Tuesday, April 19, 2016

Aku ingatkan dah berpatah arang, tak malu ke?

PAS tak perlu buang masa jalin kerjasama semula dengan DAP - penganalisis
pada 18-04-2016 03:04
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: PAS tidak perlu membuang masa menjalin semula kerjasama dengan DAP kerana sejarah sebelum ini membuktikan hubungan antara dua parti berkenaan tidak mampu bertahan lama.

Penganalisis Politik, Datuk Dr Firdaus Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa partinya tidak menolak kemungkinan kembali bekerjasama dengan DAP pada masa akan datang.

Hadi dipetik berkata demikian menerusi laporan akhbar Harakah edisi 18 April hingga 21 April, sambil menambah kerjasama berkenaan boleh dijalin semula antara parti Islam terbesar negara dengan parti sekular terbabit, bergantung kepada perubahan semasa.

Menyifatkan ia tidak mustahil dilakukan, Hadi juga menaruh keyakinan DAP mungkin dapat menerima agenda hudud yang dibawa PAS selama ini.

"Sudah berapa kali PAS cuba (kerjasama dengan DAP). Bermula dengan inisiatif Tengku Razaleigh, kemudian (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. Ternyata PAS sudah kecewa dengan apa jua kerjasama yang cuba dibina dengan DAP.

"Ia akan merugikan perjuangan PAS dan Melayu. Maka lebih baik PAS menumpukan tenaganya untuk cuba bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang sehaluan seperti Umno dan PKR," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Bagaimanapun, Firdaus berpandangan tidak mudah untuk DAP menerima agenda hudud yang diperjuang PAS.

Hubungan politik antara PAS dan DAP terputus selepas Majlis Syura Ulama PAS membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP, sekaligus menyaksikan terkuburnya Pakatan Rakyat (PR).

Ia rentetan serangan tanpa henti DAP terhadap PAS dan Hadi selepas parti Islam itu mahu melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

DAP bertegas ia tidak boleh dilakukan memandangkan hudud bukan sebahagian daripada kesepakatan bersama di dalam Pakatan Rakyat.

Kecewa dengan tindakan PAS Kelantan meluluskan pindaan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) Mac lalu dan tindakan Hadi membawa usul rang undang-undang persendirian itu ke Parlimen tanpa mendapat kesepakatan Pakatan Rakyat, DAP bertindak drastik memutuskan hubungan dengan Hadi.

2 comments:

  1. Silap statement tu..
    Yg putuskan hubungan dgn dap adalah hadi marang,majlis bubur syura yg dpt nama..
    Sbbnya hadi marang sakit hati,dap putuskan hubungan dgn dia,tp dap tak putuskan hubungan dgn pas.
    Biasala hadi marang perasan pas dia yg punya..
    Sbb dap putus hubungan dgn dia semua org tau..banyak sangat kluk klek,ponteng mesyuarat pakatan memanjang,override keputusan mesyuarat pakatan,tikam belakang kwn,belambak lg kalau nak listkan..

    ReplyDelete
  2. Adakah walaun2 akan mula menarik balik segala kejian, makian dan fitnah yang telah mereka lemparkan pada DAP, PKR dan Amanah selepas ini? Tak hairan sebab pimpinan PAS terutama Tuang Presideng adalah kaki u-turn dan kaki belit. Kalau Tuang Presideng udah begitu akhlaknya, adakah kita fikir walaun2 lebih elok perangai, prinsip dan moral mereka? Jauh panggang dari api sebagaimana jauhnya akhlak walaun2 PAS dari akhlak Islam.

    ReplyDelete