki air dan kutip sampah. jangan sekadar hanya bercakap dan mengkritik, kata mereka.
Apakah bangangnya pentaksub ini? Saya tegur kerajaan negeri untuk keselesaan rakyat yang hendak beraya, biarlah saya selesaikan hal ini dahulu. Mengapa pula perlu dikaitkan dengan kerajaan pusat? Lain saya tulis, lain mereka bahas.
Inilah yang menyebabkan saya marah dengan pentaksub ini. Bagi saya puak ini adalah perosak agama, imej parti dan pemecah belah masyarakat.
***************************
Saya tidak bermaksud menujukan tulisan ini kepada kawan-kawan saya dalam PAS dan penyokong PAS kerana saya tahu pemikiran kita tidak sebegitu.
Saya menulis ini untuk menunjukkan kemarahan saya kepada pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.
Jika saya jumpa pentaksub sebegini, saya akan bawa mereka ke pakar psikiatri untuk mendapat rawatan jiwa sebelum terus merosakkan keharmonian bangsa dan negara ini.
Selamat berbuka.
SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (6)
Petang ini saya menerima panggilan dari wakil kerajaan negeri menjelaskan tiga perkara, iaitu tentang kebersihan, air dan jalan raya.
***********************
Mengikut keperluan, MPKB memerlukan 40 lori untuk mengangkut sampah sehari, malangnya MPKB hanya mempunyai 17 buah lori sahaja. Bagi mengatasi kekurangan ini, MPKB telah menyewa 23 lagi lori mengangkut sampah untuk kebersihan bandar KB.
Bagi PBT lain, kerajaan negeri telah pun mengatasinya dengan melengkapkan bilangan lori dan tong sampah yang diperlukan.
Biarpun kewangannya terhad, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan segera yang diperlukan untuk mengatasi masalah ini supaya rakyat menyambut hari raya yang selesa tahun ini, dan In Sha Allah tahun-tahun seterusnya.
*********************************
Masalah air keruh berlaku kerana beberapa bulan lepas Jabatan Air Kelantan menukar paip utama. Akibatnya, air menjadi keruh dan kotor. Alhamdulillah, kekeruhan ini semakin berkurangan menjelang Raya.
Dari segi kelajuan, air telah semakin laju dan tidak lagi kering seperti dahulu.
In Sha Allah, perubahan total kepada perkhidmatan air akan berlaku setelah pensrukturan semula air dapat dilakukan. Sekarang ini, kerajaan negeri sedang di peringkat akhir memuktamadkan perundingan ini dengan kerajaan pusat.
****************************
Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai yang sebelum ini dikenali sebagai lebuh raya rakyat sedang dalam pembinaan.
Jalan Kota Bharu-Machang dibiayai oleh kerajaan pusat dan Jalan Machang-Kuala Krai oleh kerajaan negeri.
Setakat ini status jalan Kota Bharu-Machang adalah seperti berikut. Pelan 1A Kota Bharu-Kadok telah 60% siap dan Plan 1B Kadok-Machang telah 20% siap.
Jalan Kota Bharu-Kadok dijangka siap sepenuhnya pada April 2017, dan Kadok-Machang pada tahun 2018.
Jalan Machang-Kuala Krai baru 10 km siap dan tempoh sebenar siap tidak diketahui. Cumanya bila siap nanti akan diintegrasikan dengan Central Spine di Pahang.
**************************
Begitulah perkembangan yang dapat dilaporkan.
Semoga kerajaan negeri terus mendengar keluhan rakyat dan bertindak cepat untuk mengatasi masalah rakyat.
Kerajaan pusat juga harus bertanggungjawab membantu pembangunan negeri dan memberikan hak kewangan yang menjadi milik negeri sesuai dengan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan.
SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (5)
Petang ini saya tidak mahu mengulas lagi tentang rombakan kabinet. Saya ingin menulis dahulu tentang sikap penyokong totok parti PAS yang tidak dapat menerima kelemahan kerajaan negeri.
Apabila saya menulis tentang air yang kotor, kebersihan bandar dan keselamatan jalan raya di Kelantan, ramai penyokong totok ini yang marah-marah.
Setiap kali saya tegur, mereka berhujah kerajaan negeri tidak ada duit, kerajaan negeri dinafikan wang royalti. Kalau kita berhujah lagi, mereka akan menyuruh kita pula menerima redha Allah. Saya pening dengan kumpulan totok sebegini.
Sementara saya akui prinsip federalisme banyak yang dilanggar, saya selalu tegaskan kerajaan negeri perlu mengatasi masalah rakyat dalam hal yang berkaitan dengan bidang kuasanya. Jika tidak ada duit, cari mekanisme penyelesaiannya.
Jika berterusan memberi alasan dan menyalahkan kerajaan pusat, saya kira ini bukan kecekapan pemerintahan. Kerajaan yang cekap ialah kerajaan yang dapat menjaga keperluan rakyat dengan baik dalam kekurangan yang ada.
**********************************
Saya selalu tekankan dalam tulisan saya supaya kita membezakan kritikan dengan teguran. Saya menegur soal air, kebersihan dan jalan raya kerana saya mahukan kerajaan Kelantan menyediakan kemudahan prasarana yang baik kepada rakyat. Biar rakyat bangga dengan kerajaan mereka dan bangga dengan negeri mereka.
Semoga penyokong totok ini boleh memahami. Jangan melihat setiap teguran kepada kerajaan negeri itu sebagai taboo. Sekali sekala tegurlah juga kerajaan negeri untuk kesejahteraan rakyat yang telah memberi amanah kepada mereka.
*************************************
Alhamdulillah, sementara masih ada penyokong buta yang memarahi saya, saya lihat kerajaan Kelantan telah bertindak memperbaiki kekurangan yang ada.
Mungkin kerajaan negeri tidak dapat memulihkan semua kekurangan dalam waktu yang singkat ini, tetapi tindakan proaktif yang diambil untuk mengatasi masalah yang ada sudah cukup menggembirakan saya.
Kepada rakan senegeri saya, semoganya dapat menyambut lebaran nanti dengan hati yang gembira. Kepada penyokong totok, buka sedikit minda itu.
Selamat berbuka.
SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (4)
Pada tahun 1998, setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari jawatannya dalam kerajaan dan parti, rakyat bangkit mempertahankan beliau dan muncullah gerakan Reformasi.
Pada tahun 2016, setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatannya dalam kerajaan dan parti, tidak pula saya lihat berlaku kebangkitan rakyat.
Petang ini saya termenung, mengapa begitu?
Setelah berfikir panjang, saya harus akui satu perkara: Anwar Ibrahim manusia hebat. Luar biasa!
SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA (2)
Rakan fb menghantar kepada saya tulisan bertajuk Islam versi PAS dan meminta saya mengulasnya. Aduh, saya tidak pandai. Justeru, saya meringkaskan tulisan tersebut untuk kita membincangkannya.
Antara lain, tulisan tersebut membawa maksud seperti berikut:
i. Boleh menghina kawan dan lawan sesama Muslim dengan bahasa kesat seperti jebon, munafik, barua dan lainnya, sedangkan al-Quran di dalam surah al Hujurat melarang kita sesama Muslim melemparkan gelaran dan kata-kata kesat.
ii. Boleh khianat kawan seperti kes Kota Damansara dan beberapa kerusi di Terengganu dalam PRU13 dan beberapa kes lagi, sedangkan Islam melarang perbuatan khianat.
iii. Maslahat rakyat yang diperjuangkan cuma hudud, sedangkan Islam menuntut kerajaan menjaga kesejahteraan hidup rakyat seperti menyediakan prasarana yang baik, peluang pekerjaan dan lainnya.
iv. PAS menyampaikan Islam agak jumud dan kasar, sedangkan Islam menggalakkan dakwah dengan pendekatan terbuka, kasih sayang, tinggi diplomasi dan toleransi, mulia bahasa dan akhlaknya.
v. Angkuh dengan semua pihak, sentiasa mendabik dada parti PAS yang terbaik, jika tidak memilih PAS akidahnya terpesong.
Setelah membaca ringkasan di atas, apa pandangan kawan-kawan semua. Betulkah Islam versi PAS begitu atau hanya sekadar persepsi sahaja?
Moga posting ini tidak mengundang emosi. Selamat berbuka.
SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA
Saya lama tidak menulis dalam fb. Minggu lepas saya menulis catatan ringkas tentang Kelantan dan juga PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Tentang Kelantan saya sentuh isu keselamatan jalan raya sempena Syawal, isu rakyat mahukan air bersih dan isu kekotoran bandar.
Saya menulis dengan tujuan supaya pihak berkuasa mengambil perhatian kepada isu rakyat ini. Jagailah rakyat. Tidak pun saya menulis ini untuk kepentingan saya. Untuk kepentingan kita semua.
Tetapi reaksi facebookers selalu keluar dari konteks—memaki saya dan mengugut saya melalui inbox. Mengapa? Kerana kita melihat tulisan saya bersifat politik. Maka kitapun mempertahanlah parti yang kita sokong.
Pertahanlah parti yang kita sokong, itu tidak salah. Tetapi pertahanlah secara adab agama kita. Barulah kita dilihat murni.
Selain itu, kita perlu faham bahawa tidak semua isu kesejahteraan rakyat itu adalah isu yang perlu kita politikkan. Jangan terlalu kepartian kita. Bersatu hatilah kita mendesak pihak berkuasa menjaga kesejahteraan rakyat ini. Semoganya dengan cara itu kita juga mendapat redha Allah.
********************************
Setelah keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, saya belum menulis sebarang komen. Tiba-tiba muncul kenyataan yang kononnya dari saya.
Kawan fb meminta saya membuat hebahan bahawa itu bukan dari saya. Bagi saya tidak mengapalah. Saya anggap itu sebagai keghairahan politik.
Kenyataan tersebut tidak pun menghina sesiapa, sekadar pandangan politik kepartian sahaja.
**********************
Saya puas dengan kepekaan kita pada perkembangan politik negara hari ini. Teruskan. Cuma pesan saya, jangan pula kita terlebih peka sehingga semangat itu membuatkan kita mudah beremosi dalam politik.
Nasihat saya, sebagai seorang Muslim, bermainlah politik tanpa memfitnah kawan dan memburukkan pihak yang berbeza pandangan dengan kita. Setiap dari kita ada hak dan kebebasan untuk mempunyai pandangan sendiri.
Semoga kita semua mendapat redha Allah. Salam Ramadan.

‘Sayakah si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?’

‘Sayakah si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?’ soal Kit Siang
28 Jun 2016
KUALA LUMPUR, 28 JUN: Mufti Pahang Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman diminta jujur dan berterus-terang untuk menyatakan siapakah sebenarnya ‘kafir harbi’ yang dimaksudkan.

Permintaan ini dibuat Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan apabila mufti berkenaan berkeras tidak mahu menarik semula kenyataan bahaya itu atau meminta maaf kerana melabel DAP sebagai ‘kafir harbi’.

Kata Kit Siang, label ‘kafir harbi’ itu amat bahaya dan berbaur hasutan serta boleh menjejaskan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara yang memayungi masyarakat pelbagai lapisan kaum dan agama.

“Saya masih menunggu respon Abdul Rahman terhadap kenyataan saya semalam di Gelang Patah. Saya minta beliau berlaku jujur dan berani untuk menyatakan secara spesifik adakah saya orangnya si ‘kafir harbi’ yang layak dibunuh itu?” soal Kit Siang dalam satu kenyataan.

Dalam masa yang sama, Kit Siang juga menuntut penjelasan mufti berkenaan adakah label ‘kafir harbi’ dibuat kerana DAP lantang memperjuangkan nasib rakyat tertindas dan jika demikian, bila pula masanya beliau menjadi ‘kafir harbi’.

“Adakah kerana saya bangun bersuara di Parlimen pada tahun 1978 menentang UMNO-Barisan Nasional mengisytiharkan darurat untuk merampas Kelantan dari PAS?

“Atau adakah kerana saya mengkritik cara kerajaan menangani tragedi Memali pada tahun 1985 yang telah mengorbankan 18 nyawa dan mendesak supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tragedi hitam itu?” tanya beliau.

Ujarnya, adakah label itu dilontarkan kerana Lim Guan Eng mempertahankan maruah seorang gadis Melayu di Melaka sehingga dimasukkan ke penjara akibat dan hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen Kota Melaka, malah hilang kelayakan pencen dan hak mengundi selama lima tahun?

“Mungkinkah juga kerana pada tahun 2000 saya mengecam Kerajaan Persekutuan yang merampas royalti minyak Terengganu sebanyak lima peratus kerana PAS menang di Terengganu dan membentuk kerajaan negeri dengan Hadi Awang sebagai menteri besar?” Kit Siang menyoal.

Kesal dengan apa yang berlaku, beliau kehairanan kerana walaupun Malaysia memiliki pasukan khas anti keganasan yang memantau segala pergerakan dan ancaman penganas ISIS, ia tidak mampu menangkis pemikiran ekstrem agama ala-ISIS seperti kontroversi ‘kafir harbi’ yang hangat diperkatakan saat ini.

“Siapa yang lebih berbahaya, sama ada anggota ISIS Mohd Rafi Udin yang memberi amaran tiada lagi keamanan di Bukit Aman atau kenyataan Mufti Pahang yang mencetuskan polemik ‘kafir harbi’ tertuju kepada orang bukan Islam dan DAP khususnya,” soalnya lagi - sumber

Idi Amin: Mahathir disiasat Polis........

Wednesday, 29 June 2016
MAHATHIR LEBIH TOLERANSI BERBANDING NAJIB

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sekali lagi disiasat polis berhubung kenyataannya yang menyifatkan Najib Razak sebagai "Idi Amin Malaysia".

Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan ia adalah siasatan polis yang kelapan terhadap Tun Mahathir.

Kes ini adalah dibawah Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana menyamakan Najib dengan Idi Amin, kata Khalid dipetik sebagai berkata kepada media petang tadi.
Idi Amin adalah Presiden Uganda yang memerintah antara tahun 1971 hingga 1979 dan terkenal dengan pencabulan hak asasi manusia, rasuah dan menggunakan harta negara sehingga ia ditolak oleh rakyat negara tersebut.

Tun Mahathir juga pernah disamakan dengan Firaun dan digelar Mahafiraun selama bertahun-tahun oleh penentangnya, namun tidak pernah sesiapa disiasat polis kerana perbuatan itu.

Berbanding Idi Amin, Firaun adalah sosok pemimpin yang boleh dikatakan lengkap ciri-ciri kekejamannya sehingga mengaku dirinya sebagai Tuhan, sebelum akhirnya mati ditelan Laut Merah.

Ternampak bahawa di sebalik perbandingan liar dan keterlaluan terhadapnya, Tun Mahathir tetap ada sisi toleransinya.

Dalam reaksi berhubung siasatan polis terhadapnya, Tun Mahathir berkata, beliau tidak menuduh Perdana Menteri  membunuh orang, tetapi mengakui membuat perbandingan dengan Idi Amin untuk menggambarkan Najib bukan Presiden (UMNO) yang baik.

Saya tidak akan tarik balik kenyataan itu. Bagi tuduhan khusus ke atas saya, saya akan jawabnya di mahkamah, tegas Tun Mahathir.

Pada malam kemenangan BN di Sungai Besar, Najib membalas gelaran yang menyamakannya dengan Idi Amin itu dengan mengatakan, "nampaknya Idi Amin Malaysia lebih popular."

Daripada lapan siasatan polis terhadap Tun Mahathir setakat ini, berapa agaknya yang akan membawa kepada pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah?

Menjelang pilihanraya akan datang pula dan melihat bagaimana Tun Mahathir terus menjadikan Najib sasaran serangannya, berapa banyak lagi siasatan dan pertuduhan akan dikenakan terhadapnya? (SH 29/06/2016) - sumber

# semasa Mahatihr berkuasa dulu, bermacam gelaran di berikan oleh yang tidak setuju dengannya tidak pula Polis panggil dan siasat!

Jauhkan diri dari Umno: Bekas pengarang Utusan puji Husni

Husni bertindak bijak jauhkan diri dari Umno, kata bekas pengarang Utusan
29 Jun 2016 | BORHAN AHMAD
Husni bijak mahu jauhkan diri dari Umno, kata bekas pengarang Utusan, Ku Seman Ku Hussain

Tindakan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah melepaskan semua jawatan dari kabinet dan dalam Umno serta BN boleh dilihat sebagai tindakan bijak menjauhkan diri dari dilibatkan dengan Umno, kata bekas pengarang Utusan Malaysia. 

Bagi Ku Seman Ku Hussain yang meletakkan jawatan dari akhbar itu kerana tidak berpuashati dengan laporan mengenai skandal 1MDB oleh akhbar milik Umno itu, karakter Husni tidak sesuai dengan kepimpinan Umno sekarang.

"Apa lagi Husni dipaksa pikul isu skandal 1MDB  yang tidak mungkin boleh diterangkan kepada rakyat kecuali berbohong," kata Ku Seman melalui facebooknya.

Bagi beliau, walaupun banyak yang kebulur jawatan dalam Umno tetapi yang ada integriti bagi percuma pun mereka tolak.

"Husni tidak seperti beberapa menteri yang menjadi panglima melindungi ketua mereka dengan kata kata yang angkuh dan sedikit biadab," tulis bekas wartawan veteran Utusan yang meninggalkan akhbar itu hujung Mac lalu.

Katanya, Husni tidak banyak bercakap tentang retorik politik tetapi tekun dengan tugas.

"Karakter begini tidak sesuai dengan Umno. Tengoklah sekarang tak cukup menteri,  ketua bahagian yang pun galak beri kenyataan kpd media, belasah orang itu dan orang ini yang tak sebulu dengan ketua.

"Tak cukup ketua bahagian setiausaha akhbar pun sudah beri reaksi kenyataan  politik. Jadi nyatalah Husni tidak layak. 

"Saya pasti selepas ini Husni akan diserang oleh media arus utama yang dicengkam oleh Umno," tulis beliau lagi yang menjadi viral dalam media sosial.

Datuk Seri Husni Hanadzlah meletakan jawatan sebagai Menteri Kewangan kedua serta semua jawatan dalam Umno bersama Datuk Abd Wahid Omar menteri di JPM yang menguruskan EPU di waktu negara sedang dilanda krisis ekonomi dan kewangan yang meruncing.

Pengumuman perletakan jawatan mereka diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan penyusunan kabinetnya baru-baru ini.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion. 

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” katanya.

Bekas ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa pengunduran editor kanan akhbar itu Ku Seman Ku Hussain berkaitan dengan sikap kritikal beliau dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion. 

"Secara jelasnya saya tidak tahu kenapa tetapi saya dimaklumkan sikap Ku Seman yang agak kritikal terhadap perdana menteri khususnya dalam isu 1MDB dan isu wang derma RM2.6 bilion antara penyebabnya,” kata bekas bos Ku Seman itu.

Wednesday, June 29, 2016

'Umar Abdul Aziz' ditahan: Kenapa Pelanduk selalu lupakan jerat?

Lim Guan Eng dan Phang ditahan, akan didakwa esok
29 Jun 2016 | MALAYSIA DATELINE
Lim ditangkap dan dibawa oleh SPRM dan akan didakwa esok

Lim Kit Siang mengesahkan anaknya, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung pembelian sebuah banglo dan akan didakwa esok.

Dalam tweetnya, Lim berkata,  setiausaha agung DAP itu akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.

Lim dilaporkan sedang dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok, lapor Malaysiakini.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan.

Pertuduhan pertama berkaitan dengan dakwaan salah menggunakan kuasa dengan menukar status tanah Taman Manggis daripada pertanian kepada komersial, dan dakwaan kedua pula berhubung memperolehi banglo berkenaan di bawah harga pasaran.

Menurut exco kerajaan negeri Chow Kon Yeow, Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menolak permohonan untuk menukar status tanah tersebut.

Laporan media juga mendakwa ahli perniagaan Phang Li Khoon, yang menjual rumah di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta itu juga telah ditangkap.

Sejak petang tadi, beberapa kenderaan polis juga dilaporkan menunggu di luar bangunan itu di mana Lim sebelum ini mempengerusikan mesyuarat exco mingguan.

Penyokong dan pemimpin DAP mula berkumpul di tingkat 28 manakala aktivis PERKASA menunggu di tingkat bawah.

Pada 4 Mac lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahya menuduh beliau membeli sebuah banglo yang didakwa jauh di bawah harga pasaran dan mengaitkannya dengan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis kepada pemaju swasta.

Lim bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dan berkata tanah berkenaan dijual melalui jawatankuasa tender terbuka yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

Menurut Kanun Keseksaan, membeli hartanah di bawah nilai pasaran dianggap satu kesalahan bagi seorang penjawat awam.

Indikator Penolakan Undi Teras Parti Lama

*[ Fiqh Siyasi 31 - #tahalufsiyasi ]*

*PILIHANRAYA KECIL 2016*
*Indikator Penolakan Undi Teras Parti Lama*

_https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10154251685054876_

*Pertama*, sebagai muqaddimah awal, saya dahulukan dengan satu dapatan yang cukup significant dari PRK Sungai Besar _(dan juga PRK Kuala Kangsar, yang memiliki persamaan data hampir serupa)_, bahawa sangat jelas politik perkauman, kebencian dan kepuakan melampau yang dibawakan oleh dua parti lama Melayu yang menganggap parti mereka memiliki *“pengundi teras”* yang kekal memberikan sokongan pada mereka dalam apa jua situasi politik, sebenarnya tanggapan tersebut *sudah meleset dan semakin tersasar*.

Dan keputusan dua PRK 2016 baru ini jelas memberikan indikator bahawa kedua parti lama tersebut, ie. *Umno dan PAS sebenarnya sedang bergelut menghadapi "krisis kehilangan undi teras" yang paling serious dalam sejarah.*

Sila baca bersama dengan data pilihanraya P093 Sungai Besar yang lampau seerti di bawah:

*Tahun | Turnouts | BN vs Pembangkang*

1986 | 65% | 74% 26% PAS
1990 | 71% | 77% 23% PAS
1995 | 66% | 16% 84% APU (S46 menang)
1999 | 69% | 52% 48% BA (PKN hampir menang)
2004 | 78% | 66% 34% PAS
2008 | 82% | 59% 41% PAS (election pact)
2013 | 88% | 51% 49% PR
2016 | 74% | 54% 22% 26% PAS / PH

Note:

_1986-1999 Persempadanan Lama (Sungai Besar di dalam Sabak Bernam). 2004-2016 Persempadanan Baru._

Saya akan kongsikan penjelasan berikut berdasarkan figure dan angka di atas.

_(Sila rujuk pada ringkasan carta berkaitan)_

Untuk rekod, pengdefinisian “undi teras” merujuk pada gabungan "undi tegar" (hardcore votes, atau pengundi asli/ahli sesebuah parti dalam apa jua keadaan), ditambah dengan undi sokongan pada sesebuah parti dalam situasi pertembungan secara dua pihak.

Untuk tujuan analisa ini juga, saya terpaksa mengabaikan juga beberapa tulisan dan ucapan pemujuk pelbagai pimpinan-pimpinan PAS dan Umno dalam mempertahankan “ketidak kalahan” mereka dalam PRK kali ini. Maka tulisan saya akan tertumpu hanya pada angka-angka rasmi termasuk pencapaian lampau sejak PRU 1986.

*PERTAMA*
*Pencapaian PAS paling buruk dalam sejarah*

(1) Sejak PAS berpecah dengan Umno tahun 1977, PRK 2016 ini adalah pilihanraya kali ketiga yang berlaku sebaik perpecahan sesebuah gabungan parti politik itu berlaku.

(2) Kali pertama, apabila PAS mengadakan kerjasama ddengan Semangat 46 pada tahun 1994 atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Dan ia menjadi kali pertama juga APU memenangi PRU 1995 dengan mendapat undi 84% atau majority melebihi 14 ribu. Satu angka yang sangat besar dalam sejarah. Pada masa itu, bekas ahli-ahli Umno dan PAS bergabung tenaga untuk menang di Parlimen Sabak Bernam (yang dahulunya Sungai Besar adalah salah satu DUN di bawah Sabak Bernam sebelum persempadanan 2003).

(3) Namun selepas berkuburnya APU pada 1996, pada 1998 rakyat bangkit buat kali kedua membentuk Barisan Alternatif (BA) cetusan idea Al-Marhum Fadhil Noor, maka calon Parti KeAdilan Nasional (PKN) pada masa itu hampir memenangi PRU 1999 dengan ketinggalan 901 undi sahaja di belakang Umno.

(4) Seterusnya buat kali kedua, selepas persempadanan baru dan keputusan DAP berpecah dari BA pada tahun 2003 kerana tidak bersetuju dengan agenda “Dokumen Negara Islam” yang dikemukakan PAS, PAS terpaksa bertanding bersendirian dengan hanya dibantu oleh KeAdilan (PKR), dan hanya mampu meraih 7,988 atau 34% sokongan, tanpa sokongan Cina atau DAP.

Nota;

Hampir semua penganalisa politik bersetuju bahawa keputusan 2004 itulah sebagai peratusan sebenar sokongan undi teras (termasuk undi tegar) pada PAS yang sanggup mengundi mereka sebagai pembangkang berlawan Umno/BN.

(5) Seterusnya, selepas termeterainya kerjasama Pakatan Rakyat (PR) pada 2008, disusuli pencapaian terbaik PR dalam 2013 dengan perbezaan hanya 399 undi, apa yang berlaku dalam PRK 2016 ini adalah PAS merasakan pilihan terbaik untuk mereka adalah dengan bersendirian, cukup untuk menang dengan berpaksikan pada undi yang mereka terima pada PRU 2013 lepas.

Berkali-kali penafian dibuat oleh kepimpinan Pakatan Harapan(PH) bahawa PAS perlu sedar bahawa sokongan PRU 2013 itu langsung tidak boleh dijadikan ukuran sokongan terhadap PAS secara bersendirian, kerana  dalam PRU 2013 lepas kemasukan setiap calon ketiga party adalah atas jenama PR, dan setiap party bangkit bersama membantu mana-mana party komponen PR yang bertanding.

Kepimpinan PAS jelas dengan angkuh menolak teguran yang diberikan pada mereka.

Maka PAS seterusnya memilih untuk melakukan serangan politik kebencian dan fitnah pada PH sendiri, dengan keputusan akhirnya PAS kalah kepada wakil PH (Amanah) dan juga Umno/BN. Bahkan keputusan PRK 2016 baru ini adalah merupakan peratus sokongan pada PAS yang terburuk dalam sejarah pasca perpisahan dengan BN sejak 1978.

*KEDUA*
*Tahap kebencian dan non-participative politik yang paling tinggi.*

(6) PRK Sungai Besar menyaksikan sebanyak hampir 11 ribu pengundi (10,975 pengundi) tidak mengundi, atau tidak pulang melaksanakan tanggungjawab mereka. Hanya 74% keluar mengundi, berbanding 88% dalam PRU13. Untuk rekod, peratusan turnouts yang rendah adalah berkait langsung dengan sikap “protes dan marah” pengundi pada sesuatu isu atau perlaksanaan sesuatu tindakan, yang sudah banyak disentuh oleh penganalisa politik lain.

(7) Cuma apa yang mahu saya tambah adalah, angka 11 ribu tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah Sungai Besar, manakala turnouts 74% itu juga adalah yang terendah dalam sejarah sejak persempadanan baru tahun 2003 lepas. Peratusan turnout rendah ini sebenarnya memberi implikasi sangat serious pada persepsi pengundi Malaysia.

*KETIGA*
*Umno/BN mendahului dengan hanya pertambahan undi yang sangat minima.*

(8) Walau sekalipun Umno/BN mendabik dada bahawa mereka berjaya melonjakkan jumlah majority yang sangat tinggi sehingga 9,191 undi (Nota A), harus diingat ianya terjadi disebabkan perpecahan yang PAS lakukan di dalam kerjasama PR lepas. Bukan disebabkan sokongan pada Umno/BN yang mendadak naik, seperti yang disebar oleh media massa Umno/BN.

(9) Seterusnya tindakan PAS bersatu tenaga dengan Umno/BN menyerang Amanah dan PH secara berterusan di media utama, dalam setiap ucapan, sekalipun Umno boleh berbangga menyatakan mereka berjaya meraih “pertambahan 3% undi teras”, namun hakikatnya Umno tetap kehilangan 1,463 undi berbanding PRU 2013 lepas. Itu pun berlaku selepas pelbagai jenis dedak dan rasuah pilihanraya ditaburkan sepanjang PRK 2016 baru ini. Namun hasilnya tetap langsung tidak memberikan keuntungan politik pada Umno/BN.

(10) Dalam ertikata lain, kesungguhan media Umno/BN menggunakan angka majority 9,190 sebagai indikator sokongan padu buat mereka adalah satu penyelewengan fakta, kerana mereka tidak melakukan perbandingan sebenar pada peratus sokongan sebenar terhadap Umno/BN itu sendiri.

*KEEMPAT*
*Peratus sokongan merudum pada kedua parti berteraskan bangsa.*

(11) Sebenarnya indikator yang lebih penting untuk perhatian Umno/BN dan PAS adalah, sebagai kedua parti lama yang pernah mengakui bahawa PRU 2004 adalah dapatan rasmi “sokongan sebenar undi teras” mereka, maka jelas, PRK 2016 menunjukkan bahawa peratus sokongan undi teras pada kedua parti berpaksikan perjuangan Melayu tersebut sebenarnya merudum teruk dengan kehilangan 12% sokongan bagi kedua mereka Umno dan PAS.

_(Sila rujuk Nota C di atas)._

(12) Kaedah penganalisaan berdasarkan peratusan begini adalah lebih tepat, kerana perbandingan dibuat dalam situasi yang serupa (ie. PAS tidak berada dalam Pakatan) iaitu menilai peratus “sokongan sebenar berdasarkan jumlah undi diterima” berbanding melakukan perbandingan hanya berdasarkan kuantiti undi 2013 sahaja.

(13) Saya lihat semua pasukan penganalisa baik dari Umno/BN atau PAS cuba menyembunyikan “drastic drop” pada peratusan sokongan undi teras tersebut dari pengetahuan ahli dan penyokong. Bahkan pimpinan PAS berterusan menyebut “kita tidak kalah” kerana sokongan kita masih kekal walau bersendirian.

(14) Maka di situlah rakyat mampu bertanya, ke mana perginya 12% sokongan pada Umno/BN tersebut, dan kema mana juga perginya lagi 12% sokongan pada PAS tersebut berpindah? Dan apa sebenarnya punca perpindahan tersebut berlaku?

*PERSOALAN*
*Masih relevankah PAS bertanding?*

(15) Maka persoalan, dalam keangkuhan Presiden PAS berulang kali menyebut _“Sungai Besar adalah kawasan tradisi PAS”, "PAS ada 40 cawangan"_ etc, dan PAS tak memerlukan bantuan mana-mana parti pun untuk berlawan dalam PRU, juga TGHA memilih untuk membuat unilateral decision dalam setiap keputusan mungkin hanya berdasarkan veto atau mimpi beliau semata untuk bersendirian (walau majority jentera pilihanraya PAS tidak bersetuju), maka persoalan utama kita perlu ajukan adalah; “masih relevan kah untuk PAS dalam pertandingan pilihanraya (Sungai Besar atau mana-mana kawasan bercampur yang mempunyai profile pengundi yang sama) pada masa akan datang”, kalau hanya berbekalkan sokongan 22% yang semakin merudum dalam setiap kali pilihanraya yang berlaku?”.

(16) Mungkin wakil PAS Khairuddin Takiri telah menjawab bahawa, ia “masih sangat revelan” sebab PAS sebenarnya telah berjaya “menyampai mesej Islam” walau bukan untuk menang sekalipun.

Saya tidak minat untuk membantah atau mengiyakan kenyataan Takiri yang telah berkali-kali diungkapkan tersebut. Tapi cukup saya nyatakan, kalaulah bagi tujuan memperkenalkan Islam sebagai satu agama kehidupan, di luar sana terdapat pelbagai lagi NGO Islam yang telah lama melaksanakannya di luar konteks demokrasi berpilihanraya.

Oleh itu PAS mungkin sudah boleh fikirkan semula relevancy pendaftaran organisasi mereka samada sebagai sebuah parti politik atau cukuplah sebagai sebuah NGO Islam sahaja.

*PILIHAN YANG DICADANGKAN OLEH PELBAGAI PENGANALISA*

(17) Saya juga tidak berhasrat untuk membuat kesimpulan awal sendiri berkaitan jalan keluar terbaik buat PAS, kerana pelbagai penganalisa politik telah pun membuat beberapa perkiraan berikut sebagai “option politik bagi PAS dan PH”, antaranya;

*a. PERTAMA*– Yang terbaik adalah untuk PAS bersama semula di dalam satu kerjasama politik bagi mencapai semula sokongan terbaik seperti PRU 2013 lepas. Walau jawapan adalah jelas berulang kali diberikan oleh kepimpinan utama PAS seperti Haji Hadi Awang, Ustaz Amar, Tuan Ibrahim, Khairuddin Takiri, yang semua mereka dengan angkuh menyebut adalah mustahil untuk kerjasama politik seperti dahulu berlaku selagi mana wujudnya DAP dan Amanah dalam kerjasama tersebut. Namun sebagai penganalisa, kita tetap terpaksa melihat the best scenario tersebut sebagai salah satu option.

*b. KEDUA* – Pakatan Harapan sekarang yang dianggotai oleh Amanah, KeAdilan dan DAP tiada pilihan, selain mesti meneruskan agenda PH dengan tegas dan lebih berprinsip untuk menjadi pembangkang yang berjaya menawarkan alternative terbaik buat rakyat. Ini termasuklah menilai faktor sebenar kejatuhan 14% turnouts pada PRK 2016 baru ini, dan juga berusaha mencari “tambahan 4,596 undi” daripada 11k pengundi yang tidak mengundi tersebut untuk membolehkan PH mencapai sokongan minima 50%, seterusnya memenangi kerusi kawasan bercampur seperti di Sungai Besar tersebut.

Untuk rekod, dalam congakan berasingan berdasarkan scenario keputusan semasa, Amanah / PH hanya perlu melonjakkan turnouts keluar mengundi kepada 85% sahaja, untuk Amanah mendapat kemenangan dengan simple majority.

*c. Dan KETIGA* – walau berat saya terpaksa nyatakan juga bahawa konsep dua penjuru yang dianggap terbaik masih boleh terjadi dengan PAS membuat pengumuman jelas bahawa PAS sebenarnya bersama dengan Umno/BN dalam persepakatan politik semasa, seusai kenyataan Presiden PAS bahawa beliau membantah untuk Najib Razak diturunkan melalui “Deklarasi Rayat” yang diusahakan oleh Tun Mahathir dan kepimpinan PH pada masa ini.

Tindakan Presiden PAS tersebut jelas menunjukkan betapa sudah begitu jauhnya terpesong perjuangan PAS angkara proses _“termakan dedak” (dalam bahasa political science system Post-Pass The Post disebut sebagai “sponsored ideologue party” by the ruling government)_ sehingga mengenepikan langsung kefahaman kerjasama politik yang diterokai sendiri oleh kepimpinan PAS terdahulu.

Jelas sekarang baik PAS mahu pun Umno/BN sebenarnya berusaha sedaya-upaya untuk memastikan _“persepsi gabungan kerjasama PAS dan UMNO”_ tersebut mesti dibuang daripada minda rakyat. Bahkan usaha kedua mereka hanyalah untuk menonjolkan bahawa PAS sebenarnya bersepakatan hanya atas nama “3rd Force” (atau kuasa ketiga) yang mempunyai agenda terhadapn untuk memartabatkan Islam dan Melayu merentasi politik kepartian.

Dan itu sebablah ruang terbuka disediakan secara penuh oleh Umno/BN kepada PAS melalui media massa yang dikuasai Umno/BN, kerana Umno/BN tahu bahawa selama PAS menjadi kuasa ketiga, selama itulah Umno/BN akan terus mengaut keuntungan politiknya.

Namun pasti, jika Option Ketiga ini terlaksana, PAS akan berkubur dari persada politik Negara. Dah pasti sudah Hj Hadi Awang pun tahu hakikat tersebut.

*HARAPAN SAYA*

(18) Namun jika ditanya, saya berpandangan Amanah atau Pakatan Harapan sudah tidak perlu lagi bersikap _apologetic_ dengan berterusan melaungkan pujukan untuk Haji Hadi Awang dan kepimpinannya pulang bersama di dalam PH. Kerana sekalipun perkara sehampir mustahil itu terjadi, atau jika ditakdirkan Hj Hadi Awang atau Harun Din berubah fikiran untuk benarkan PAS masuk semula ke dalam gabungan Pakatan Harapan, namun membawa sekali segala sikap takfiri, khianat, bohong, mungkir janji serta kata cerca-makian ke dalam PH, akhirnya nanti pasti PAS itu sendiri akan menjadi satu liability sangat besar buat PH. Dan natijah akhirnya PH itu pula bakal menerima penolakan massa yang ketara.

(19) Kedua, secara positifnya, kebersamaan PAS ke dalam PH hanya boleh terjadi jika sekiranya kepimpinan PAS sanggup bersikap terbuka, berlapang dada, memilih pendekatan progressive, inklusif, serta  beramanah dalam perlaksanaan setiap kata dan tindakan politik mereka. Itu sahaja kaedah untuk PAS diterima semula oleh rakyat sebagai party "pembangkang".

Jika tidak, selamanya Parti Islam SeMalaysia (PAS) itu akan terus dikenali dalam lipatan sejarah tanahair sebagai sebuah parti yang dipimpin oleh sekumpulan golongan agama yang gagal dan telah mengkhianati amanah rakyat dalam PRU 2013 lepas. Selama itu jugalah terma *_"bersekongkol dengan kezaliman"_*itu akan terus dilabelkan oleh rakyat kepada PAS, sekalipun mereka tidak bergabung ke dalam Umno/BN.

(20) PH hanya ada masa kurang dari dua tahun untuk menrealisasikan mana-mana option yang dikemukakan di atas. Atau untuk lebih tepat, *PH hanya ada setahun sebelum PRU14 berlangsung pada tahun hadapan*. Mahu tidak mahu PH perlu meneroka dan menjana satu kekuatan dan momentum yang sangat besar untuk PH berjaya melakukan “taking off” yang mampu melonjak dalam PRU14 kelak. Ia bukan lagi satu exercise berbentuk "trial-and-error", kerana indicator dari PRK 2016 sudah jelas dan cukup menunjukkan apa hasrat sebenar yang rakyat mahukan daripada sistem demokrasi di Malaysia.

W'alam.

*Ahmad Sayuti Bashiron*
*Data Pemilih, BPR,*
*AMANAH*

_https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10154251685054876_

Husni hanazdlah letak jawatan kerana prinsip rupanya!

WEDNESDAY, JUNE 29, 2016 
Saya tidak boleh hidup dalam politik kepura-puraan, kata Husni hanazdlah 

"Saya tidak boleh hidup dalam politik kepura-puraan....."   

Demikian antara ungkapan bekas Menteri Kewangan II, YB Husni Hanadzlah kepada pertanyaan seorang kenalannya yang bertanya, "Apa cerita YB Dato Seri... 

"   YB Husni turut menyatakan dalam perbualan itu, perletakan jawatannya sebagai Bendahari Umno/BN Malaysia, Timbalan Pengerusi Umno/BN Negeri Perak dan Ketua Umno/BN Bahagian Tambun.  

Beliau tidak memberi sebarang penjelasan mengenai perkara itu dan ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai.   

Terutamanya kerana sebelum ini, beliau tidak pernah membayangkan hasratnya untuk meletakan jawatannya sebagai menteri.   

Namun pernyataannya, "Saya tidak boleh hidup dalam politik kepura-puraan...." menggambarkan kepada kita bahawa para menteri-menteri dan mereka yang masih lagi menyokong PM Najib adalah mereka yang hidup dalam dunia politik yang kepura-puraan. 
Baca beritanya di sini 

Bahawa mereka ini semua tahu dan menyedari mengenai kebobrokan Najib dalam skandal 1MBD yang sarat hutang itu.   

Husni merupakan salah seorang menteri yang baik dan jujur. 

Nampaknya Umno semakin menambah kehilangan menteri-menteri yang baik seperti Husni ...   

Spekulasi menyatakan perletakan semua jawatannya itu kemungkinan besar kerana beliau tidak mahu terbabit dengan Najib dalam skandal besar negara, 1MBD.  

Tetapi yang agak menghairankan dan menimbulkan persoalan ialah kenapa beliau melepaskan semua jawatannya dalam parti tetapi masih lagi kekal sebagai ahli Umno?   

Persoalan itu kita tunggu dulu. Ramai puak yang sedang memujuk Husni untuk menyertai puak masing-masing. PAS dan AMANAH khabarnya sedang melobi... dan Umno Tambun sendiri berharap agar Husni tetap bersama dengan parti tersebut.   

Bekas naib presiden PAS, YB Mahfuz Omar menyakini tindakan Husni ini adalah protes senyap dan undi tidak percaya terhadap Najib.  

Mahfuz juga berharap Husni “tampil untuk berkata benar untuk negara dan rakyat .  

“Tidak cukup sekadar melepaskan semua jawatan tanpa terus berjuang. Demi Malaysia, Husni perlu bersama rakyat Selamatkan Malaysia,” kata Mahfuz.   

Husni patut kembali semula ke jalan perjuangan asalnya... Dia merupakan orang kuat Anwar Ibrahim yang dibawa balik ke Perak untuk jadi Menteri Besar.
Petang tadi saya lihat khemah-khemah sudah dipasang dihadapan rumah Husni.di Sungai Rokam. Hari Raya masih lama lagi... Tidak pasti apa tujuannya....  

Namun bila Anwar jatuh akibat difitnah, Husni turut mempercayainya dan berubah sikap dan nasibnya baik dan naik menjadi menteri pusat. 

 Saya sendiri pernah bertanya kepadanya, "Kenapa kamu belot terhadap Anwar?"

" Dia main bontot Saiful, Ali....ko tahu?..." Begitulah jawapan Husni ketika itu. 

Harap-harap Husni sudah menyedari kesilapannya selama ini yang diselubungi dengan politik kepura-praan Umno. Husni harus kembali bersama perjuangan rakyat untuk selamatkan Malaysia - sumber asal