Friday, April 1, 2016

Cerdik Wak Long: Dok intai seluar orang koyak, kain sendiri yang rabak!

Lepas serang Guan Eng, MP Umno jual tanah Perda bawah harga pasaran
01 April 2016 | MALAYSIA DATELINE
Selepas menggunakan Dewan Rakyat untuk mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang membeli rumah banglo di bawah harga pasaran, kini tiba pula giliran Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya untuk menjelaskan tindakannya menjual tanah milik agensi pusat di bawah harga pasaran.

Shabudin yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda), diminta membuat penjelasan berikutan tindakannya menjual tanah bagi projek perumahan di bawah harga pasaran.

Dalam sidang akhbar di pejabatnya di Georgetown, Lim Guan Eng berkata, Shabudin  perlu menjelaskan tentang tanah di atas nama Perda itu yang dijual dengan harga bawah pasaran dan telah menyebabkan Pulau Pinang kehilangan sebanyak lebih RM15 juta.

“Kesemua 18 petak keluasan dengan keseluruhan 8.5 ekar (256 lot), harga pasaran yang dinilai Kerajaan Persekutuan (Lembaga Hasil Dalam Negeri) ialah RM16,636,000 (RM16.636 juta). Harga yang dia (Perda) jual pula RM1,427,000 (RM1.427 juta) sahaja.
“Bermakna kehilangan kepada Perda dan secara langsung kepada rakyat Pulau Pinang sebanyak RM15,209,600 (RM15.2 juta).

“Jadi saya nak tanya adakah satu tender terbuka dijalankan semasa beliau menjalankan penjualan dan mengapa jual dengan harga yang begitu rendah iaitu hanya 8.6% berbanding harga pasaran,” jelas Guan Eng kepada pemberita  semalam.

Beliau turut mempersoalkan apakah rasional tanah-tanah tersebut dijual dengan harga yang begitu murah berbanding harga pasaran.

Justeru, Ahli Parlimen Bagan itu menjemput Shabudin untuk ‘minum kopi’ bersamanya lagi memberikan penjelasan.

“Jadi saya nak jemput Datuk Shabudin untuk minum kopi bersama saya hari Ahad ini 3 April pada jam 11 pagi di Bilik Mutiara tingkat 52 Komtar.

“Saya jemput beliau datang beri penjelasan tentang penjualan tanah ini,” katanya.

2 comments:

  1. Ikut kata shahabudin dlm utaranews perda tidak mengutamakan keuntungan. Baguslah tu tapi sprm perlu siasat siapa pembeli.apakah syarat2 pembelian.adakah pembeli yg berjaya menepati syarat kerana tanah ini dijual untuk golongan berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  2. Setau aku ada keterlibatan ibrahim saad dlm kes jual murah tanah perda ni..
    Jenuh nak menjwb la shahabudin..
    Tang dia pandai plak org yg jual tak mau untung..
    Kahkahkah
    Banyak lagi soalan yg nak kena jwb oii

    ReplyDelete