Friday, March 24, 2017

Berapa kali dan berapa lama mau belajar?

PAS hanya belajar selepas jatuh
Posted on Thursday, March 23 @ 12:02:53 MYT by paktam
PETALING JAYA: PAS disifatkan parti yang hanya akan belajar menjadi lebih sederhana dan progresif setelah kalah teruk dalam pilihan raya, menurut seorang bekas pemimpin kanan parti itu.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, kini pemimpin Amanah, mengingatkan kembali prestasi buruk PAS pada pilihan raya umum 1986 dan 2004, di mana ketika itu PAS mendakap Islamisme yang keras sebelum terpaksa mengambil jalan sederhana dalam usaha memulihkan parti.

Khalid berkata trend itu berulang kembali dan membidas “memori singkat” parti di sebalik permainan psikologi Umno.

“Malangnya PAS memiliki memori yang singkat dan merasakan mereka berada pada kedudukan sekarang kerana kekuatan sendiri dan sokongan orang ramai.

“Saya percaya mereka disuap maklumat yang salah oleh Umno yang mengatakan PAS sangat kuat dan seterusnya, dan kerana itu Umno membuatkan PAS menjadi semakin konservatif dan mendapat beberapa manfaat politik daripada keadaan itu,” katanya kepada FMT.

Khalid tidak melihat PAS menjadi parti yang lebih terbuka dan lebih progresif sehingga mereka mengalami kekalahan yang teruk.

“Mereka perlu kalah dan perlu kalah dengan teruk sebelum ia boleh berlaku dan melihat kepada arah tuju yang dipandu (Presiden PAS) Datuk Seri Abdul Hadi Awang saya rasa PAS akan hilang segalanya.”

Jatuh bangun PAS

Pada 1982, ulama yang mengambil alih PAS mendapat ilham daripada revolusi Iran 1979 yang mahu menubuhkan sebuah negara Islam, dan akibatnya politik antara Umno dan PAS semakin mengambil sifat keagamaan.

Barisan Nasional (BN) cuba melawan tarikan PAS dengan mewujudkan beberapa institusi Islam kelolaan kerajaan termasuk Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Ia diselar pemimpin PAS yang melabel inisiatif penerapan nilai Islam sebagai “dangkal” dan “hipokrit”.

Sokongan kepada kedua-dua parti semakin memecahkan masyarakat Melayu dan ada ketikanya perpecahan itu bertukar ganas, seperti dalam peristiwa Memali 1985.

Peristiwa Memali menyaksikan serbuan ke atas sebuah kampung terpencil di Memali, Baling di negeri Kedah, menjadi berakhir dengan kematian 14 orang penduduk kampung dan 4 anggota polis.

Serbuan dilakukan ke atas rumah ahli PAS Ibrahim Mahmud (Ibrahim Libya), yang dikawal ratusan penduduk kampung yang menghalang lebih 200 anggota polis daripada menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Selepas peristwa itu, agamawan PAS berdepan pilihan raya umum pertama mereka pada 1986 di mana parti itu mengalami kekalahan pilihan raya terburuk, hanya memenangi 1 kerusi di Parlimen.

Era kebangkitan

Cuba merawat kekalahan itu, PAS berundur dari Islamisme keras dan mengambil laluan yang lebih sederhana, termasuk mengadakan kerjasama dengan parti serpihan Umno, Semangat 46, sehingga berjaya menawan Kelantan pada 1990.

Selepas ledakan reformasi susulan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, PAS mula mendampingi pelbagai pertubuhan dan parti politik, dan pada 1999 berjaya mendapat jumlah kerusi terbanyak dalam sejarah parti.

Beberapa bulan selepas serangan 9/11 di Amerika Syarikat pada September 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif selepas bertelagah dengan PAS dalam isu negara Islam.

PAS sekali lagi kehilangan sokongan orang Melayu selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, serta ketakutan dalam kalangan pengundi terhadap Islam radikal di Asia Tenggara pasca peristiwa 11 September.

Ini dibuktikan pada pilihan raya 2004, yang menjadi titik terendah PAS dalam sejarah, dengan hanya 7 kerusi Parlimen.

PAS sekali lagi merawat dirinya dengan mengambil pendekatan pasca 1986, meninggalkan imej keras yang menyumbang kepada kekalahannya.

Kitaran

Khalid percaya kitaran PAS daripada pendirian keras kepada kesederhanaan akan berterusan, kecuali PAS mengalami kekalahan paling teruk pada pilihan raya umum akan datang, termasuk kehilangan Kelantan.

“Barangkali ini satu-satunya cara untuk mereka belajar kerana jika tidak, mereka mengulangi kitaran menjadi angkuh apabila kuat dan berfikiran lebih konservatif dan kemudian kalah dan sedar diri. Malang sekali PAS tak mengambil pengajaran yang sebenar.”

Khalid mengenang kembali pilihan raya umum 2008 dan 2013.

“PAS percaya prestasi pada 2008 dan 2013 kerana kekuatan sendiri dan jentera mereka dan mereka yang membantu parti lain menang. Mereka tak nampak sumbangan parti pembangkang lain dan manfaat bersekutu dengan mereka.

“Mereka juga percaya pakatan itu hanya memberi manfaat kepada PKR dan DAP dan PAS digunakan mereka, jentera PAS dan orang PAS berkempen untuk parti lain dan rasa tidak adil apabila parti pembangkang lain meraih hasil yang lebih baik.”

PAS mengadakan muktamarnya bulan depan, dan antara keputusan penting ialah sama ada meneruskan kerjasama politik dengan PKR. Ia selepas beberapa siri pertikaman lidah antara pemimpin kedua-dua parti, selepas usaha meyakinkan PAS bersama-sama Pakatan Harapan gagal.

Tepat benar apa yang Tok Him kata ni!

Yang ada hari ini bukan wakil rakyat tapi wakil parti - Ibrahim Ali
Irwan Muhammad ZainAstro Awani |  Mac 22, 2017 17:05 MYT
Yang ada hari ini bukan wakil rakyat tapi wakil parti - Ibrahim Ali
Menurut Ibrahim, ahli Parlimen dan Adun sering mengecam tindakan parti lawan mereka tapi tidak berani menegur salah laku parti dan pemimpin mereka sendiri. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ramai wakil rakyat yang ada di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) hari ini hanya mewakili parti bukan mewakili rakyat, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali.

Hujah Ibrahim, kebanyakan ahli Parlimen atau Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) memperjuangkan kepentingan parti masing-masing berbanding isu-isu rakyat.

Katanya, ahli Parlimen dan Adun sering mengecam tindakan parti lawan mereka tapi tidak berani menegur salah laku parti dan pemimpin mereka sendiri.
"Kalau mereka (ahli Parlimen dan Adun) tegur parti atau pemimpin parti mereka, pilihan raya akan datang mereka tidak akan dipilih.
"Jadi bila masuk Dewan Rakyat atau DUN, mereka banyak bawa isu parti bukan isu rakyat, mereka tak mewakili rakyat tetapi mewakili parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat Perkasa di sini, hari ini.

Jelas Ibrahim, kerana keadaan demikian, beliau sehingga kini masih tidak menganggotai mana-mana parti.

"Pengalaman menjadi ahli parlimen Bebas penggal lepas membuatkan saya lebih rasa puas.

"Saya boleh sokong kerajaan atas perkara yang saya rasa patut disokong dan akan sokong pembangkang kalau isu yang mereka bawa itu ada kebaikan untuk rakyat," katanya lagi.

Ibrahim sebelum ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Namun beliau masih belum memutuskan sama ada akan bertanding tiket bebas atau menyertai mana-mana parti politik.

Korang percaya ke cerita ni?

Tak heran.....sifat macam ni kan biasa bagi orang politik cari makan?

Annuar Musa nak tutup cela diri, main isu agama dan kaum
Pada 23 Mac 2017
oleh Edry Faizal
Seperti sudah tertulis di dalam ‘Standard Operation Procedure’ UMNO, memainkan isu kaum dan agama untuk mengalih perhatian, Anuar Musa pun melakukan gimik mengumumkan RM10,000 sebagai hadiah kepada sesiapa yang mampu menulis fitnah terbaik terhadap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Dalam usaha menutup celanya, Anuar Musa memilih untuk mengolah persepsi rakyat Malaysia bagi menghukum Lim Kit Siang. Tindakan Anuar Musa dan UMNO ini adalah amat keji kerana cuba mengapi-apikan sentimen perkauman dan ekstrimisme agama demi menutup masalah korupsi yang lebih membarah.

Jika Anuar Musa merasakan fitnah yang direkanya itu betul, saya mencabar Anuar Musa untuk membuat laporan polis terhadap Lim Kit Siang dan biarlah perkara ini dibawa di mahkamah. Supaya bolehlah Anuar Musa membawakan bukti-bukti , itupun kalau ada, di dalam mahkamah yang mulia dan biar undang-undang menentukan kebenarannya. Melalui mahkamah juga rakyat boleh melihat apakah yang menfitnah itu benar-benar mempunyai hujah yang kukuh atau sekadar bermain wayang lagi.

Tuduhan yang dilemparkan ke atas Lim Kit Siang adalah amat berat dan jika benar Lim Kit Siang itu sedemikian jahat, sudah pasti beliau sudah pun dikenakan hukuman mengikut undang-undang. Mengapakah sehingga kini UMNO tidak pernah mahu mendakwa Lim Kit Siang di mahkamah? Adakah khuatir tembelang fitnah UMNO pecah jika hal ini dibawa ke mahkamah sebagaimana lidah rasmi UMNO, akhbar UTUSAN seringkali tewas dalam kes-kes mahkamah?

Sejarah telah membuktikan bahawa jika ada peluang untuk menghumban dan mematikan karier politik tokoh pembangkang, UMNO BN tidak akan berfikir dua kali untuk melakukannya. Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sudah keluar masuk penjara dek kepentingan politik UMNO dan nafsu serakah pemimpin UMNO. Jadi, kenapa tidak kali ini, terhadap Lim Kit Siang?

Anuar Musa sedang berusaha keras menyelamatkan dirinya. Anuar Musa seakan terpaksa berusaha keras mengalih perhatian rakyat dari skandal MARA yang sedang dalam siasatan, dan tindakannya mengundur ketakutan dari bertanding merebut jawatan Presiden FAM selepas berbulan cuba tunjuk lagak ingin mencabar Tunku Ismail, Tengku Mahkota Johor. Atau Anuar Musa juga terdesak bagi membuktikan kemampuan beliau dalam UMNO selaku Ketua Penerangan?

Saya menyeru rakyat Malaysia agar jangan berjaya dialihkan perhatian daripada masalah korupsi dan kleptokrasi yang lebih parah sedang melanda negara ini. Barah korupsi yang akan merosakkan tidak kira Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau mana-mana etnik di Malaysia.

*Edry Faizal merupakan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor

Siapa jantan siapa betina?

Thursday, March 23, 2017
Antara Husam dan Takiyuddin: Siapa jantan siapa betina?

ULASAN AWAL

Catatan: Sudah lama saya menyiapkan artikel pendeknya ini, pada 9 Februari lalu. Tetapi saya simpan dan tidak melepaskan dalam blog. Hari ini adalah dirasakan masa terbaik untuk melepas artikel ini. Ada dua sebab, pertama Presiden Amanah Mohamad Sabu menyebut Husam bakal diletakkan Amanah di parlimen Kota Bharu.

Kedua, malam tadi dalam ceramah di Cherang, Kota Bharu, Takiyuddin menyerang Husam agak keras juga. Wassalam. [23/03/17 2:15 pm)

Memetik maklumat Cikgu Wan Rahim Wan Abdullah, Setiausaha Agung parti agama (Pas), Takiyuddin Hassan akan kekal bertanding di parlimen Kota Bharu pada Piraum ke-14 nanti. Kata Cikgu Rahim, Takiyuddin sudah membuat jaminan itu untuk berhadapan dengan Husam Musa.
Takiyuddin Hassan

Ada munasabah kalau Takiyuddin mengambil tanggungjawab itu. Sudah tentu keputusan pilihan raya lalu memberi keyakinan kepada anak kelahiran Sik, Kedah yang merantau mencari makan dan membina kerjaya di Kelantan itu untuk berasa yakin dapat mengekalkan kerusi berkenaan.
Husam Musa

Khabarnya Takiyuddin juga sedia untuk menanti kunjungan Husam ke Kota Bharu.

Pada Piraum ke-13 Takiyuddin menang di kerusi itu buat pertama kali apabila mengalah, Muhamad Fatmi Che Salleh dari Umno dengan majoriti 15,970.

Beliau mendapat 40,620 undi manakala Fatmi 24,650. Sebelum ini kerusi parlimen Kota Bharu disandang oleh Cikgu Wan Abdul Rahim dengan mengalahkan calon Umno yang sama dalam Piraum ke-12 dengan majoriti 11,288.

Wan Rahim mendapat 32,129 undi manakala Fatmi 20,841. Majoriti diperolehi Wan Rahim kurang 4,682 berbanding dengan diperolehi Takiyuddin. Majoriti besar diraih Takiyuddin itu tidak boleh dibanggakan kerana waktu itu Pas bergabung dengan PKR dan belum berpecah seperti hari ini. Mungkin kalau Takiyuddin kekal di Kota Bharu keadaan berbeza.
Wan Abd Rahim

Kawasan Kota Bharu merupakan kawasan urban yang mempunyai peratus pengundi berpengetahuan dan celik maklumat. Sebagai kawasan bandar para pengundinya tidak berfahaman kolot dan terikat dengan dogma parti politik baik Umno maupun Pas. Atas kapasiti itu, mana-mana parti tidak mudah memperbodohkan pengundi dengan fatwa atau pun hujah-hujah bersifat konsevertisme agama.

Selepas tahun 1990, kawasan Kota Bharu merupakan kawasan kubu pembangkang yang dibina bersama oleh Semangat 46 dan Pas. Selepas Semangat 46 hilang ia diambil oleh PKR. Walaupun PKR baharu muncul tetapi ia dimenangi oleh PKR menerusi calonnya Ustaz Ramli Ibrahim (Allahyarham). Kemenangan Ramli itu hasil dari kepaduan undi Pas yang disokong undi PKR.

Tahun 2004 baharu kerusi ini dapat dirampas semula oleh Umno menerusi calonnya Zaid Ibrahim. Zaid mempunyai pengaruh tersendiri di kawasan ini memandangkan latar belakangnya dan juga penanaman budi dilakukan menerusi sebuah Yayasan kebajikan diusahakan isterinya. Kebetulan pula lawan Zaid, Nik Mahmud Nik Hassan yang buta dalam parti politik.

Dalam pilihan raya 2008 kerusi ini dirampas oleh Cikgu Rahim (Pas).  Kejayaan beliau sebagai wakil rakyat ini dengan kombinasi beliau selaku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Wan Rahim membina kekuatan dan Kota Bharu menjadi kubu Pas. Pengaruh peribadi Cikgu Rahim di Kota Bharu tidak dapat diatasi oleh mana-mana tokoh Umno di kawasan ini kecuali Zaid Ibrahim.
Dalam Piraum lalu Wan Rahim tinggal kerusi parlimen Kota Bharu untuk beri laluan kepada Takiyuddin yang sebelum ini menyandang kerusi Dun Bunut Payung dua penggal. Pada Piraum ke-13 itu Takiyuddin ditolak di Bunut Payung ekoran kurang memberi perhatian kepada rakyat, dan menyerah kepada Cikgu Rahim mengurusnya. Gara-gara itu beliau ditolak oleh penyokong Pas di Bunut Payung menyebabkan beliau tidak ada kerusi untuk ditandingi.
Menyedari masalah itulah Cikgu Rahim sedia menyerahkan kerusi parlimen Kota Bharu untuk Takiyuddin dan beliau sendiri sedia dicalonkan untuk menentang Tengku Razaleigh Hamzah di Gua Musang, tetapi kalah. Tindakan diambil Cikgu Rahim itu merupakan satu pengorbanan demi survive politik Takyuddin yang dianggap sebagai adiknya.

Jika hendak dikira yang sepatutnya mudik ke Hulu Takiyuddin bukan cikgu Rahim. Takiyuddin masih muda berbanding dengan cikgu Rahim dan juga sebagai peguam yang hebat di Kelantan. Tetapi kenapa cikgu Rahim. Cikgu Rahim tidak membantah bila dihantar ke Gua Musang, tidak seperti mana Takiyuddin membantah dan jadi macam kucing jatuh anak apabila namanya tidak lekat di Bunut Payung. Jika bukan kerana pengorbanan cikgu Rahim sudah pasti Takiyuddin tidak lagi bergelar YB.

Itulah pengorbanan dan jiwa besar Cikgu Rahim dalam politik. Ianya besar dan sesuatu yang harus dikenang khasnya oleh mereka yang baharu menerjun diri dalam arena politik. Beliau tidak mencari tempat selamat, tetapi sedia dicalonkan di mana-mana sahaja. Cikgu Rahim adalah hamba setia dan bomoh besar dalam politik Pas. Keampuhan dan dan keulitan itulah menjadikan Cikgu Rahim sebagai "mahaguru" politik di Kelantan, khasnya semasa berada dalam Pas. Dengan "kemahaguruan" itulah juga bekas Speaker itu membangun Parti Amanah kini, yang diejek dan ditejel tetapi kini sudah mulai digeruni akan sengatnya.

Sebenarnya tidak layak ustaz-ustaz muda "juz amma" dalam Pas menghina Cikgu Rahim. Semasa mereka  dalam bedungan ibu lagi, cikgu Rahim sudah meranyai ke segenap pelusuk di Hulu Kelantan menubuhkan dan menghidupkan Pas. Saya selalu kata bahawa cikgu Rahim adalah aset kepada parti agama itu, tetapi ia tidak pernah diberi perhatian. Kemajuan dicapai Amanah kini ia adalah atas usaha cikgu Rahim yang digemuksuburkan oleh Husam yang juga dianggap adiknya. 

Berbalik kepada kerusi parlimen Kota Bharu tadi, Husam sudah pun membayangkan dia akan bertanding di kerusi berkenaan. Naib Pengerusi Amanah Kelantan Che Ibrahim Mohamed sudah pun menegaskan Amanah akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu dan Kubang Kerian. Semasa berceramah di Selising Husam membayangkan dia akan bertanding di Kota Bharu.

Ertinya cabaran Takiyuddin yang sedia menanti kunjungan Husam ke Kota Bharu sudah pun bersambut. Ia bagaikan terpancat silat langkah pun terbuka. Semua pemerhati politik kini sedang menumpu kepada Kota Bharu. Sehingga saat artikel ini ditulis, belum ada sepatah jawaban dan komen daripada Takyuddin Hassan. Apakah anak Sik itu sudah takut?

Jika berlaku perlawanan antara Husam - Takiyuddin dalam Piraum ke-14 ia adalah pertemuan yang bakal menarik perhatian ramai.

Secara peribadi saya berharap sangat kedua orang ini bertempur di Kota Bharu. Hendaknya Takiyuddin tidak akan mencari helah untuk mengelakkan bertembung dengan Husam dan merisik mana-mana kawasan selamat di luar Kelantan. Parti agama itu sendiri patut menguncikan Takiyuddin di Kota Bharu. Kenapa saya menanti pertembungan mereka berdua. Sebab segala dendam politik yang wujud antara keduanya boleh dilunasi dalam pertandingan itu nanti.

Mereka berdua kawan yang boleh disifatkan seperti adik beradik kebetulan pula rapat dengan saya. Saya tahu cara Husam makan dan cara Takiyuddin makan. Namun diam-diam mereka saling "keret mengeret" ekor antara satu sama lain. Takiyuddin menerusi jawatan Setiausaha Agung banyak memain peranan untuk melihat Husam terpinggir?

Semasa Husam berhadapan dengan segala macam fitnah dalam rangka melemparkannya dalam Pas, si adik ini langsung tidak bercakap menjelaskan keadaan apa lagi membela Husam. Bahkan dalam beberapa kenyataan dan aksi Takiyuddin seakan mahu segera Husam dinyahkan dari Pas. Pelbagai pekeliling yang direka oleh Takyuddin untuk menekan Husam.

Sewaktu mereka berdua "berkeduh" hati saya pernah untuk mendamaikannya. Namun usaha saya sia-sia sahaja. Kedua pihak seperti tidak mudah untuk melupakan apa-apa yang berlaku menyebabkan hubungan mereka renggang. Perbezaan pendapat dan ghairah membina pengaruh menyebabkan keduanya terus berada dalam ketegangan. Saling "keret mengeret" ekor terjadi dalam diam.

Jadi kalau mereka berdua beradu kekuatan dan tenaga politik dalam Piraum akan datang ia adalah molek sekali. Setidak-tidaknya ia memberi jawaban kepada umum antara mereka berdua siapa yang popular dan diterima rakyat. Usah bertanya siapa yang benar. Takiyuddin tidak perlu gerun kerana kedudukannya tinggi dalam Pas sebagai Setiausaha Agung. Husam sebelum ini hanya Naib Presiden Pas sahaja. Kini dalam Amanah menjadi Penasihat Amanah.

Kedua mereka mempunyai ciri-ciri hampir sama. Usia hanya beza dua tahun sahaja, Husam lebih tua daripada Takiyuddin. Husam 58 Taki 56. Keduanya graduan Universiti Malaya. Takiyuddin dalam bidang undang-undang, manakala Husam dalam bidang ekonomi. Husam pernah jadi Ketua Pemuda Pas, manakala Takiyuddin naibnya. Husam juga pernah jadi Exco dua penggal, Takiyuddin juga Exco dua penggal. Husam pernah jadi ahli Parlimen, Takiyuddin kini ahli Parlimen Kota Bharu.

Sebenarnya keduanya tidak banyak beza kecuali dari segi kegemaran dan jumlah isteri. Takyuddin minat dengan motosikal besar, Husam pula minat dengan haiwan, bunga-bunga dan alam sekitar. Takiyuddin pernah menjadi presiden persatuan bolasepak Melayu Malaysia, melawat ke luar negara untuk mencari reka bentuk stadium, Husam pula ke luar negara untuk menjejaki tokoh-tokoh perjuangan Islam dan juga lokasi bersejarah disebut dalam Quran. Melakarkan stadium di Selising tanpa pun melawat stadium di Eropah dan Russia.

Perbezaan paling ketara di antara keduanya, Takiyuddin suka kereta mewah, Husam pula suka dengan buku-buku. Jumlah buku-buku dimiliki Husam nilainya lebih mahal dari nilai kereta yang dimilikinya. Semasa meninggalkan Exco Takiyuddin dapat Mercedez, Husam pula tidak ditawarkan apa-apa kereta sebagai sentimental valuenya menjadi Exco.

Jika mereka bertembung di Kota Bharu, agak-agaknya siapakah yang akan menang? Bersambung di keluaran akan datang. Dalam episod analisa kawasan-kawasan pilihan raya. Horas. [wm.kl.1:30 t/hari 09/02/17]

Posted by mohd sayuti Omar at 2:34:00 PM

Thursday, March 23, 2017

Idea Khomeini: Akidah walak dalam sesetengah gerakan politik

Idea Khomeini menjelma dalam akidah walak
Dr Mohd Asri Zainul Abidin      Hari ini, 3:48 petang
ULASAN Selepas Nabi SAW wafat, al-Khulafa al-Rashidin selepas baginda Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali penuh insaf bahwa mereka tidak maksum. Ucapan mereka selaku pemimpin sentiasa menzahirkan keinsafan bahawa mereka sebagai manusia mungkin tersilap dan boleh diperbetulkan.

Padahal, para khulafa itu merupakan seagung-agung ulama. Bahkan mereka semua sahabat utama baginda Nabi SAW lebih daripada itu, mereka semua dijamin syurga.

Namun begitu, mereka tidak pernah mendakwa rakyat hendaklah berwalak penuh kepada mereka sekalipun jelas salah, apatah lagi bohong. Lihatlah ucapan utama Abu Bakar:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat.

“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya-Allah.

“Jangan kamu meninggalkan jihad (perjuangan), kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah menimpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan Rasul-Nya. Jika aku derhakakan Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan untukku." (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Demikian konsep keinsafan yang sama dapat kita lihat dalam ucapan Umar, Uthman dan Ali.

Hal ini amat berbeza dengan pemimpin Revolusi Syiah Iran Khomeini. Ketika dia ingin memperkukuhkan kuasanya, dia memperkenalkan konsep wilayah al-faqih iaitu secara literalnya kekuasaan mutlak faqih (absolute guardianship / authority of the jurist).

Tujuan untuk memberikan kuasa yang tidak dipertikaikan kepada diri Khomeini itu sendiri sebagai pemimpin agama Revolusi Iran.

Konsep wilayah al-faqih Khomeini ini memberikan kekuasaan kepada golongan mullah (mullah ataupun golongan agama yang kononnya dianggap ulama menurut gelaran yang mereka berikan untuk diri sendiri) tanpa boleh dipertikaikan bidang kuasa dan tindakan mereka.

Mempertikaikan tindakan dan pendapat mereka dianggap bagaikan mempertikaikan Allah, Rasul-NYA dan para imam Syiah. Ini atas asas, para faqih itu merupakan wakil kepada para Imam 12 Syiah yang maksum.

Walaupun para ulama Syiah itu sendiri mempunyai pelbagai pandangan terhadap konsep ini; apakah bidang kuasa faqih dan sejauh kesahihannya pada zaman menanti kemunculan Mahdi, namun Khomeini menggunakan ‘akidah’ ini demi memperkukuhkan penguasaan politiknya di Iran.

Dengan akidah tambahan ini, maka seperti para imam Syiah yang 12 tidak dipertikaikan, demikian kepimpinan mullah (ulama) tidak boleh dipertikaikan. Walak yang sepenuhnya hendaklah diberikan.

Hal ini pasti bercanggahan dengan kefahaman kepimpinan dalam Islam yang ditunjukkan oleh al-Khulafa al-Rasyidin yang memberi ruang dipersoalkan tindakan mereka. Bahkan tidak semestinya pemimpin itu ulama. Apa yang penting, kepimpinan itu berada dalam batasan keizinan syarak yang luas.

Ceduk

Malangnya, selepas Revolusi Iran mula dieksport keluar, dalam dunia Sunni terdapat gerakan politik yang menggunakan nama agama terpengaruh dengan idea wilayah al-faqih. Untuk survival politik, mereka mengimport idea tersebut.

Tujuannya sama, untuk memperkukuhkan cengkaman politik golongan agama ke atas pihak lain. Ia bukan sekadar tujuan memperkukuhkan ajaran Islam dalam masyarakat tetapi memastikan kuasa politik hanya di tangan golongan mullah tanpa ada saingan luar.

Maka, konsep Islam iaitu agama memandu amalan politik bertukar kepada golongan agama memegang kekuasaan politik tanpa boleh dipertikaikan. Ini diterjemahkan sebagai ‘konsep kepimpinan ulama’.

Tidak memadai dengan itu, dalam memberikan wajah baru wilayah al-faqih dalam versi dunia luar Syiah maka ditanamkan akidah walak ataupun taat setia kepada ulama tanpa boleh dipertikaikan.

Walaupun perkataan ‘taat mutlak’ tidak disebut, namun mereka menjelmakannya dalam wajah yang lain seperti sesiapa yang mempertikaikan ataupun mengkritik akan menerima bala, hidup tidak diberkati, tercabut ikatan agama, mati jahiliah dan seumpamanya.

Itu semua adalah jelmaan konsep ‘akidah’ wilayah al-faqih Khomeini dalam versi baru akidah ‘kepimpinan ulama dengan walak sepenuhnya’.

Maka, jika ada yang menyatakan akidah Syiah Revolusi Khomeini tidak mempengaruhi sesetengah gerakan politik yang memakai jenama Islam di luar Iran, maka itu tidak benar.

Jika ada yang mendakwa Iran tidak pernah mengeksport idea revolusinya keluar, maka itu juga tidak benar bahkan mungkin sekadar menyembunyikan apa yang diamalkan.

Akidah Islam, pemimpin boleh ditegur dan walak ada batasnya. Kepimpinan dalam Islam ialah kepimpinan yang tidak menyanggahi ajaran Islam dan tidak disyaratkan golongan mullah itu sendiri yang mesti menjadi pemimpin.

Konsep siyasah syariyyah dalam Islam begitu luas tanpa terikat dengan wilayah al-faqih ataupun ‘kepimpinan ulama’ dengan walak mutlak. Golongan ulama dan bukan ulama boleh menjadi pemimpin jika memenuhi konsep al-quwwah dan al-amanah.

DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN berkhidmat sebagai mufti Perlis. Artikel ini dimuatkan kali pertama di Facebook beliau dengan tajuk asal “Idea wilayat al-faqih Khomeini menjelma dalam akidah walak sesetengah gerakan politik”.

Menteri BN joget, menari, rakyat derita dibumi sendiri

23 Mac 2017 | DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Saya merujuk kepada video yang tular di media sosial mengenai kelakuan Rosmah Mansor menyanyi riang, manakala menteri Salleh Keruak berjoget di khalayak ramai sambil mendapat tepukan dari Najib Razak. Marah, sedih dan tertawa - itulah respon rakyat terhadap kelakuan pemimpin BN ketika rakyat sedang dihimpit pelbagai kesusahan akibat pentadbiran zalim mereka sendiri.

Saya senaraikan antara kesusahan utama yang dialami oleh rakyat sejak bermula tahun ini:

1. Kenaikan harga minyak RON 95 bermula dari RM 1.90 per liter (31 Disember 2016) hingga RM 2.30 per liter (1 Mac 2017). Kenaikan 40 sen bagi setiap liter membuktikan Kerajaan UMNO-BN begitu “prihatin” terhadap kehidupan rakyat. Kenaikan harga minyak merupakan kesan domino terhadap ekonomi rakyat, kerana minyak merupakan bahan mentah yang kerap digunakan.

2. Kenaikan harga gula sebanyak 11 sen bagi setiap kilogram. Dikhuatiri keadaan ini menyebabkan kadar inflasi meningkat melebihi kadar normal.

3. Malaysia digelar sebagai negara yang mengamalkan rasuah. Berdasarkan kajian Barometer Edelmen Trust Malaysia 2017, yang menyatakan bahawa seramai 52 peratus rakyat Malaysia telah hilang kepercayaan kepada institusi dan sistem pentadbiran. Dalam masa tiga bulan, berlaku pelbagai pendedahan skandal penyelewengan. Keadaan ini dibuktikan melalui penggantungan jawatan pengerusi MARA, pertukaran lantikan pengerusi FELDA, dan juga berlakunya skandal membabitkan hartanah status bumiputera di Johor.

4. Kadar pengangguran semakin bertambah. Dianggarkan seramai 500 ribu rakyat Malaysia sedang menganggur. Ditambah pula dengan seramai lebih kurang 37 ribu orang diberhentikan kerja pada tahun lepas, keadaan ini membuktikan ekonomi Malaysia sedang mengalami masalah dalam peluang pekerjaan.

5. Nilai matawang ringgit Malaysia mengalami penurunan. Lima hari selepas memasuki tahun 2017, mata wang ringgit telah menjunam ke paras terendah semenjak krisis kewangan Asia tahun 1998 iaitu mencecah RM 4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat. Keadaan ini telah menjadikan barangan import menjadi lebih mahal.

6. Bilangan permohonan BR1M meningkat, bahkan dikatakan terdapat golongan berpendapatan tinggi memohon bantuan tersebut. Keadaan ini membuktikan bahawa situasi Malaysia sekarang yang menyebabkan lebih ramai mahu memohon bantuan. Sepatutnya kerajaan tidak bangga dengan beberapa ramai yang memerlukan bantuan BR1M, sebaliknya melihat beberapa ramai yang tidak memerlukannya.

Rakyat Malaysia masih ingat pada 31 Ogos 2016, Peguam Negara, iaitu Mohamed Apandi Ali, dirakam menari** dan memakai pakaian seragam dengan menteri-menteri BN, ketika negara kita dilanda skandal 1MDB dan isu RM2.6 bilion. Ianya seakan-seakan mencurah garam ke luka rakyat untuk mereka melihat Najib, Rosmah dan menteri-menterinya bergembira menyanyi dan berjoget, sedangkan mereka memikul tekanan kehidupan ekonomi yang semakin membebankan.

* Penulis Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah  Setiausaha Agung PKR.

Bersarapan bersama Abe mad Sabu dan Dato' Wan Rahim

 Majlis diadakan di kedai kopi tempat aku selalu bersarapan di kampung aku pagi tadi 23 Mac 2017
Dato' Wan Rahim bercerita tentang apa yang berlaku di DUN Kelantan, Husam dihalau keluar
 
 
 
 
Bergambar dengan Dato' Wan Rahim
 
Abe mad sambung cerita Dato' Wan Rahim
 
Ngan Abe Mad Sabu
 

Serangan Westminster: 'Masih terlalu awal untuk buat spekulasi motif'

Serangan Westminster: 'Masih terlalu awal untuk buatspekulasi motif serangan' - Majlis Muslim Britain
Astro Awani |  Mac 23, 2017 02:42 MYT
Serangan Westminster: 'Masih terlalu awal untuk buatspekulasi motif serangan' - Majlis Muslim Britain
LONDON: Majlis Muslim Britain hari ini menyatakan masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang berlaku pada petang Rabu. 

"Kami sangat terkejut dan sedih dengan insiden di Westminster. Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan ini, menurutnya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu. 

"Masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai motif serangan, ingatan dan doa kami sentiasa bersama mangsa serta mereka yang terlibat.

"Kami memberi penghormatan kepada pihak polis dan pasukan kecemasan yang mengendalikan kes ini dengan penuh berani. Istana Westminster adalah pusat kepada demokrasi dan kita perlu memastikan ia terus memberi khidmat kepada rakyat dengan selamat.'
Sementara itu, anggota polis yang dilaporkan ditikam oleh penyerang antara yang terbunuh dalam serangan yang berlaku di luar bangunan parlimen Britain pada Rabu, menurut laporan yang dikeluarkan BBC.

LAPOR LANGSUNG SERANGAN WESTMINSTER DI SINI


Perkara ini disahkan oleh seorang pegawai penguatkuasa yang memberikan bantuan kecemasan kepada anggota polis berkenaan.

Menurut BBC lagi, anggota polis itu mati di tempat kejadian. penyerang yang menikam anggota polis tersebut turut ditembak mati dalam insiden yang disifatkan pihak polis sebagai "serangan pengganas".

Asisten Komisioner Polis Britain, Mark Rowley dalam sidang medianya memaklumkan pihaknya percaya penyerang melakukan serangan secara sendirian.

Polis Britain juga meningkatkan operasi keselamatan besar-besaran tahap tertinggi.

Pada masa sama, Rowley tidak menolak kemungkinan meminta bantuan tentera sekiranya diperlukan.

Sementara itu, penyiasat UK sedang meneliti kemungkinan sama ada wujud kaitan serangan London dengan propaganda militan di Asia Barat.

Setakat ini, empat individu termasuk seorang anggota polis terkorban dalam serangan yang disifatkan sebagai serangan keganasan oleh UK.

KaitanSerangan Westminster: 'Jangan biar kebencian, kejahatan memecahbelahkan kita' - Theresa May 

Ini kat Perancis, kat sini takkan berlaku punya!

Bruno Le Roux, French Interior Minister, Resigns Amid Financial Inquiry
By BENOÎT MORENNE MARCH 21, 2017
Bruno Le Roux, France’s interior minister, announced his resignation at a news conference in Bobigny, France, on Tuesday. Credit Yoan Valat/European Pressphoto Agency

PARIS — France’s interior minister, Bruno Le Roux, announced on Tuesday that he was stepping down, after a financial prosecution office said it was opening a preliminary investigation into parliamentary jobs he gave to his daughters.

Mr. Le Roux said he had done nothing wrong as he announced his resignation at a news conference in Bobigny, northeast of Paris. But, he said, he was resigning so as not to distract from “the daily fight against terrorism, against crime.”

Under French law, it is not illegal for members of Parliament to hire their family members as aides, provided that the work is genuine. It is a common practice, yet it is increasingly perceived as a sign of the widening gap between the political elite and the French people.

A similar scandal has engulfed the campaign of François Fillon, a presidential candidate from the center-right Republican Party, since the end of January, after a satirical newspaper reported that he had hired his wife and children as parliamentary assistants over the years and paid them with public money for possibly bogus jobs.

Mr. Fillon, once considered the front-runner to be the next president, was charged last week with embezzlement. He has plummeted in opinion polls since the scandal and is now lagging behind the far-right leader, Marine Le Pen of the National Front, and the centrist Emmanuel Macron, who is an independent.
Matthias Fekl, 39, will replace Mr. Le Roux as interior minister until April 7. Credit Jacques Demarthon/Agence France-Presse — Getty Images

Ms. Le Pen and her party are also facing several investigations, which have not seemed to affect her standing in the polls.

Calls for Mr. Le Roux to step down came from Mr. Fillon’s ranks as well as from within Mr. Le Roux’s party, the Socialists.

“We can’t tell François Fillon, ‘Step down, be an example’ and have the head of a ministry — what’s more, a sovereign one — not apply this to himself,” Benoît Hamon, the Socialist candidate in the presidential election, said at a news conference in Brussels.

Journalists from the French television show “Quotidien” revealed Monday that Mr. Le Roux, a lawmaker from 1997 to 2016, had hired his two daughters as parliamentary assistants from 2009 to 2016, paying them a total of €55,000, or $59,000, for 24 jobs, starting when they were 15 or 16 and still in high school.

According to “Quotidien,” at least two of the jobs overlapped with times when Mr. Le Roux’s daughters were interning abroad or studying. Mr. Le Roux, 51, acknowledged at the news conference that he had hired his daughters during “school and university vacations,” but defended his “honesty,” saying that their jobs had been “specific and official” and had “corresponded to work effectively carried out.”

Matthias Fekl, 39, a junior minister for foreign trade and tourism, will replace Mr. Le Roux until the next president is elected and forms his or her government in May. The interior ministryis responsible for the internal security of the country, and Mr. Fekl will lead it at a time when the country is on high alert with fear of terrorist attacks.

On Saturday, a man was killed in Orly Airport after attacking a soldier in a possible act of terrorism.

Wednesday, March 22, 2017

Tak tahulah siapa cakap besar, siapa mengungkit?

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN SUBANG BERHUBUNG ISU KENYATAAN YB AZMIN ALI

Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang (Pemuda Subang) mengecam tindakan YB Azmin Ali (PKR) yang mengeluarkan kenyataan sinis terhadap kekalahan YB Ustaz Nik Muhammad Abduh dalam pemilihan jawatan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Pengkalan Chepa sebagai indikator kepada kemampuan jentera PAS untuk menawan negeri Selangor seluruhnya pada Pilihanraya ke 14 (PRU14) nanti.

Pemuda Subang melihat kenyataan YB Azmin ini sebagai satu gaya pemikiran yang senteng kerana pemilihan jawatan dalaman PAS di peringkat kawasan-kawasan adalah urusan meyusun gerak atur pergerakan PAS di peringkat akar umbi itu sendiri dan sama sekali tidak absah jika ingin dinisbahkan kepada gerak kerja Pilihanraya.

Pemuda Subang ingin mengingatkan kembali kepada YB Azmin bahawasanya keberadaan YB Azmin di kerusi Menteri Besar Selangor adalah hasil daripada ihsan PAS, bukan daripada parti YB sendiri dan kemenangan YB Azmin di Parlimen Gombak juga adalah hasil daripada kekuatan gerak kerja daripada jentera-jentera PAS yang ramai dan sanggup bekerja atas arahan pimpinan.

YB Azmin perlu menyedari hakikat bahawasanya PAS mempunyai kekuatan yang ampuh di peringkat akar umbi. Kesinisan kenyataan YB Azmin ini seolah-olah menjerut leher sendiri tatkala beliau menyedari hakikat bahawa PKR tidak ada kekuatan jentera di mana-mana kawasan sekalipun.

Justeru, Pemuda Subang ingin menyeru kepada semua perwakilan PAS di Muktamar Kawasan masing-masing agar usul memutuskan hubungan politik antara PAS dan PKR mendapat sokongan seluruh perwakilan yang ada.

Di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang, kami dengan segala kekuatan jentera yang ada bersedia untuk bertanding di kerusi Parlimen Subang, Kota damansara, dan Paya Jaras pada PRU14 yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang sekali lagi bertegas akan terus konsisten meyambut seruan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, YB Nik Muhammad Abduh untuk menawan Selangor sekaligus menunjukkan pintu keluar kepada YB Azmin Ali daripada pejabat Menteri Besar dan menyingkirkan YB Azmin Ali daripada kerusi Parlimen Gombak.

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang

- sumber

Ooo.....inilah berita yang puak-puak wala'un dok kepoh katakan Syed Saddiq akan tinggalkan Bersatu

Syed Saddiq pertimbang antara politik dan Oxford
Alyaa Alhadjri    Hari ini, 2:32 tengahari
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang mempertimbangkan untuk berhenti aktif dalam politik dan menerima tawaran melanjutkan pengajian di Universiti Oxford.

Ketika dihubungi, Syed Saddiq berkata beliau berasa sangat bersalah meninggalkan Ijazah Sarjana Dasar Awam yang dijadual bermula September depan, serentak dengan khabar angin kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14.

"Saya belum buat sebarang keputusan. Ia pasti bukan satu keputusan mudah.

"Langkah seterusnya sekarang adalah untuk cakap dengan (Pengerusi BERSATU) Tun Mahathir (Mohamad) dan (Presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin (Yassin)," katanya.

Syed Saddiq berkata kepimpinan tertinggi BERSATU sebelum ini berkata beliau hampir pasti akan menjadi calon dalam PRU14.

Bagaimanapun, beliau berkata adalah terlalu awal untuk mendedahkan maklumat lanjut.

Dalam catatan Facebook semalam, Syed Saddiq berkongsi salinan surat tawaran yang diterimanya dari Oxford, menyifatkannya sebagai tawaran yang diimpikan selama ini.

"Daripada komen mengenai saya di Facebook, Instagram dan Twitter, sebahagian besar daripada mereka menggalakkan saya untuk tinggalkan (dan menerima tawaran itu).

"Tetapi saya tak fikir mereka tahu banyak yang saya telah lalui dan telah saya korbankan untuk menyertai politik," katanya kepada Malaysiakini.

"Saya betul-betul kena berfikir tentang perkara ini. Ini adalah satu tawaran yang diimpikan tetapi tahun ini juga tidak datang selalu," katanya.
Mengenai sama ada terdapat kemungkinan menangguhkan pengajian, Syed Saddiq berkata ia adalah satu pilihan yang ada tetapi biasanya diterima dalam keadaan tertentu.

Ahli politik berusia 25 tahun itu sejak Januari lalu mengetuai barisan 21 pemimpin exco dan 12 ketua-ketua negeri di bawah sayap pemuda, ARMADA BERSATU.

Pada masa itu, beliau berkata ARMADA BERSATU terbuka kepada anggota yang berumur antara 15 dan 35 tahun serta mewakili kira-kira 40 peratus daripada jumlah anggota BERSATU yang berdaftar.

Ada juga orang gila diambil jadi pemandu Bas Persiaran?

Wanita kongsi insiden ngeri dikejar bas persiaran

  | March 22, 2017
Pemandu bas memandu betul-betul di hadapan mangsa, kerap menekan brek dan tidak membenarkan kereta mangsa memotongnya.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Insiden pemandu bas pembuli jalan raya Sabtu lalu kini mula tersebar di media sosial apabila mangsa memuat naik video insiden itu di akaun Facebook pada hari berikutnya.
Pengguna FB, Tunku Khalsom Ibrahim memperincikan kejadian itu berlaku di lebuh raya Karak ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands pulang ke Kuala Lumpur (KL).
Katanya, dia bersama bayinya berusia setahun dan ibunya memandu kereta.

“Dalam perjalanan pulang dari majlis perkahwinan berhampiran Genting Highlands, kami memandu menuju ke terowong Karak.
“Apabila kami memasuki terowong, sebuah bas persiaran dengan tulisan Darul Naim 09 di belakangnya dan nombor plat WWU5909 meluncur dengan laju ke dalam terowong di lorong kanan.
“Ia datang terlalu pantas dan mengejutkan kami semua,” tulis Tunku Khalsom sambil menambah ibunya membunyikan hon dan berfikir pemandu bas tersebut akan memperlahankan kenderaannya.
“Bagaimanapun, pemandu bas itu membalas balik hon mereka dan lebih teruk lagi, pemandu itu memasuki lorong kami dan memandu di depan kami.
Selepas ibunya berjaya memintas bas tersebut, dalam cubaan untuk “lari daripada orang gila yang berbahaya itu”, Tunku Khalsom berkata pemandu bas terus mengejar mereka, mencelah masuk dan keluar di antara kereta di belakang mereka seperti yang dapat dilihat dalam video.

Klip video itu juga menunjukkan pemandu bas itu menukar lorong berkali-kali tanpa memberi isyarat.
“Dia datang tepat ke belakang kami beberapa kali. Beliau cuba memintas kami, seperti saya tegaskan ibu saya perlahankan kereta dengan bayi saya di dalamnya tetapi pemandu bas itu berusaha untuk melintas kami.
“Kemudiannya dia memandu betul-betul di hadapan kami, sekejap-sekejap menekan brek dan tidak membenarkan kami memotongnya.
“Kami cuba beberapa kali untuk memintasnya, tetapi dia menghimpit kami hingga ke pembahagi lebuh raya,” kata Tunku Khalsom.
Video itu juga menunjukkan pemandu bas itu membuli keluarga Tunku Khalsom.
Tunku Khalsom berkata mereka berjaya mengelak daripada pemandu itu apabila tiba di plaza tol.
“Ini benar-benar jijik dan berbahaya, bagaimana orang sebegini dibenarkan memandu bas.
“Dia membahayakan nyawa penumpang dan semua orang di sekelilingnya, dan untuk apa? Hanya sedikit bunyi hon? Dia terang-terangan memandu dengan cara tidak selamat dan mengabaikan keselamatan orang di sekelilingnya,” katanya.
Mangsa juga sambil menggesa rakan dan orang ramai berkongsi video itu untuk memberi kesedaran mengenai sikap pemandu tidak bermoral itu.
Tunku Khalsom berkata dia dan ibunya memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan sedang menunggu jawapan.

Mampukah Amanah lolos ujian awal?

16 Mac 2017 | AHMAD LUTFI OTHMAN
Apakah Parti Amanah Negara (Amanah) bakal menemui kegagalan, mengulangi sejarah parti-parti serpihan Pas, misalnya Berjasa dan Hamim? Atau, mungkin ia terpaksa diserapkan ke dalam parti pembangkang yang lebih besar, contohnya digabungkan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR)?
Apakah Amanah akan diberi kepercayaan penuh oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Pas? Sedangkan, dalam masa sama kedudukan Pas sendiri belum diputuskan secara muktamad, terutama apabila PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) masih tidak berputus asa untuk terus berunding dengan pimpinan parti Islam itu walaupun menemui jalan sukar.
Ya, sebahagian memandang remeh dan rendah keupayaan Amanah. Ada pula yang masih belum memahami alasan mengapa ia perlu ditubuhkan, termasuk pihak yang dekat dengannya.
Lebih malang, parti baharu ini bukan saja berdepan tekanan elit penguasa - seperti lazimnya parti pembangkang - malah mencetuskan kecurigaan di kalangan parti rakan dan terus-menerus menerima tohmahan dan label negatif daripada Pas. Hatta nama rasmi parti, Amanah, juga diperolok-olokkan; sering dirujuk sebagai pengkhianat atau PAN, dengan istilah menyindir, parti kuali!
Tidak kurang yang mempersoalkan keupayaan Amanah untuk mempengaruhi pengundi Melayu, terutama di kawasan luar bandar dan penempatan Felda. Mungkin parti itu boleh mendapat tempat di hati pengundi kota, khususnya masyarakat Tionghua, tetapi sukar diterima pengundi Melayu di kampung tradisional.
Momentum penghijrahan ahli Pas ke dalam Amanah pula seperti tersekat, selepas gelombang pertama sejurus ia ditubuhkan.
Walaupun berjaya mewujudkan pangkalan di setiap kawasan Parlimen terutama di Semenanjung, tetapi jumlah keahliannya dipercayai tidak begitu meluas.
Pas pula mempamerkan aktivitinya, yang masih menerima kehadiran ramai, di samping permohonan menjadi ahli yang semakin bertambah setiap bulan.
Dr Mazlan AliDr Mazlan AliNamun, dalam masa sama, ramai penganalisis politik menyimpan harapan lebih besar terhadap potensi Amanah, sebuah lagi parti Islam di negara ini. Pensyarah kanan Perdana School, Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali, yang sering muncul di kaca TV mengulas isu-isu politik, mempunyai tanggapan tersendiri.
"Amanah parti yang sangat muda, justeru peluang perlu diberi untuknya berkembang seiring perkembangan masa. Meskipun Pas dan Umno adalah dua parti Melayu yang dominan, ini tidak bermakna Amanah tidak mempunyai kemampuan menguasai sokongan Melayu.
"Malah saya melihat ia mampu memikat beberapa segmen pengundi, misalnya Melayu bandar, Melayu semi bandar, Melayu berpendidikan, Melayu yg berkarakteristik mobile, Melayu yang menjiwai semangat Islam progresif dan golongan muda Melayu," ujarnya, dalam satu pertemuan, baru-baru ini.
Julai 2015, mengulas penubuhan Gabungan Harapan Baru (GHB) oleh pimpinan Pas yang tewas dalam muktamar parti di Kuala Selangor, yang kemudiannya menjadi tapak awal kepada Amanah, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Agus Yusof mengulas:
"Walaupun sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat, tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi kepemimpinan Umno sekarang, ada banyak ruang yang boleh digunakan oleh kumpulan progresif untuk menarik sokongan rakyat. Gunalah ruang itu sebaiknya."
Dr Agus turut kecewa dengan sikap dan pendirian politik pemimpin Pas yang ada.
"Tanpa kumpulan progresif ini, tiada lagi pemimpin Pas yang kelihatan merakyat dan memahami isu-isu semasa negara. Tiada lagi kenyataan menarik dari pemimpin Pas untuk mengulas isu Felda, GST, 1MDB dan lainnya," tambahnya.

Seorang lagi pensyarah, bergelar profesor madya mengaitkan Pas umpama tongkat kepada Perdana Menteri, yang memperkukuhkan kedudukan Najib Razak ketika dia hampir rebah, walaupun diselubungi pelbagai skandal mega.
"Jika Pas berada bersama grand coalition pembangkang, mungkin Najib sudah tumbang," katanya sambil menambah, "tapi Pas keliru untuk mengambil pendirian tegas."
Justeru, begitu ramai rakyat di luar sana, yang jumlahnya jutaan orang, kecewa untuk melihat satu kolisi yang mantap untuk menyaingi BN. Inilah masa terbaik untuk menyaksikan peralihan kerajaan, apatah lagi dalam masa sama Umno menghadapi krisis dalaman yang serius apabila Dr Mahathir Mohamad bertungkus-lumus, siang malam, berkempen menjatuhkan BN-Najib.
"Hala tuju politik Pas semakin sempit dan saya percaya politik bunuh diri Pas ini akan membuat mereka tersudut dalam arus utama politik tidak lama lagi, selain kehilangan sokongan orang Melayu," kata Dr Mazlan.
Istilah "politik bunuh diri" ini digunakan oleh ramai pengulas termasuk sarjana media, Dr Janet Steele, Universiti George Washington, merujuk perkembangan terkini Pas dan pembangkang di negara ini.
"Sejak 2008 saya perhatikan politik Malaysia ada harapan dan potensi yang baik, tetapi realiti sekarang agak mengecewakan," katanya dalam kunjungan ke Kuala Lumpur.
Menyanggah tohmahan bahawa Amanah sukar berkembang dan mungkin gagal mengisi kekosongan Pas, Dr Mazlan menyifatkan kewujudannya sama sekali berbeza dengan kewujudan parti serpihan Pas sebelumnya.
"Amanah wujud disebabkan pertembungan aliran pemikiran, idea dan fikrah dalam Pas. Pas berpecah kepada dua aliran iaitu aliran konservatif dan aliran progresif. Aliran progresif akhirnya membentuk Amanah.
"Amanah adalah satu gerakan berbentuk harakah dan tajdid, justeru ia bergerak dalam lingkungan menyeluruh iaitu dari akar (grassroot) hingga ke pucuk (kepimpinan). Ia berpotensi untuk survive lebih lama, sama seperti Pas dalam Umno dahulu, berpecah dan bergerak dalam aliran tersendiri, ideologi Islam," ujarnya sambil menekankan kewujudan Berjasa dan Hamim bukan disebabkan pertarungan aliran pemikiran tetapi survival pemimpin.
Kassim Muhamad (kiri) bersama Pak Samad
Ditanya justifikasi penubuhan Amanah, aktivis kebudayaan, Kassim Muhamad, yang juga antara pengasas Seniman Paksi rakyat (Paksi) berkata: "Punca utama penubuhan parti Islam yang baharu ialah kegagalan saf kepimpinan Pas menghayati prinsip berorganisasi yang telus, terbuka dan demokratik.
"Kita di luar Pas pun dapat merasakan bahawa ada agenda tersembunyi yang sengaja dibawa secara diam-diam. Ini adalah agenda Melayu-Islam yang sangat ketara. Pendekatan untuk tidur sekelambu dengan Umno sangat melukakan."
"Amanah perlu fokus kepada usaha mendapat sokongan rakyat dan bukannya melayan kebadutan Pas," tambah Kassim. "Amanah mesti terus mara dengan menjuarai isu-isu rakyat. Itu sudahpun dilakukan Amanah tapi ia mestilah ditingkatkan," ujarnya.
Menyentuh tanggapan bahawa orang ramai semakin tidak berminat dengan isu-isu politik dan kenegaraan, Kasim berkata, rakyat termasuk anak-anak muda sudah letih dan bosan dengan antiknya para politikus.
"Mereka tak lagi melihat orang politik sebagai mereka yang bersih dan bercakap benar. Amanah boleh perbaiki aspek ini," katanya.
Persepsi Pas tidak lagi menentang regim Umno atau seumpamanya sudah pasti dibantah majoriti kepimpinannya dan dianggap fitnah untuk memburuk-burukkan maruah parti Islam. Namun, tidak mudah menolak andaian itu jika merujuk hubungan selesa Umno-Pas dan dalam masa sama timbul pelbagai masalah dan kerenah antara Pas dengan oposisi lain.
Tarmizi Mohd Jam Tarmizi Mohd JamTarmizi Mohd Jam, Pengarah komunikasi Amanah Wilayah Persekutuan lebih suka berterus-terang tentang masa depan parti itu.
"Sambutan orang muda di KL sangat perlahan. Mungkin tiada tokoh anak muda yang terajui Amanah Wilayah. Tiada event gila-gila, menonjol ditampilkan. Tiada mobilisasi khusus ke arah tarik anak muda sertai Amanah. Pemuda sekadar menjaring ikan yang tersangkut lekat, hasil tidak lumayan," katanya.
Apa pun, menurut Tarmizi, berdasarkan kerja kuat ahli, keupayaan pimpinan negeri dan nasional, tidak mungkin Amanah senasib Berjasa dan Hamim.
"Teras Amanah didukung aktivis yang segar, kreatif dan inovatif. Sifat peduli juga jadi daya tarikan masyarakat.
"Namun ia bergantung kerusi yang diraih dalam PRU14 kelak. Jika sifar, ia ada kesan kepada kemurungan parti selepas itu. Amanah perlu pastikan kerusi tertentu yang boleh menang diberi fokus.
"Sudah tepu untuk mengharapkan ahli Pas sertai Amanah kecuali Pas secara terbuka isytihar bersama Umno," rumus Tarmizi sambil mengakui sedikit sekali penyertaan ahli Umno atau "orang atas pagar".
Ditanya hubungan Amanah dengan parti pembangkang lain di Wilayah Persekutuan, beliau mengakui hubungan ada sedikit tidak sihat dengan PKR gara-gara ada pihak mahu berbaik dengan Pas.

"Kami belum berjaya luncurkan Pakatan Harapan peringkat Wilayah. Harapnya dapat dibuat secepat mungkin, apatah lagi dengan penyertaan Bersatu," kata Tarmizi lagi.
Sementara itu Dr Mazlan menggariskan tiga cabaran besar Amanah. Ia mesti terus teguh mengukuhkan tahaluf siasi dengan parti-parti dalam blok pembangkang. Kedua, membuka pintu rundingan, mempertimbangkan apa juga cadangan yang baik, tetapi mesti menolak sebarang cadangan supaya Amanah tidak menyertai PRU14.
Dari segi pengembangan parti, kata Dr Mazlan, ahli dan pemimpin Amanah perlu menggandakan usaha menambah cawangan dan ahli.
"Sasaran utama Amanah adalah pengundi Melayu. Pengundi Melayu perlukan sentuhan (touching), tidak seperti kaum Cina. Perhatian perlu diberikan kepada golongan miskin bandar, tubuhkan pusat khidmat, one stop center, untuk menyantuni rakyat. Di luar bandar, ahli dan kepimpinan Amanah perlu sertai institusi rakyat seperti surau, masjid, persatuan dan agensi kerajaan," tambahnya.
Beliau juga melihat cabaran besar lainnya adalah serangan musuh Umno dan Pas- bahawa Amanah adalah proksi DAP.
"Persepsi ini diperkuatkan dengan tujuan untuk melemahkan sokongan orang Melayu kepada Amanah," tambah Dr Mazlan.
Sesungguhnya rintangan dan cabaran buat parti baru ini begitu sengit-kritikal. Amanah memang sebuah parti masa depan yang begitu menjanjikan, tetapi apakah ia mampu lolos ujian awal ketika ini, apatah lagi ia menjadi sasaran percubaan "bunuh" oleh pelbagai pihak?
Bersediakah parti-parti rakan memperuntukkan jumlah kerusi yang munasabah dalam PRU14 kepada Amanah? Apakah gabungan mega pembangkang kali ini tidak akan berlaku gejala "tikam belakang" bagi menampilkan kesatuan yang benar-benar mantap? Berjayakah impian satu logo direalisasikan, untuk memudahkan rakyat membuat keputusan menyokong satu-satunya parti lawan kepada BN?