Saturday, April 30, 2016

Video: Rakyat Sarawak diabai atau minda mereka dihina?

video
Jalan Ba'kelalan ke Long Semaduh
Ini transformasi Sarawak 53 tahun bersama BN

Huih......Tamrin, pedasnya!

Sabtu, 30 April 2016
Tamrin alukan Dr. Zul sertai Pas, berharap boleh jadi tabib 

Selepas dua tahun baru saya sedar Bekas ahli Pas, Tamrin Ghafar, mengalu-alukan penyertaan kolumnis Dr. Zulkifli Yaacob ke dalam Pas dan berharap boleh berperanan sebagai tabib yang akan mengubati segala jenis penyakit yang dihidapi beberapa pemimpin parti itu.

"Tindakan Dr. Zulkifli Yaakob bekas kolumnis Utusan menyertai PAS tidak menghairankan, beliau ikhlas," kata beliau dalam satu komen yang tersebar di media sosial.

"Saya, Tan Sri Mat Taib dan beberapa yang lain pun begitu juga, malah lebih dari itu, kami dilahirkan dalam keluarga Uumno. Kami memegang beberapa jawatan penting kerana Umno. "Kami sanggup tinggalkan Umno kerana kami begitu yakin dengan perjuangan Pas berlandaskan Al Quran," katanya.

Namun katanya, hanya selepas dua tahun beliau sedar apa sebenarnya perjuangan pemimpin-pemimpin khasnya Presiden Pas kini.

"Yang kami harap-harapkan selama ini, rupa-rupanya jauh dari perjuangan Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Nor dan ramai lagi yang telah pergi," katanya, 

"Sesungguhnya Allah SWT melihat sandiwara yang sedang dipertontonkan," tambahnya. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 4/30/2016 07:05:00 PTG 

Hina OKU: Rapelson Richard Hamit menjawab penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh ahli PAS

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi N26 Gedong, Rapelson Richard Hamit hari ini menjawab kritikan dan penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh ahli PAS, hanya kerana beliau seorang OKU.

Rapelson dengan rendah diri dan penuh budi bahasa mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghinanya itu dan menyatakan beliau tidak marah atau kecewa kerana menurut Rapelson, kecacatannya itu adalah "anugerah Tuhan", dan mereka yang mengenal Tuhan mereka, mereka tidak akan pertikaikan pemberian Tuhan.

"Walaupun saya cacat, tetapi saya tidak khianati rakyat. Bahkan saya telah membela rakyat," demikian tulis Rapelson.

"Bukan beribu ekar tanah yang saya kehendaki, tapi khidmat dan budi yang akan saya taburi," tambahnya.

Tulisan Rapelson itu adalah sebagai jawapan seorang ahli PAS bernama Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff yang katanya hujjah dari kitab Imam Mawardi, dimana dikatan kitab itu menyebut syarat untuk menjadi khalifah (atau pemimpin) mestilah sempurna anggota supaya tidak mengganggu tugas sebagai pemimpin dan melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau lalu memetik dari Al-Quran (tanpa menyebut ayatnya) syarat untuk menjadi pemimpin ialah Qowi (kuat, layat) dan Amin (amanah).

Beliau mempersoalkan AMANAH kerana mencalonkan Rapelson kerana menurutnya dengan mencalonkan OKU untuk tugas besar seperti wakil rakyat dianggap mengiktiraqf OKU atau membebankan mereka.

Pengarah Pendidikan Politik Pemuda AMANAH, Hasbie Muda menyatakan beliau amat terkejut kerana PAS yang mendakwa sebagai parti Islam bersikap seperti itu ke atas seorang hamba Allah S.W.T

“Terkejut saya bila ada ahli PAS pertikaikan tindakan AMANAH mencalonkan seorang OKU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Diguna nas al qawwi al amin serta petikan tulisan ulama untuk sokong hujahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbie berkata, apakah dia terlupa bekas Timbalan Yang Dipertua PAS satu waktu dahulu, Prof Zulkifli Muhammad juga seorang OKU.

Menurutnya, Zulkifli mengalami kecacatan pada kaki dan tangannya kesan penyakit polio yang dihidapi sewaktu kecil.

“Prof. Zulkifli dicalonkan untuk kerusi Bachok dan beliau menang.

“Mahu kritik pun berpada-padalah. Jangan selewengkan nas untuk menutup kejahilan kamu,” tegasnya.

Tulisan Mahyuddin itu juga telah mendapat kritikan hebat dari netizen yang bukan dari kalangan ahli AMANAH.

R.A.M.M. menulis di facebooknya,

Mamat Bodoh mana dok tafsir maksud Qawwi dan Al Amin itu pada tubuh Anggota tu.. ni lah kalau Jenis Khawarij.. tafsir ayat dan hadis pada maksud zahir ayat.. atau menafsirkan secara Literal.. Aku pun Selalu guna Hujjah Qawwi Al Amin.. tapi takda lah sebodoh mamat ni mengaitkan dgn Pencalonan Calon Amanah dari kalangan OKU.. kalau ikut tafsir mamat ni, PAS tak boleh lah ada Calon Perempuan.. Perempuan tak kuat mcm Lelaki..Cuba tanya Mamat ni, Sheikh Ahmad yassin dulu duduk atas Kerusi Roda.. mana dalil Qawwi Al Amin tu? Tok Guru Nik Aziz pun sakit.. Lemah.. mana tafsiran Qawwi Al Almin tu.. ni Nak Habaq mai.. Kalau Boleh jalankan Amanah..tak kira lah Fizikal dia mcm mana.. Qawwi itu pada Kebolehan memimpin.. bukan kekuatan Fizikal bro.. Karpal Singh dulu..Duduk atas Kerusi Roda..tapi masih boleh dok pergi Mahakamah.. Berlawan dalam parlimen.. Jgn badan sihat, tapi asyik ponteng candat Sotong.. Tu yg orang Panggi takda sifat Al Amin.. tu lah org tak amanah makan gaji Buta...  -  jamel cheka

Mejar Zaidi sertai DAP: Bagi aku tak kisah pun asalkan jangan nak berenang dalam tong taik, sudah!

Mejar Zaidi sertai DAP, tinggalkan AMANAH
Susan Loone     Hari ini, 2:01 tengahari
DAP Pulau Pinang mengumumkan kemasukan lapan anggota Melayu baru, dua sebelum ini daripada PAS dan seorang daripada Parti Amanah Negara (AMANAH), yang merupakan sekutu parti dalam Pakatan Harapan (HARAPAN).
Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow dan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, Wong Hon Wai membuat pengumuman itu hari ini.
Paling menonjol daripada lapan individu itu ialah bekas anggota Tentera Udara Malaysia Mejar Zaidi Ahmad yang sebelum ini menyertai PAS dan Amanah.
Zaidi, yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang, mula dikenali selepas membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu dakwat kekal semasa pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.
Beliau dipecat daripada tentera udara oleh mahkamah tentera pada tahun 2014 dan selepas itu menyertai PAS. Beliau kemudian meninggalkan PAS untuk menyertai AMANAH tahun lepas, selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.
Zaidi berkata beliau merasakan DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya, sambil menambah "yang paling penting, saya masih dalam HARAPAN".
"Jika penyertaan saya dalam DAP boleh membantu memecahkan persepsi anti-Melayu dan anti-Islam terhadap parti itu, akhirnya ia juga akan memberi manfaat kepada AMANAH, PKR dan HARAPAN secara keseluruhan," katanya.
'Ini adalah sebuah negara yang bebas'
Ditanya sama ada beliau telah memaklumkan kepada pemimpin partinya, iaitu Naib Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, Zaidi berkata:
"Di negara ini, setiap orang mempunyai hak dan kebebasan untuk menyertai mana-mana parti.
"Pemimpin-pemimpin AMANAH juga melakukannya selepas berhenti dari PAS," katanya berseloroh.
Zaidi berkata bagaimanapun, keahliannya di dalam AMANAH akan ditamatkan apabila menandatangani perjanjian dengan DAP.
Ketika dihubungi, Mujahid hanya berkata "Ini adalah sebuah negara yang bebas, AMANAH percaya dalam pilihan bebas.

Memang isu yang tidak boleh dinafikan........

Pilihanraya Sarawak: DAP-PKR tidak sekepala bukan cerita baharu - Penganalisis
Tan Su LinAstro Awani |  April 30, 2016 07:45 MYT


Pilihanraya Sarawak: DAP-PKR tidak sekepala bukan cerita baharu - Penganalisis
TAN: Kegagalan dalam memastikan pertandingan 'satu-lawan-satu' pada PRN Sarawak kali ini, katanya, ia bakal memberi satu pengajaran kepada pihak pembangkang. - Gambar fail
SIBU: Perbalahan antara parti PKR dan DAP berhubung isu pembahagian kerusi bertanding dan pertindihan pencalonan sewaktu pilihanraya bukanlah 'cerita' baharu yang tidak dijangka, khususnya di Sabah dan Sarawak, kata Pengurus Penyelidikan Merdeka Center, Tan Seng Keat.

Namun beliau menyifatkan konflik antara kedua parti pembangkang itu pastinya bakal memberi kesan kepada peluang pembangkang, khususnya dalam Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 kali ini.

Ia sekaligus menimbulkan persoalan sama ada tsunami politik seperti apa yang berlaku pada pilihan raya negeri 2011 mampu ulang?

"Sebenarnya di Sarawak, ini bukan isu baru sebab pada pilihan raya umum 2008, ketika itu walaupun di Semenanjung, parti-parti pembangkang dapat bersetuju memastikan untuk 'satu-lawan-satu' dengan calon Barisan Nasional (BN) tetapi di Sabah dan Sarawak kita melihat masih berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan parti pembangkang di banyak kawasan.

"Namun pada pilihan raya umum 2013, mereka berjaya bersetuju untuk 'satu-lawan-satu' di Sabah dan Sarawak. Konflik antara DAP dan PKR di Sarawak adalah suatu yang biasa," katanya yang ditemui Sibu.




Namun akibat kegagalan dalam memastikan pertandingan 'satu-lawan-satu' pada PRN Sarawak kali ini, katanya, ia bakal memberi satu pengajaran kepada pihak pembangkang apabila pengundi bertindak menghukum mereka pada hari mengundi nanti.

"Ini pastinya akan menjejaskan keyakinan pengundi. Mereka yang tidak berpuas hati dengan BN mungkin tidak akan keluar mengundi atau mereka akan kembali mengundi BN," katanya.

PRN Sarawak ke-11 menyaksikan pertindihan kerusi antara PKR dan DAP di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.



Sementara itu, hasil pemerhatiannya terhadap corak berkempen pada PRN Sarawak kali ini, Seng Keat menyifatkan bahawa intipati ceramah dan isu yang diketengahkan oleh semua calon parti bertanding adalah kurang memberangsangkan.

"Kempen untuk PRN Sarawak kali ini saya rasa ada sedikit membosankan di mana tidak ada banyak isu yang diketengahkan oleh calon parti bertanding, baik daripada BN mahupun pembangkang. Ini termasuk pembangkang tempatan seperti STAR atau calon bebas di mana mereka dilihat lebih cenderung kepada mengkritik calon-calon lain dan bukannya memberi penyelesaian contohnya bagaimana membangunkan Sarawak atau menyelesaikan isu-isu tempatan.

"Ini satu pemerhatian yang tidak begitu sihat kerana apa yang berlaku adalah ia mungkin akan menjejaskan pengundi apabila mereka keluar mengundi nanti, sebab tidak ada isu atau pemimpin yang memberangsangkan," katanya lagi.

Proses pengundian bagi 80 kerusi Dun Sarawak bakal berlangsung 7 Mei ini dengan dua lagi kerusi telah dimenangi calon BN tanpa bertanding pada hari penamaan calon pada Isnin.

Walau pun menyampah dengan tindakan Azmin namun cadangan ini agak keterlaluan

Cadangan Zaid buat S'gor dalam masalah - Penganalisis
Alyaa Alhadjri  -   29 Apr 2016, 10:33 pagi
Kerajaan Selangor akan bermasalah jika bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berjaya meyakinkan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang supaya meninggalkan gabungan dengan PKR, kata seorang penganalisis.


Namun, penganalisis Khoo Kay Peng berkata cadangan Zaid itu 'tidak masuk akal' dan tidak mudah seperti diperkatakan.

“Ini sebabnya dia (Zaid) bukan sebahagian daripada gabungan (Pakatan Harapan)... Dia tidak tahu bagaimana untuk uruskan (perbezaan dalam sesebuah gabungan).

“Dalam kes ini, kerajaan Selangor akan bermasalah,” kata Khoo kepada Malaysiakini.

Pakatan Harapan Selangor mempunyai 13 ADUN PKR, 15 daripada DAP dan dua lagi dari Parti Amanah Negara (AMANAH).

PAS, yang tidak bergabung dalam HARAPAN tetapi masih berada dalam kerajaan Selangor, mempunyai 12 ADUN.

Khoo diminta mengulas undangan Zaid yang mahu mengundang Lim ke sebuah majlis makan malam mewah bagi mengusulkan DAP meninggalkan HARAPAN.

Zaid, bekas menteri Umno yang pernah menyertai PKR, dilaporkan berkata gabungan bersama PKR-DAP tidak berkesan dalam pilihan raya umum ke-13 dan tidak berjaya dalam pilihan raya Sarawak.

DAP dan PKR kini bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas gagal menyelesaikan pengagihan kerusi.

Mengulas perselisihan kedua-dua parti itu, Khoo berkata PKR dan DAP patut sama-sama dipersalahkan dalam isu itu.

Katanya, kedua-dua parti harus menjaga pemimpin masing-masing dan menumpukan kepada agenda lebih besar.

“Setiap parti ada masalah sendiri untuk diselesaikan. Ia tidak semudah yang Zaid katakan. Malah kerjasama dengan AMANAH sahaja masih menjadi tanda soal, di segi sokongan akar umbi,” katanya.

Pada masa depan, kata Khoo, pembangkang patut sedar mereka tidak boleh terus mendendangkan kepada rakyat bahawa terdapat harapan untuk perubahan, kecuali pemimpinnya sendiri bersedia berubah

'Zaid terlalu cepat cadang kematian Pakatan Harapan'
Alyaa Azhar  -   Hari ini, 11:10 tengahari
  
Beberapa pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak memihak dengan cadangan bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim agar pakatan pembangkang dibentuk terdiri daripada hanya DAP dan AMANAH.

Ahli Jawatankuasa pusat AMANAH Khalid Samad percaya Zaid terburu-buru memberitahu pemimpin supremo DAP Lim Kit Siang supaya "melupakan pakatan pilihan raya sama sekali".

"Sedikit melampau untuk buat kesimpulan daripada pilihan raya negeri Sarawak yang pakatan antara PKR, DAP, dan AMANAH tidak lagi berbaloi," kata Khalid kepada Malaysiakini.

"Kita mesti memahami keadaan dan syarat-syarat di belakang pembentukan Pakatan Harapan dan kerumitan yang timbul," katanya sambil menambah gabungan itu berusia kurang setahun dan telah mendapat tentangan kepada pembentukannya.

Sambil mengakui tuntutan kerusi bertindih antara PKR dan DAP pada pilihan raya negeri Sarawak mengecewakan, Khalid bagaimanapun menegaskan keadaan di negeri ini adalah unik kerana kedua-dua pihak mempunyai tuntutan sama kuat di beberapa kerusi.

"Ini telah diakui sehinggakan apabila kita mahu membentuk Pakatan Harapan, terdapat beberapa cadangan supaya kita tunggu selepas pilihan raya negeri Sarawak dan ia meramalkan dengan betul akan ada pertembungan antara anggota Pakatan Harapan semasa pilihan raya ini, "kata Khalid.

Gabungan itu bagaimanapun tetap diteruskan kerana ia percaya masalah itu boleh diuruskan dan walaupun jika perkara itu berlaku, ia tidak bermakna Pakatan Harapan berakhir.

"Jadi, walaupun ia adalah satu kelemahan dan kesilapan, ia tak semestinya membawa maut. Melainkan sudah tentu, jika ada yang mahu menggunakannya sebagai alasan untuk membunuh gabungan itu, "katanya.

Paghok doh: Biar betul weh!

Mahfuz Omar dan Nasir Mustafa dilayangkan surat tunjuk sebab oleh Pas Kedah kerana sertai himpunan desak Najib undur.

Desak Najib undur, Pas kira salah? 
Pas susah hati Najib undur? 
Pas mahu Najib yang berlomoih terus kekal?

Demi Najib, Pas sanggup berbalah dengan dua orang wakil rakyatnya. 
Tabik spring untuk Pas. - Puteri Salsabila

2 wakil rakyat Pas diberi surat tunjuk sebab
WARTAWAN SINAR HARIAN - 27 APRIL 2016
Mahfuz OmarMahfuz Omar

ALOR SETAR - Dua wakil rakyat Pas diberikan surat tunjuk sebab susulan penglibatan mereka dalam aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) peringkat negeri ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Adun Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa dikatakan menerima surat berkenaan selepas tersebarnya poster program GSM yang akan berlangsung 1 Mei depan.

Setiausaha Pas Kedah, Musoddak Ahmad ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, di mana Badan Perhubungan Pas Kedah yang bermesyuarat baru-baru ini sepakat mahu kedua-dua wakil rakyat itu memberikan penjelasan atas pembabitan mereka dalam GSM.

“Surat berkenaan baharu sahaja dihantar dan kita beri tempoh seminggu untuk dijawab. Setakat semalam, Pas Kedah belum terima surat jawapan daripada kedua-duanya,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu dibuat berdasarkan kepada surat pekeliling Pas Pusat yang menghalang ahli partinya terlibat secara langsung dalam aktiviti atau program Amanah dan DAP.

“Berdasarkan kepada perkembangan politik semasa, Pas juga tidak benarkan ahlinya sertai Deklarasi Rakyat, namun tindakan Mahfuz dan Mohd Nasir secara terang-terangan beri komitmen kepada GSM, menyalahi prinsip parti,” katanya.

Musoddak berkata, poster yang memaparkan Mahfuz dan Mohd Nasir bersama pimpinan Amanah, DAP dan Team B Umno, jelas membuktikan penglibatan dua wakil rakyat Pas itu, dan tindakan wajar diambil.

Sementara, Mohd Nasir ketika dihubungi berkata, sehingga semalam belum menerima surat dimaksudkan, namun berlapang dada untuk memberikan maklum balas.

“Saya tetap ahli Pas, walaupun saya sokong apa yang diperjuangkan dalam Deklarasi Rakyat yang digerakkan bawah GSM yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disingkirkan,” katanya.

Menurutnya, tindakannya bersetuju dengan perjuangan GSM tidak menyebabkan dirinya terkeluar dari Pas, berikutan hanya bersetuju dengan agenda jatuhkan Najib.

“Sebagai wakil rakyat yang membawa suara rakyat, saya berasakan perlu untuk kita gembleng kesepakatan ini sehingga pilihan raya supaya rakyat bersedia. Pembangkang dari pelbagai parti mahu lawan BN, itu yang dipersetujui,” katanya.

Mohd Nasir menegaskan, perjuangannya tetap dengan Pas, namun menyokong GSM kerana itu yang rakyat mahukan.

“Satu minit pun saya tidak bersetuju jika Najib dikekalkan. Isu 1MDB dikaitkan dengan beliau sudah lama berlarutan dan perlu diselesaikan segera, namun jawapan yang diberikan beliau tidak memuaskan hati,” katanya.

Menurutnya, inilah yang perlu diperjuangkan rakyat, bukannya memberi tumpuan kepada isu remeh.

Mahfuz ketika dihubungi bagaimana pun enggan mengulas buat masa ini

# PAS Pusat sembunyi tangan ke?

Stabilkan Kerajaan Terengganu demi rakyat - Rafizi Ramli

30 APRIL 2016

UMNO KERAJAAN MINORITI TERENGGANU, JAMINAN TIDAK ADA UNDI TIDAK PERCAYA DARI PAS SEHINGGA PRU14

Sebagai anak jati Terengganu, saya mengikuti dengan teliti perkembangan politik Terengganu yang terus bergolak sejak dua tahun lepas. Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan YB Azan Ismail (ADUN Bandar), Pengerusi KEADILAN Terengganu dan YBM Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Terengganu), Pengerusi AMANAH Terengganu.

Hakikatnya ketidakstabilan politik di Terengganu yang berpunca dari perpecahan dalaman Umno Terengganu yang parah akan terus memangsakan rakyat Terengganu yang masih lagi rata-ratanya membawa pulang pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan.

Kalau pun pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu tidak bergolak seperti sekarang, Kerajaan Negeri Terengganu berhadapan dengan cabaran getir menguruskan pentadbiran negeri bila mana sebahagian besar sumber kewangannya menguncup serta merta akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Terengganu sudah biasa dengan peruntukan melebihi RM2 bilion setiap tahun kerana hasil royalti minyak dan gas yang tinggi. Saya tidak pasti bagaimana Kerajaan Negeri Terengganu boleh mengubah pola perbelanjaan dengan serta merta apabila hasil pendapatan menurun berlipat kali ganda.

Dengan pergolakan dalaman Umno yang berterusan sebegini, Kerajaan Negeri Terengganu terus terkontang-kanting yang akhirnya memangsakan rakyat Terengganu sendiri.

Walaupun Pakatan Harapan mempunyai pengaruh yang besar di Pantai Barat, saya mengakui bahawa suasana politik di Terengganu lebih banyak ditentukan oleh Umno dan PAS yang sama kuat. Kedudukan di Dewan Undangan Negeri Terengganu kini iaitu 16 Umno, 14 PAS, 1 KEADILAN dan 1 ditafsirkan bebas (Dato’ Seri Ahmad Said kerana beliau dinafikan peruntukan oleh Kerajaan Negeri) menyebabkan kemelut pentadbiran di Terengganu hanya boleh diredakan buat sementara waktu oleh Umno dan PAS sahaja.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya pimpinan Umno dan PAS di Terengganu mempertimbangkan supaya Umno terus membentuk Kerajaan Negeri tetapi berfungsi sebagai kerajaan minoriti. Walaupun ia kerajaan minoriti, pentadbiran Umno di Terengganu boleh kekal stabil dengan syarat blok kedua terbesar iaitu PAS memberi jaminan ia tidak akan membuat sebarang undi tidak percaya kepada pentadbiran Umno itu sehinggalah Pilihanraya Umum 14 (PRU14) kelak.

Sebagai menghargai politik matang yang ditunjukkan oleh PAS Terengganu itu, saya mencadangkan supaya kerajaan minoriti Umno di Terengganu memberi sedikit peruntukan kepada wakil-wakil rakyat bukan Umno agar semua rakyat mendapat khidmat yang baik dari wakil rakyat masing-masing.

Saya telah berbincang dengan YB Azan Ismail dan merasakan ia satu pendekatan yang boleh dipertimbangkan untuk mengurangkan ketidaktentuan politik pada kala pentadbiran negeri perlu menumpukan kepada usaha-usaha menambah hasil.

Pun begitu, parti-parti KEADILAN, AMANAH dan DAP yang membentuk Pakatan Harapan Terengganu sedar bahawa Dewan Undangan Negeri boleh dibubarkan bila-bila masa. Oleh yang demikian, satu program mempersiapkan jentera Pakatan Harapan Terengganu yang melibatkan lebih 40 orang pimpinan pusat Pakatan Harapan akan digerakkan di kesemua 32 DUN pada 3 dan 4 Jun 2016 ini. Jentera dan siapsiaga pilihanraya negeri (PRN) juga akan dilancarkan pada hujung minggu itu oleh pimpinan-pimpinan Pakatan Harapan dari Pusat dan negeri.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Dah terlondeh pun: Tak payah nak konarlah Izzah weh!

KENYATAAN NURUL IZZAH HANYA CAKAP-CAKAP ORANG POLITIK

Nurul Izzah berkata PKR akan mencari dalang yang menyebabkan PKR dan DAP bertembung selepas PRN Sarawak.

Bukankah Azmin Ali sudah membuat pengakuan bahawa beliau yang memberi kebenaran kepada PKR Sarawak untuk menandatangani watikah tersebut. Bukankah sudah terang lagi bersuluh di sebalik kenyataan beliau sudah tersebar di seluruh alam maya media siber.

Siapa lagi dalang tersebut jika bukan Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.? Cumanya para pemerhati politik melihat pimpinan PKR tentunya akan teragak-agak untuk mengambil tindakan keatas Azmin selaku orang nombor dua di dalam PKR. Apatah lagi kartel Azmin di lihat mendominasi keseluruhan dalaman PKR.

Sebenarnya Nurul Izzah sendiri pun tahu hatta semua rakyat serta penyokong sudah tahu tetapi kenyataan beliau seolah-olah ingin menudung bangkai gajah dengan nyiru atau dengan kata yang lain sengaja hendak bermain wayang pada pada pandangan penyokong dan ahli.

Selesai PRN Sarawak 07 Mei 2016 hilanglah agaknya segala pendakwaan dan isu kerusi bertindih mainan kartel. Imej PKR tercalar teruk angkara permainan ini kerana kegagalan mereka mengikut janji. Jika kerbau di pegang dengan tali manakala manusia berpegang teguh dengan janji. Malangnya PKR tidak memegang janji.

Sebagai individu yang menyakini ajaran Islam tentunya mengetahui serta mendalami siapakah ciri-ciri orang yang mungkiri janji. Siapakah gerangan yang di herdik dalam Islam kerana memungkiri janji meskipun kepada bukan Islam. Contoh serta tauladan kepada mereka amat buruk sekali.

Sehingga kini Presiden PKR masih diam membisu seribu bahasa. Agaknya agak sukar dari mana hendak bermula penyelesaian ini. Kenapa harus menanti setelah selesai PRN Sarawak sedangkan semua sedia maklum kenyataan Anwar Ibrahim menggesa agar isu ini di selesaikan dengan segera sebelum pembuangan undi.

Mari kita soroti punca kejadian tersebut. Pihak PKR mengajak DAP membuat keputusan tuntutan bertindih DUN-DUN tersebut melalui polling Merdeka Center. Khidmat Merdeka Center bukannya percuma malah di berikan bayaran. Hasilnya mendapati peratusan rakyat di lapangan lebih memihak kepada DAP. PKR sendiri akur dengan keputusan tersebut.

Mengapa pula PKR mengambil langkah U-turn untuk menggadaikan prinsip persepakatan dalam Pakatan Harapan serta janji dengan meletakkan calon.? Di sinilah di perlihatkan bahawa Azmin Ali serta kartelnya adalah bebanan buat parti. Mengekalkan Azmin umpama mengekalkan musang berbulu ayam di dalam reban.

Admin
~#UAA_SUPPORTERS

TMJ tibai penyembah manusia......

Anda Sepatutnya Sembah Tuhan & Berkhidmat untuk Rakyat, Bukan Sembah PM & Berkhidmat untuk Rakyat - TMJ
Johor, 29 April - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengkritik beberapa pemimpin menerusi satu temuramah ekslusif portal Straits Times(ST) baru-baru ini.

ST menemuramah TMJ berkenaan pendirian beliau dengan keadaan politik di Malaysia dan di mana pendirian Johor tentang perkara ini.

Di dalam video tersebut, TMJ mengkritik mentaliti beberapa pemimpin dan juga kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka.

"Kamu boleh tengok orang-orang yang mewakili negara saya?", tanya TMJ kepada wartawan.

"Saya tak ada rahsia mengenai perkara itu. Kamu boleh lihat mentaliti mereka, kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan

"Anda(pemimpin) sepatutnya sembah Tuhan dan berkhidmat untuk masyarakat, bukan sembah PM dan berkhidmat untuk masyarakat", tegas TMJ.

"Kemudian saya mula terfikir, Oh Tuhan, kita di tempat yang sama(Malaysia). Apa yang akan berlaku pada Johor di masa hadapan? Apa yang akan berlaku pada rakyat Johor di masa hadapan?", kata TMJ sambil berkata beliau berharap agar perkara ini berubah satu masa nanti.

"Jika saya tak boleh ubah apa yang berlaku di atas sana, saya lebih selesa perbetulkan beberapa perkara di sini ", sambung beliau lagi.

TMJ juga turut berkata mereka yang mencemuh inisiatif-inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Johor sebagai 'takutkan bayang sendiri'.

"Sejujurnya, ramai yang akan berkata, Ooo Johor akan datang dengan bank mereka sendiri, tentera mereka sendiri blablabla itu dan ini

"Saya rasa orang-orang ini adalah mereka yang takutkan bayang-bayang sendiri

"Kerana jika anda benar-benar membuat analisa dengan betul, kami cuma mahu memberi khidmat kepada rakyat dengan sebaiknya", kata TMJ.

Video temuramah berdurasi 3 minit 31 saat itu boleh ditonton dibawah:

- sumber

Khianat guna hantu?

Unsur khianat punca histeria
HABSAH ISMAIL - 29 APRIL 2016
Unsur khianat punca histeria

KOTA BHARU - Semua lokasi panas diperiksa.  Memang sah ada 'sesuatu' yang mengganggu! Malangnya, ia bukan gangguan biasa namun berbaur unsur pengkhianat hingga menimbulkan huru-hara histeria melibatkan lebih 45 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, baru-baru ini.

Pendedahan itu dibuat Pengerusi Persatuan Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya, sepanjang tiga hari berkampung merawat situasi 'panas' histeria dipercayai akibat gangguan jin lebih dua minggu lalu.

“Kami sembilan anggota Darussyifa' Kelantan ke sana kira-kira jam 6 petang Ahad (dua minggu lalu) dan setelah memeriksa beberapa tempat termasuk di tangga pejabat bilik pengetua, di pejabat, kawasan bilik penolong kanan (PK), tingkat tiga dan lima yang dikatakan lokasinya, memang diakui ada ‘benda’ (jin) ada di situ apabila kami meremang bulu roma, maknanya ‘ia’ ada di situ.

“Saya pergi sendiri, jadi saya tidak menolak kemungkinan masalah ini berunsurkan pengkhianatan yang dianggap menambahkan keadaan huru-hara dan sehingga kini (semalam), kejadian histeria masih berlaku,” dedahnya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Katanya, apa yang pelik, histeria itu bukan sahaja melibatkan pelajar perempuan, sebaliknya pelajar lelaki dan guru pun turut sama terkena gangguan apabila mereka menjerit sehingga keadaan menjadi tidak terkawal, juga berjangkit kepada pelajar lain.

“Petang berkenaan juga kami merenjis air bacaan rukyah di tempat yang disyaki dan setelah dirawat, jumlah pelajar yang dirasuk  berkurangan dari 45 orang kepada dua hingga tiga orang sahaja. Alhamdulillah… cuma ia masih berlaku sehingga sekarang (semalam).

“Jarang guru terkena histeria, sebab itulah kami tidak menolak kemungkinan ia adalah perbuatan pengkhianatan bertujuan untuk melemahkan pentadbiran sekolah, sebab itulah kes ini berlarutan dan selagi ia tidak dirawat, selagi itulah ia tidak tenang,” katanya.

Kata beliau, tempoh rawatan Darussyifa’ sekiranya melebihi tiga hari, sepatutnya keadaan menjadi damai semula, namun di sekolah itu, pihaknya mendakwa ada yang menjalankan ‘top up’ (cubaan menambah kuasa gangguan) untuk terus menjadikan sekolah itu huru-hara.

Cuaca panas penyumbang

Berhubung dengan keadaan cuaca panas berikutan fenomena El-Nino, Zaki berkata, beliau juga tidak menolak faktor tersebut penyumbang sampingan kepada berlakunya keadaan histeria tersebut.

“Cuaca panas juga menjadi faktor pelajar histeria iaitu apabila keupayaan badan lemah, ia memudahkan jin masuk ke dalam badan,” katanya.

Katanya, berdasarkan pengalamannya juga, kes histeria juga biasanya banyak berlaku pada tahun genap berbanding  tahun ganjil.

“Jin suka pada tahun genap dan kenyataan ini dibuat berdasarkan pengalaman serta rekod kami semasa merawat, contohnya pada 2014, kes paling besar berlaku di SMK Padang Enggang dan tahun 2016 ini di SMK Pengkalan Chepa.

“Wallahuaklam, itu teori sahaja berdasarkan rekod rawatan kami dan jin memang diarahkan berada di satu-satu tempat,” katanya.

Katanya, rawatan histeria dan gangguan di SMK Pengkalan Chepa 2 itu akan diadakan secara berterusan dan berharap masalah itu akan reda sebaik-baiknya.

Beberapa lokasi di kawasan pejabat, bilik pengetua, bilik PK dan dataran perhimpunan menjadi tempat tumpuan gangguan di SMK Pengkalan Chepa 2.

ALLAH turun ujian

“ALLAH nak naikkan taraf keadaan di SMK Pengkalan Chepa 2, sebab itulah ALLAH turunkan ujian kepada warga sekolah berkenaan.

Zaki berkata, ujian berkenaan memang ALLAH sudah tetapkan melalui sumber lain yang kita tidak tahu, ALLAH mahu menaiktaraf mereka yang duji sama ada di  kawasan rumah atau sekolah.

“Sebelum ini, sekolah itu mungkin tidak menonjol dari sudut pandangan orang, namun selepas kejadian histeria, ujian yang ALLAH SWT turunkan itu adalah untuk menaik taraf, kita pun sama, kalau ALLAH mahu mengangkat taraf lebih tinggi, Dia akan beri dan biasanya ujian berkenaan mampu ditangani dan boleh dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan rawatan susulan dalam usaha meredakan histeria yang masih berlaku secara berkurangan di SMK Pengkalan Chepa 2, di sini.

Zaki berkata, dengan ujian tersebut, sekolah itu menjadi tumpuan, terkenal dan tersebar, malah hasilnya akan menambah kebaikan atau kemuliaan, sama ada dalam tempoh cepat atau lambat.

 Kata beliau, pihak sekolah diminta menangani ujian terbabit secara positif, jangan berfikir negatif malah pihaknya akan menangani masalah itu dengan memberi perlindungan supaya tidak berulang pada masa akan datang.

Ciss.........betapa bengong dan angkuhnya ahli PAS ini, tak padan dengan kopih bertenggek di kepala!

Rapelson Jawab Ahli PAS Yang Hinanya Kerana Cacat...

Calon Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi N26 Gedong, Rapelson Richard Hamit hari ini menjawab kritikan dan penghinaan yang dilemparkan kepadanya oleh ahli PAS, hanya kerana beliau seorang OKU.

Rapelson dengan rendah diri dan penuh budi bahasa mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghinanya itu dan menyatakan beliau tidak marah atau kecewa kerana menurut Rapelson, kecacatannya itu adalah "anugerah Tuhan", dan mereka yang mengenal Tuhan mereka, mereka tidak akan pertikaikan pemberian Tuhan.

"Walaupun saya cacat, tetapi saya tidak khianati rakyat. Bahkan saya telah membela rakyat," demikian tulis Rapelson.

"Bukan beribu ekar tanah yang saya kehendaki, tapi khidmat dan budi yang akan saya taburi," tambahnya.

Tulisan Rapelson itu adalah sebagai jawapan seorang ahli PAS bernama Mohd Mahyuddin Mohd Yusoff yang katanya hujjah dari kitab Imam Mawardi, dimana dikatan kitab itu menyebut syarat untuk menjadi khalifah (atau pemimpin) mestilah sempurna anggota supaya tidak mengganggu tugas sebagai pemimpin dan melaksanakan tugas dengan berkesan.

Beliau lalu memetik dari Al-Quran (tanpa menyebut ayatnya) syarat untuk menjadi pemimpin ialah Qowi (kuat, layat) dan Amin (amanah).

Beliau mempersoalkan AMANAH kerana mencalonkan Rapelson kerana menurutnya dengan mencalonkan OKU untuk tugas besar seperti wakil rakyat dianggap mengiktiraqf OKU atau membebankan mereka.

Pengarah Pendidikan Politik Pemuda AMANAH, Hasbie Muda menyatakan beliau amat terkejut kerana PAS yang mendakwa sebagai parti Islam bersikap seperti itu ke atas seorang hamba Allah S.W.T

“Terkejut saya bila ada ahli PAS pertikaikan tindakan AMANAH mencalonkan seorang OKU dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Diguna nas al qawwi al amin serta petikan tulisan ulama untuk sokong hujahnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hasbie berkata, apakah dia terlupa bekas Timbalan Yang Dipertua PAS satu waktu dahulu, Prof Zulkifli Muhammad juga seorang OKU.

Menurutnya, Zulkifli mengalami kecacatan pada kaki dan tangannya kesan penyakit polio yang dihidapi sewaktu kecil.

“Prof. Zulkifli dicalonkan untuk kerusi Bachok dan beliau menang.

“Mahu kritik pun berpada-padalah. Jangan selewengkan nas untuk menutup kejahilan kamu,” tegasnya.

Tulisan Mahyuddin itu juga telah mendapat kritikan hebat dari netizen yang bukan dari kalangan ahli AMANAH.

R.A.M.M. menulis di facebooknya, 
Mamat Bodoh mana dok tafsir maksud Qawwi dan Al Amin itu pada tubuh Anggota tu.. ni lah kalau Jenis Khawarij.. tafsir ayat dan hadis pada maksud zahir ayat.. atau menafsirkan secara Literal.. Aku pun Selalu guna Hujjah Qawwi Al Amin.. tapi takda lah sebodoh mamat ni mengaitkan dgn Pencalonan Calon Amanah dari kalangan OKU.. kalau ikut tafsir mamat ni, PAS tak boleh lah ada Calon Perempuan.. Perempuan tak kuat mcm Lelaki..Cuba tanya Mamat ni, Sheikh Ahmad yassin dulu duduk atas Kerusi Roda.. mana dalil Qawwi Al Amin tu? Tok Guru Nik Aziz pun sakit.. Lemah.. mana tafsiran Qawwi Al Almin tu.. ni Nak Habaq mai.. Kalau Boleh jalankan Amanah..tak kira lah Fizikal dia mcm mana.. Qawwi itu pada Kebolehan memimpin.. bukan kekuatan Fizikal bro.. Karpal Singh dulu..Duduk atas Kerusi Roda..tapi masih boleh dok pergi Mahakamah.. Berlawan dalam parlimen.. Jgn badan sihat, tapi asyik ponteng candat Sotong.. Tu yg orang Panggi takda sifat Al Amin.. tu lah org tak amanah makan gaji Buta...

Dicatat oleh Green Boc di 10:17 PTG  

Larangan ini hanya dikuatkuasakan ke atas pembangkang sahaja!

Pilihan Raya Sarawak BN ingkari larangan berpolitik dalam masjid
Posted on Friday, April 29 @ 18:03:52 MYT by paktam

Nampaknya seruan agar masjid tidak digunakan sebagai medan untuk berpolitik dipandang sepi oleh BN dan PBB

Pada tarikh 27 April 2016 lepas di masjid At Taqwa Kampung Pinang Jawa, P.Jaya, Kuching jelas membuktikan BN dan PBB tidak pernah akur dengan seruan mereka sendiri untuk tidak menggunakan masjid menjadi medan untuk berpolitik.

Ahli Jawatankuasa Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita telah bersikap double-standard dan bagai kerbau dicucuk hidung di atas tindakan mereka.

Sekiranya pihak pembangkang khususnya PAS yang ingin mengadakan program di masjid, sudah tentu awal-awal lagi tidak akan dibenarkan.

Jika seorang penceramah yang bercakap dalam masjid berkaitan hukum-hakam, dosa pahala atau yang membabitkan pemerintahan sudah semestinya penceramah itu akan dicop pro-pembangkang.

Cikgu Shokri Haji Fauzi 
Jumaat, 29 April 2016

Friday, April 29, 2016

Pengakuan Arul Kanda: Ada sesiapa yang berkaitan nak jawab?

Pengakuan Arul Kanda: KPN, SPRM, Peguam Negara, Menteri Kabinet tolong jawab
 | DALIA ISMAIL
Arul KandaArul Kanda
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendesak supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Peguam Negara dan menteri kabinet menjawab pengakuan Arul Kanda Kandasamy mengenai berlakunya unsur penipuan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu berkata dengan perkembangan terkini yang mana Arul Kanda selaku Presiden /Pengarah Eksekutif 1MDB yang dulunya buat pelbagai penafian salah laku 1MDB telah mengaku ujudnya unsur-unsur penipuan di dalam urus-tadbir syarikat bermasalah tersebut.
"Jadi kini saya nak tanya ketua polis negara, peguam negara, sprm serta semua' kaki-kaki bodek' dan menteri-menteri bangang Umno, apa macam?
"Selama ini siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong dalam kes skandal kewangan yang terbesar di negara kita sudah muncul secara amat jelas.
" Apa macam... Salleh Tun Said Kruak, Azlina Othman Said, Rahman Dahlan, Ahmad Maslan, Tengku Adnan Mansor, Nazri aziz, Mustapha Mohamad, Annuar Musa, Shabery chik, Puad Zarkashi, Shahril Samad, Rahim Tamby Chik, Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu Kawan dan beberapa lagi 'kaki bodek' pemimpin-pemimpin di dalam Umno.
"Apa yang saya perjuangkan selama ini adalah untuk selamatkan wang kerajaan serta duit rakyat dari diselewengkan. Saya lah yang nak selamatkan ekonomi negara bukan untuk sabotajnya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Justeru katanya lagi, Najib selaku perdana menteri, menteri kewangan dan penasihat lembaga penasihat syarikat 1MDB mesti bertanggungjawab dalam kes penyelewengan yang berlaku.
Walaupun apa juga alasan yang  Arul Kanda beri ujarnya, perlu bertanggungjawab .
"Arul Kanda  selama ini telah menipu seluruh rakyat. Mereka yang mengkhianati amanah rakyat mesti diambil tindakan undang-undang tanpa belas kasihan." ujarnya.
Khairudin berkata dengan  pengakuan daripada Arul Kanda selaku Ketua Eksekutif 1MDB telah membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkannya terhadap 1MDB sebelum ini, adalah betul sehingga beliau didakwa di bawah Akta Sosma pada 2014 lalu.
"Saya telah ditangkap oleh pihak polis dan didakwa di bawah Akta Sosma dan ditahan di lokap Ibu pejabat polis Dang Wangi selama 24 hari seterusnya di penjara Sungai Buloh selama lima minggu.
"Ketua polis negara kata saya ditangkap kerana cuba sabotaj ekonomi negara. Manusia kerdil macam saya pada hakikatnya mampukah nak sabotaj ekonomi negara?
" Orang yang buat laporan polis ditangkap tetapi kalangan yang dilaporkan serta disyaki terlibat dengan unsur-unsur jenayah tidak disiasat," ujarnya.
Menurut beliau laporan polis yang pernah dibuatnya mengenai 1MBD dua tahun lalu masih lagi tidak mendapat sebarang hasil siasatan dilakukan.
"PDRM dan pejabat peguam negara telah mendakwa saya di bawah akta Sosma sehingga kini pihak pejabat peguam negara masih merayu di mahkamah untuk mengenepikan keputusan mahkamah tinggi yang telah membebaskan saya dari akta itu.
"Kes masih lagi berjalan sehingga hari ini." ujarnya.
Tidak berdendam
Khairuddin Abu HassanKhairuddin Abu HassanDalam apa jua keadaan sekalipun yang berlaku Khairuddin berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap kerajaan masa kini.
"Walaupun kerajaan masa kini telah menganiayai saya selama ini saya tidak pernah berdendam malahan amat bersyukur pada Allah SWT yang sedang menunjukkan kebenaran
" Satu demi satu telah terbuka dan kebenaran mutlak akan muncul dalam sedikit masa lagi!! Insya-Allah.
"Walaupun terpaksa merintis pelbagai dugaan serta cabaran yang paling hebat dalam sejarah hidup saya; perjuangan ini akan tetap diteruskan sehingga semua pihak yang terlibat dalam kes skandal 1mdb dan mana-mana penjawat awam yang berkonspirasi untuk melindungi kes penyelewengan kewangan yang terbesar di negara kita ini semuanya ditangkap ataupun tertangkap.
"Sudah sampai masanya keseluruhan rakyat bangun secara sepadu untuk lawan rasuah di negara kita. Rasuah bakal rosakkan keselurahan bangsa, agama dan tanahair kita yang tercinta ini.
"Sebab itulah keseluruhan 30 juta rakyat malaysia kena sokong Deklarasi Rakyat yang ditunjang Dr Mahathir dengan semua pemimpin-pemimpin lain dari pelbagai parti-parti politik, ngo-ngo serta gerakan anak muda kearah untuk Selamatkan Malaysia," ujar Ahli Jawantan kuasa Sekretariat/Koordinator Pusat Selamatkan Malaysia.
Arul Kanda dakwa media salah lapor
Dalam satu kenyataan baru-baru ini Arul Kanda mendakwa akan kegagalan 1MDB membayar US 1 billion (RM 3.9 billion) kepada IPIC (International Petroleum Investment Company – Abu Dhabi), syarikat yang menjamin hutang 1MDB.
Mengikut IPIC syarikat bernama Aabar PJS Ltd (British Virgin Islands) yang menerima bayaran dari 1MDB bukanlah miliknya walaupun IPIC mempunyai sebuah syarikat dengan nama yang hampir sama, iaitu Aabar PJS Ltd.
Sebaliknya Arul Kanda semalam menafikan beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Arul Kanda dipetik berkata, 1MDB tidak pernah 'mengaku berlaku penipuan' sepertimana yang didakwa oleh pelbagai personaliti dan seterusnya disalah lapor oleh media tertentu.
"Apa yang saya katakan ialah, berikutan kandungan kenyataan Pejabat Peguam Negara Switzerland pada 12 April 2016, 1MDB kini terbuka kepada kemungkinan penipuan, itu tidak boleh diketepikan," katanya dalam satu kenyataan lapor Bernama.
Semalam Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya juga berkata penipuan yang dilapor oleh media cetak dan elektronik sebelum ini di seluruh dunia diakui benar oleh Arul Kanda. Arul Kanda walaupun akan cuba membetulkan yang salah tetapi benang basah sukar ditegak selepas pengakuan olehnya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mengeluarkan kenyataan yang sama di mana beliau mendesak Arul Kanda menceritakan perkara sebenar susulan daripada kenyataanya sebelum meletakkan jawatan.
Dilaporkan, Arul Kanda akan meletakkan jawatannya di dalam 1MDB selepas segala urusannya di dalam syarikat kontroversi itu selesai.

Status karektornya ‘pengkid’ dan ‘wanitanya’: Jadikan Azalina panas punggung? .

Usul tolak Azalina calon PRU 14 babit 8 ketua cawangan di Penggerang
 | DALIA ISMAIL
Samudin KambaliSamudin KambaliSebanyak lapan cawangan di Bahagian Umno Penggerang mengemukakan usul menolak Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai calon Pilihanraya Umum ke-14 kelak.
Usul menolak Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Penggerang itu, oleh ketua-ketua cawangan adalah usul baru yang dikemukakan peringkat cawangan di negeri Johor dalam persidangan mesyuarat ketua cawangan di bahagian itu.
Setiausaha Kerja Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Johor, Samudin Kambali berkata, usul menolak Azalina bukan sahaja dibuat oleh ketua cawangan Felda Semenchu sebaliknya dakwa beliau, membabitkan tujuh lagi cawangan di bahagian sama.
“Selain Felda Semenchu ada tujuh cawangan lain turut menolak Azalina.
“Ini kerana beliau gagal memainkan peranannya sebagai seorang Ahli Parlimen Penggerang selama dua penggal.
"Azalina juga adalah seorang pemimpin yang mempunyai dua status karektornya ‘pengkid’ dan ‘wanitanya’ .
“Status pengkidnya amat sukar diterima oleh masyarakat di kawasan pendalaman di Pengerang.
“Lapan cawangan itu merayu BN tidak calonkan Azalina pada PRU 14 dan mohon mencalonkan pemimpin Melayu lain.
“Maknanya dua statusnya itu yang amat sukar difahami oleh segelintir orang kampung,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Samudin juga berkata, Azalina kurang memberikan tumpuan kepada kawasannya.
"Tiada apa kemudahan pun yang terdapat untuk rakyat di kawasan yang dipimpinnya.
"Malah beliau juga jarang hadir ke majlis yang diadakan di Pengerang bersama rakyat," dakwanya.
Beliau diminta mengulas mengenai tersebarnya kertas usul Persidangan Tahunan Umno Cawangan Felda Semenchu 2016 yang diviralkan sejak beberapa hari lalu.
Samudin berkata, jika lapan ketua cawangan menolak Azalina ia boleh dianggap sesuatu yang serius terutama membabitkan karektor menteri di jabatan perdana menteri itu.
“Lapan ketua cawangan di Penggerang turut kemuka usul tolak Azalina maknanya perkara yang amat seriuslah tu,” ujarnya.
Datuk Seri Azalina Othman SaidDatuk Seri Azalina Othman SaidDifahamkan usul sama turut dibuat oleh Cawangan Penggerang dalam mesyuarat ketua cawangan pada 22 April dan usul yang dibawa Umno Cawangan Felda Semenchu pula bersidang pada 26 April lalu manakala enam cawangan lagi yang mengemukakan usul sama tidak didedahkan.
Bahagian Penggerang mempunyai 30 cawangan yang mana difahamkan 15 cawangan telah mengemukakan usul menyokong Muhyiddin dan meminta Majlis Tertinggi Umno membatalkan pengantungan jawatan Timbalan Presiden Umno itu serta mendesak Najib berundur.
Cawangan turut membawa usul lain antaranya menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin.
Usul menyokong kepimpinan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mengusulkan Majlis Tertinggi Umno membatalkan pengantungan jawatan Muhyiddin.
Usul meminta Presiden Umno berundur sebelum PRU14 dan  usul Penubuhan Suruhanjaya Diraja di bawah Majlis Raja-raja.
Dijangkakan jumlah cawangan yang mengemukakan usul sama akan meningkat sehingga berakhirnya Persidangan Mesyuarat Ketua Cawangan pada 1 Mei depan.