Shah Paskal
BETUL KE KHADAM BARANG-BARANG ISTIMEWA NI MENIPU...? (Oleh Sahabat Shahpaskal, artikel ini turut memuatkan maklumat cerapa dari satelit pengimbas
Russia dan China mengenai kedudukan harta karun di Tanah Melayu)
Russia dan China mengenai kedudukan harta karun di Tanah Melayu)
1. Sehari dua ni beberapa sumber saya termasuk seseorang yang berdarjat atau dengan kata lain berdarah teras dari istana bersembang-sembang dengan saya pasal satu kisah.. Kisahnya taklah best sangat, cukuplah untuk bacaan perkongsian kita di pembuka minggu ni... Kalau terlebih panjang, maap banyak2.
Saya tak reti up-date status macam Amran..
Saya tak reti up-date status macam Amran..
2. Ceritanya begini. Sekarang ada lebih dari seorang bergelar kiyai dari tanah seberang dengan dibiayai beberapa kumpulan orang tempatan sedang mengusahakan ‘penarikan barang-barang istimewa’ Tanah Melayu khususnya barang peribadi dimiliki oleh Almarhum Sultan Abdul Samad kat Makam Jugra, Banting.
Selain itu, ada juga yang terus memfokuskan kepada khazanah harta warisan kita.
Selain itu, ada juga yang terus memfokuskan kepada khazanah harta warisan kita.
3. Khabarnya ada yang dah lebih seminggu berkampung kat situ dan depa buat ‘kerja’ depa tiap-tiap malam. Depa duk menginap kat rumah seseorang yang hampir dengan makam tu. Ada juga team yang merayau ke pelbagai lokasi yang dikatakan ramai sebagai tempat harta karun istimewa. Entahlah... Selera
masing-masing. Saya duk melekat kat selera tempatan aje..
masing-masing. Saya duk melekat kat selera tempatan aje..
4. Tak tahulah apa kaedah dan tatacara yang digunakan oleh kumpulan ni. Khabarnya dibawa pelbagai minyak umpan yang harganya lebih mahal dari Myvi dan ditambah segala macam mak nenek. Harap2 ikutlah landasan agama, jangan lak terpesong udah leer.. Jadi, bior ler dema nak memeriahkan Bukit Jugra tu.
5. Sebenarnya saya pun tak minat nak ambik tahu lebih-lebih pasal depa.. Nanti tak pasal-pasal orang panggil saya mat kepoh lak dan ada pulak beberapa suku sakat tu suka ’up’kan kat status fb nye sindir-menyindir saya... Agak-agak apa dia dapat yeek..?
6. Untuk anda tahu, sebenarnya kat Tanah Melayu ni memang tak lekang dari dikerumuni oleh para pengejar harta. Sewaktu tuan-tuan dan puan-puan budiman baca tulisan ni, saya amat yakin tak kurang dari 20 kumpulan tengah bertungkus-lumus berusaha menjarah harta-harta kita.
7. Kalau ikut logik kiraan saya, kosnya amat tinggi, malah ada yang sampai jutaan ringgit. Kalau peringkat amatur, satu malam, kosnya busuk-busuk pun RM2 ribu ringgit setiap grup, kira sajalah berapa kos keseluruhan satu malam. Macamana saya tau...? Haa.. Kenalah tahu siapa geng mereka, then joinlah mereka time mereka menyembang. Kalau dengar, bangkai Titanic pun boleh timbul.
8. Sambil kita sembang pasal ni, saya bawakan satu kisah benar. Ceritanya begini... Teman rapat saya seorang bekas profesor kejuruteraan mekanikal dan saya sempat mengeteh kat satu kedai mamak di Shah Alam pada 10 hari lepas. Kebetulan terserempak dengan dia pasal dia jumpa dentistnya kat sebelah mamak tu.. Emm.. Jadilah orang macam saya.. Tak kenal dentist pasal pakai gigi palsu sepenuhnya. Al-maklumlah dah tua.. Makan sireh pun pakai gobek..
9. Ni cerita dia.. Benda ni berlaku dua tiga tahun dahulu di mana dia bersama beberapa kawan otai se-profesionalnya berkesempatan dibawa ke pusat kajian pemetaan mineral bumi secara remote sensing di St Petersburg, di Rusia. Kat situ dia dan gengnya diperlihatkan cerapan pemetaan mineral Malaysia
dilayar skrin komputernya. Tu cerapan terbaru waktu tu.
dilayar skrin komputernya. Tu cerapan terbaru waktu tu.
10.Katanya.. Dema dua tiga orang terkejut badak. Rupa-rupanya negara kita ni betul-betul kaya galian berhantu yang warna kuning tu. Dalam kepala dia , dia terfikir patut la orang zaman dulu panggil tanah kita ni Semenanjung Emas. Heran abih la dema tu. Duk pulak benda ni sekelompok. Kat lokasi mana
atau negeri mana. Yang tu tak dapat nak noolong yeek. Pasal saya tak tengok. Cuma titiknya kat jantung Semenanjung.
atau negeri mana. Yang tu tak dapat nak noolong yeek. Pasal saya tak tengok. Cuma titiknya kat jantung Semenanjung.
11. Dan ceritanya pun sama macamana Tun M dengan seseorang pergi ke China dua tahun lepas. Skripnya pun sama. Tengok skrin yang kaji benda sama. Cuma berbeza negara.. Apa...? Sesedara/ ingat Tun M dengan Perdana Menteri sekarang tidak perati ke benda-benda yang orang cakap karut-marut ni...? Pemimpin China pun duk perati.
12.Tu pasal bila pembesar China datang kat negara kita, Tun M jumpa dia. Apatah lagi blok Barat.. Tak yah rahsia bagai laa, dah bertelanjang dah benda ni... Tapi semua dijaga oleh ahmad albab. Semua dema tu tunggu ahmad albab lahir. Cer check cengan JPN, ada tak orang bernama ahmad albab..? Jom kita nego dengan dia..
13.Kalau gitu, kesimpulannya, tepatlah yang cerita Orphir tu merujuk ke Tanah Melayu.Selebihnya... Saya malas nak ulas panjang-panjang. Dah banyak saya tulis. Macam biasa.. Selebihnya biarlah rahsia.. Nak cari, kita tunggu negara kita bengkrap, barulah kita pakat ramai-ramai pegang cangkul gi korek.
Sekarang masih okey kot...!
Sekarang masih okey kot...!
14. Berbalik kepada hal yang pak kiyai tadi.. Saya dimaklum yang sasarannya adalah barang-barang istimewa berupa keris-keris serta batu permata dan alat kebesaran yang tersimpan secara ghaib milik Sultan Abdul Samad. Kata sumber saya, grup2ni nak gunakan objek istimewa (berkhadam) tu untuk menaikkan harta dan menarik duit..
15.Kalau sayalah.. Lebih baik mintak aje kat Sultan Abdul Samad macam seorang teman saya tu yang dapat diamond. Dah tentu dan sah-sah barang yang dapat boleh ditukar dengan duit jat-jat tu jugak.. Entahlah.. Ada orang nak kawin, tak nak bertunang.. Ada nak bertunang setengah dekad pun ada.. Citarasa
masing-masing... Tu saya kena respek.. Tn Shah.. Mana hestek respek aku ni..?
masing-masing... Tu saya kena respek.. Tn Shah.. Mana hestek respek aku ni..?
16.Rasanya dulu saya pernah cerita tetapi saya repeatlah lagi perihal ni kepada mana-mana yang tak baca dulu. Dua tahun dulu pun ada dibawa seorang kiyai dari Indonesia oleh seseorang bertaraf VVIP. Disuruhnya kiyai ni tarik harta kat Bukit Jugra. Katanya Bukit Jugra tu gudang harta Tanah Melayu. Maka
sekonyong tu, dapatlah seutas rantai leher agak besar yang mungkin harganya dalam 5-6 ribu ringgit.
sekonyong tu, dapatlah seutas rantai leher agak besar yang mungkin harganya dalam 5-6 ribu ringgit.
17.Lepas dapat je rantai tu, VVIP ni langsung mengamuk, katanya dah habis dekat 20 Ribu Ringgit, seutas rantai je yang dapat... Agaknya mungkin dia kata dalam hati ‘buang karan betul la pak kiyai ni.. Tak abis belajar lagi ke. Tapi eksyen semacam.. Cakap semua boleh.. Dia kata lagi (seperti dilakon
-semula kat saya oleh sumber saya), kalau cam ni lebih baik duit biaya kos tu dibeli rantai kat kedai emas, lagi mudah.
-semula kat saya oleh sumber saya), kalau cam ni lebih baik duit biaya kos tu dibeli rantai kat kedai emas, lagi mudah.
18.Pasal malu muka, pak kiyai ni cuba lagi ‘tarik’. Bukan harta yang dapat tapi termuntah darah kat tepi wakaf depan makam tu juga. Kemudian, atas saranan seseorang kat situ yang kebetulan ada sama (kawan sayalah, sapa lagi...), VVIP ni terpaksalah bawak kiyai ni masuk kereta mewahnya dan pecutkan pak
kiyai ni untuk mandi air kolah di Masjid Ulu Melaka, kat Melaka sebagaimana disuruh kawan saya.
kiyai ni untuk mandi air kolah di Masjid Ulu Melaka, kat Melaka sebagaimana disuruh kawan saya.
19.(Haa.. Ni best.. Bab Masjid Kg Ulu ni.. Tok imam masjid ni kita boleh mintak tolong dia dapatkan maa’jun buatan orang ghaib untuk kita makan buat buang angin badan. Bukan setakat ikut kentut je tapi keluar ikut atas bawah. Sehari kuotanya 5 biji je dan duit maharnya sedekah kat dia utk urusan masjid kat situ.. Maa’junnya sebesar taik kambing warna hitam berkilat tapi tak ada pendaftaran KKM yee..... Amat berkesan utk lelaki dan perempuan... Sebab dah try lah boleh citer ni... Bab ni ghoib tak tipu punya..!)
20.Berbalik pada barang istimewa tadi. Kalau bukan hak kita atau diletak-hak warisnya kepada kita, takyah la nak sibuk-sibuk cari. Mesti khadamnya akan tukarkan kembali kepada barang ‘kosong’ tapi sangat-sangat seiras. Cuma yang mahir je dapat kesan. Tu pasal kekadang punyalah bangga kita dapat barang
istimewa macam keris, geliga dll siap cerita sana sini last-last orang pun bawak gi buat tarik rezeki... Hampeh..! Duit kat poket ditariknya.
istimewa macam keris, geliga dll siap cerita sana sini last-last orang pun bawak gi buat tarik rezeki... Hampeh..! Duit kat poket ditariknya.
21.Ghoib ni ada gudang batu permata dan emas berlian depa. Macam juga bila kita jumpa lembu merayau-rayau kat ladang sawit felda. Dah sah ada orang punya. Dia meliar merata-rata bukan ertinya tak bertuan. Begitu juga binatang seperti kijang rusa kat hutan. Mereka ni ada gembala.. Silap haribulan, ambil
tanpa izin boleh dapat bala kita macam cerita dua tiga hari lepas, pencuri dengan lembu curinya rentung sekali dengan kereta.
tanpa izin boleh dapat bala kita macam cerita dua tiga hari lepas, pencuri dengan lembu curinya rentung sekali dengan kereta.
22.Bab barang kena tukar ni dah banyak kali saya alami. Ada yang saya dapat atas nama saya tapi kawan-kawan lain rembat. Mula-mula kata nak simpan dan tunjukkan kat anak bini. Kita pun bagilah. Al-maklumlah dalam senyap2 bini pun mengidam gelang sampai ke siku dan anak pulak dah buka Mototrader cari
Nissan GTR. Ni kesah benar yeer..Tut-tut esok harinya kecoh, barang diuji gagal menyerlah..!
Nissan GTR. Ni kesah benar yeer..Tut-tut esok harinya kecoh, barang diuji gagal menyerlah..!
23.Dari emasnya boleh dikerat dengan pisau dapur, alih-alih berlenting bila dijatuhkan kat lantai. Dan dari barang punyalah istimewa, diuji tanpa restu sampai tersedak-sedak kita nun kat sana dua tiga ratus km pasal ada ghoib beri isyarat yang ada yang khianat dengan barang kita bagi kat kawan tu. Last2 langsung ditukar dengan replika tanpa khodam. Aku jugaaak yang disalahkan...! Dah dekat sepuluh kali dah... Yang berjaya tu, tak yah citer lah.
24.Sebenarnya khodam barang-barang istimewa ni takkan menipu kita. Kita sebenarnya yang tak hormat perjanjian penganugerahan barang-barang tu. Kalau ada sesiapa yang dapat barang istimewa, tak kiralah baru-batu permata atau objek lain, kalau nak ‘mahar’kan (jual) atau tarik rezeki untuk duit yang
banyak, carilah orang yang pandai dan mintak dia tanyai dulu orang yang beri barang ni asal-asalnya untuk apa.
banyak, carilah orang yang pandai dan mintak dia tanyai dulu orang yang beri barang ni asal-asalnya untuk apa.
25.Macam pinang anak orang lah, nak buat bini ke atau nak aniaya atau untuk diniagakan... Sekarang ni macam-macam. Kan kita tahu bisnes jual bangla dah jadi industri paling menguntungkan berbanding ambik bangla untuk kerja dengan kita.. Nak makan bangla ni dia cari sendiri, nak berak dia cari jamban sendiri. Cuma hujung bulan dia cari kita.
26.Satu lagi, barang istimewa khadamnya tak mahu benda pelik-pelik. Pelik dalam harga atau bentuknya. Khodam yang baik, mereka perlukan cenderahati yang dititip dengan ‘keikhlasan’. So, kalau yang pelik-pelik tu, tinggalkan saja.. Nanti menyusahkan.
Akhir kata, selamat berkongsi ilmu.. Bye bye..
No comments:
Post a Comment