Friday, April 1, 2016

Takyah cabar-cabar.........kalau berani pecat jerlah!

Pemuda Pas cabar Husam keluar parti
 | MALAYSIA DATELINE
Ahmad Fadhli ShaariAhmad Fadhli ShaariDewan Pemuda Pas Negeri Kelantan secara sinikal mencabar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Datuk Husam Musa segera keluar dari Pas selepas dilihat lancang mengkritik kepimpinan parti itu yang mengatakan ahli dan pemimpin Pas makan 'dedak'.
Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari dalam status facebooknya menafikan sekeras-kerasnya ahli dan pemimpin Pas termakan dedak.
"Pemimpin kami tidak makan dedak, hanya berhati-hati dalam bertindak.
"Bukan melulu menyokong, tergesa-gesa mahu ke depan, tidak sedar diri menjadi tangga musuh.
"Hairannya, kalau benar bagai dikata, apa ditunggu di dalam parti dedak ini, perahu sudah ada di air, dayung sudah ada di tangan, ayuh Datuk tunjukkan jantan." ujarnya.
Pada Kongres Rakyat Ahad lalu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menegur secara terbuka pada Kongress Rakyat agar Pas segera membuat keputusan untuk bersama-sama dengan kebangkitan rakyat.
Husam dipetik berkata, ahli dan pemimpin Pas perlu bersama dan jangan ragu-ragu menyertai kebangkitan rakyat, dan beliau harap partinya tidak makan dedak.
""Kita akan bercanggah dengan prinsip Islam iaitu tidak tegur kemungkaran yang dibuat. Mudarat kepada negara, pecah amanah dan salah laku ini kita biar kerana semata-mata ada sedikit sebanyak perkara yang saya tak tahu apa dia, yang saya yakin bukan kerana dedak," kata Husam yang disambut tepukan gemuruh penyokong yang hadir.
Husam menegaskan, dia membuat teguran terbuka ini kerana mahu pemimpin dan ahli Pas turut bersama dalam arus perdana politik negara  dan tidak ragu-ragu untuk menyertai kebangkitan rakyat.

5 comments:

  1. Abe.
    Geng kluk klek kaki korner baring cecah tar kat u turn sembang jer la boley...
    Kah kah kah kah..
    Bagi ceramah khutbah boley laaaa..

    ReplyDelete
  2. Kahkahkah..
    Majoriti pas adalah pemakan dedak umno.
    Noktah

    ReplyDelete
  3. Kenap plok husam mesti keluar parti.dia tak bayar yuran?.Pas ni bapak sape punyer pandai2 cabar suruh keluar.bengong.sape dulu jadi ahli pas?mengada2

    ReplyDelete
  4. comey nyer ppioh mung ..pakāī nek taaii la pulok..mung tu budok2 baru bulehh mulott .. hi hii

    ReplyDelete
  5. comey nyer ppioh mung ..pakāī nek taaii la pulok..mung tu budok2 baru bulehh mulott .. hi hii

    ReplyDelete