Saturday, March 19, 2016

Hahaa...agaknya apa yang dia nampak dan siapa yang dia nampak?

Ada pemimpin cuba musnahkan perjuangan Pas
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI - 19 MAC 2016
ALOR SETAR - Ada pemimpin ‘dalaman’ Pas cuba memusnahkan perjuangan dan matlamat perjuangannya tetapi tidak berjaya apabila disingkirkan’ sendiri dengan takdir ALLAH.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam senario politik sepanjang zaman, Pas menghadapi penapisan demi penapisan menyebabkan hanya orang yang kukuh dan istiqamah dengan al-Quran, hadis dan ulama dapat melangsungkan perjuangan.

“Mereka yang cuba singkirkan perjuangan dan matlamat Pas disingkirkan ALLAH. Tidak kira siapa dia, kalau tak ikhlas ALLAH singkirkan dan ALLAH memilih bersama kumpulan Islam ini (Pas),” katanya pada ucapan perasmian Ijtimak Dewan Muslimat Pas Kedah sempena Karnival Jom Bersama Pas di Kompleks Pas Kedah, di sini hari ini.

Menurutnya, kumpulan Islam bukan ditubuhkan sekadar bermain untuk mengisi masa kosong, tarbiah dan ekonomi tetapi melaksanakan kewajipan.

“Bukan kumpulan yang nak pergi ke Putrajaya dengan turun ke jalan, tetapi kumpulan Islam yang mengharungi perjuangan bagi meruntuhkan kezaliman dan menegakkan Islam yang adil.

“Kita bukan nak meruntuhkan kezaliman dengan bertindak zalim pula selepas itu, tidak sama sekali. ALLAH tak akan biar kita buat begitu,” katanya.

1 comment:

  1. Dia bercakap begitu pada imej dalam cermin di hadapannya.

    ReplyDelete