Sunday, February 25, 2018

RPK putar lagi: Raja Petra sebagai "tidak mengenang budi" - Anak saudara Robert Kuok

Anak saudara Robert Kuok nafi dakwaan Raja Petra
Alyaa Alhadjri   -   Hari ini, 11:18 pm
Anak saudara hartawan Tan Sri Robert Kuok, James Kuok menafikan dakwaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau menjadi perantara kepada bapa saudaranya untuk memberi dana kepada DAP.

"Saya tidak digunakan oleh Robert Kuok untuk menyalurkan wang kepada DAP. Saya juga tidak secara peribadi memberi wang kepada DAP.

"Saya akan lebih gembira jika Malaysiakini tidak menghubungi saya hari ini. Polis yang sepatutnya datang kepada saya dahulu, bukan?

"Apakah kesalahan saya? Apa yang dia (Raja Petra) katakan langsung tidak benar," katanya kepada Malaysiakini dalam wawancara di restoran miliknya di Petaling Jaya, Selangor.

"Apa yang orang mahu percaya, apa yang Raja Petra mahu kata, dia boleh reka cerita jika mahu," katanya yang berusia 84 tahun.
Menerusi artikel di blognya Malaysia Today semalam, Raja Petra mendakwa James sebagai "orang tengah" antara Kuok (gambar) yang berpangkalan di Hong Kong dengan ramai pemimpin DAP bagi mendanai rancangan parti itu untuk menjatuhkan BN.

Mengulas dakwaan itu, James berkata semua orang tahu tentang kekayaan bapa saudaranya, bagaimanapun beliau secara peribadi tidak berminat dan tidak tahu tentang bagaimana individu terkaya di Malaysia itu menggunakan wangnya.

"Bapa saya pernah berkata jika anda ada wang, buatlah kebajikan. Saya tidak tahu apa yang dia (Robert) buat dengan wangnya," kata James yang ditemani anak perempuannya Carol dan menantu Ng Teik Piew.

'Tiada hubungan kewangan dengan DAP'

Raja Petra juga mendakwa Robert telah meyakinkan hartawan Cina yang lain utnuk menyumbang kepada dana pilihan raya DAP dan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Beliau yang kini tinggal di London turut menyertakan gambar James bersama-sama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan sebuah gambar lagi bersam Datuk Zaid Ibrahim di restorannya.

James bagaimanapun bertegas beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan dan mendakwa Raja Petra mencuri gambar yang dimuatnaik di laman Facebook peribadinya.

Beliau juga menegaskan tiada sebarang hubungan kewangan dengan DAP.

"Benar, banyak kali saya duduk dan makan bersama pemimpin DAP. Mereka yang makan bersama saya juga tidak semestinya kroni DAP dan saya tidak peduli," katanya.
Sepanjang 31 operasinya, beliau berkata restorannya dikunjung ramai orang kenamaan termasuk bekas perdana menteri Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi.

"Saya sudah jumpa ramai VIP," katanya yang menjawab dalam bahasa Inggeris tetapi sesekali menggunakan bahasa Melayu.

"Bukan cakap lawa (berlagak) tetapi saya juga pernah berjumpa presiden MCA, Gerakan...individu penting di Malaysia.

"Malah ketika pertama kali bertemu Lim Kit Siang, saya memarahinya. Kami bertengkar di sebuah kedai kopi," katanya sambil menambah ia berlaku pada lewat 1970-an, ketika "kawan baiknya" Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri.

'Dua kali saya tolong Raja Petra'

James mendakwa Raja Petra sebagai "tidak mengenang budi" kerana tidak menghargai bantuan yang dihulurkannya sebanyak dua kali - dana ketika tahun-tahun pertama beliau melarikan diri ke England dan ketika anak lelakinya memasuki pusat pemulihan.

"Saya tidak meminta anda (Raja Petra) untuk cium kaki saya. Tapi jika anda tidak rasa terhutang budi, sekurang-kurangnya jangan berkata yang bukan-bukan terhadap saya," katanya.

Menurut James, beliau mula tahu tentang Raja Petra (gambar) melalui dua kawannya yang memberitahunya tentang penahanan penulis blog itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 2008.

"Saya beritahu kawan saya itu, saya tak kenal dia (Raja Petra) tapi tolong sampaikan rasa simpati saya kepadanya.
"Apabila dia keluar ISA, saya anjurkan makan malam untuknya...Dan saya mula mengenalinya."

Majlis itu diadakan tidak lama selepas pembebasan Raja Petra tetapi James berkata penulis itu yang mula-mula menelefonnya.

"Saya tanya 'siapa anda?' Dia jawab, 'RPK." Saya kata 'Saya tak tahu suara kamu, jangan temberang'," katanya yang berkata majlis makan malam itu berlangsung dengan suasana yang ceria.

Beliau kemudian menyifatkan Raja Petra sebagai "tidak bertanggungjawab" kerana meninggalkan negara.

Raja Petra dilaporkan lari ke luar negara selepas dua waran tangkap dikeluarkan ke atasnya kerana gagal hadir ke mahkamah pada 23 April dan 23 Mei 2010 bagi dakwaan di bawah Akta Hasutan selepas menerbitkan artikel berkaitan Datin Seri Rosmah Mansor di Malaysia Today.

James berkata keluarganya sepakat untuk mengelak daripada tumpuan media namun beliau marah dengan dakwaan Raja Petra dan terpanggil untuk memberi penjelasan.

"Kita percaya Hari Kiamat akan tiba. Lelaki ini (Raja Petra) perlu berdepan dengan Tuhan dan akan menerima balasan daripada Tuhannya," katanya lagi.

* Adakah dia didedakkan untuk memburukkan DAP?

2 comments: